Friday, July 24, 2015

Ikan Pekasam Pekan Rabu kini di Ukir Mall

Yeehaaaa....

Bila ke Kedah, perkara paling wajib adalah beli Ikan Pekasam untuk bawak balik KL.

Oh ye, untuk pengetahuan semua, lokasi Pekan Rabu telah berpindah ke tempat baru memandangkan Bangunan Pekan Rabu yang lama telah dirobohkan untuk dibina semula siap dengan parking bertingkat.

Kerja-kerja pembinaan yang baru bermula dijangka akan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap.

Jadinya, dimanakah lokasi baru Pekan Rabu buat masa ini.?? 

Untuk sementara waktu, kesemua peniaga di Pekan Rabu akan berniaga di Ukir Mall. Untuk maklumat lanjut berkaitan Ukir Mall boleh la melayari laman web Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.


Sebelum achik terlupa, dalam bangunan Ukir Mall ini hanya menempatkan peniaga-peniaga Pekan Rabu yang meniaga barang-barang kering sahaja. Ini bermakna, gerai-gerai ikan Pekasam bukan berada dalam bangunan Ukir Mall.

Bersebelahan dengan Ukir Mall, iaitu seberang jalan terdapat medan selera yang mana bersebelahan dengan medan selera ini terletak lot-lot gerai. Di sinilah Ikan Pekasam dijual.


Tempat letak kenderaan di Ukir Mall amat terhad. Sekiranya anda perlu mengambil masa yang lama, bolehlah meletakkan kenderaan di ruang parking lot terbuka yang terdapat berhadapan dengan Ukir Mall. Selain itu, terdapat juga  kawasan tanah lapang yang terletak di belakang Ukir Mall. Laluan masuk ke tanah lapang ini adalah dengan menggunakan jalan utama bersebelahan dengan gerai Ikan Pekasam.

Pesanan achik, janganlah meletakkan kenderaan anda bersepah-sepah yang akan menyusahkan pengunjung yang lain.



Tara....ikan pekasam uolssss...

Harga..??

Ikan sepat = 500gram = RM13
Talapia = 500gram = RM7
Lompang = 500gram = RM7

tu jer harga yang sempat achik tanya..hehehhe



So, siapa yang berhajat untuk ke Kedah, jangan terperanjat bila tengok bangunan Pekan Rabu yang lama telah dirobohkan. Pekan Rabu masih beroperasi seperti biasa namun lokasi sementara adalah di Ukir Mall..ingatttt... UKIR MALL...

Jom ke Kedah dengan menaiki Keretapi Laju....

No comments:

Post a comment