Thursday, July 23, 2015

Kisah sedih Cafee mania @ Ikon Connaught


Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua...achik minta maaf sangat sebab dekat seminggu tak post apa2 update...sakan nak berhari raya kan..

Sebelum terlambat, achik nak share sikit story pasal Cafeemania yang terletak di Ikon Connaught, Cheras.

Untuk pengetahuan korang, Cafeemania ni dah setahun bertapak di Ikon Connaught. Dah banyak kalo achik ke Ikon untuk makan Boat Noodle. Setiap kali naik escalator kecik untuk ke atas, mesti akan lalu sebelah Cafeemania ni. Dari luar memang nampak kecil. Tapi sebenarnya Cafeemania turut menyediakan ruang makan di luar premis.

Minggu lepas Achik sempat berkunjung ke Cafeemania ni. Itu pun selepas kawan achik ajak try pasta dekat sini. Dia kata spageti di Cafeemania sedap giler. Owner Cafeemania ni dia punya kawan.

So, sampailah achik ke Cafeemania.

Oreo blended untuk kawan Achik

Chocolate blended untuk Achik

Meatball Tomyam Spagheti



Chicken Tomyam Spagheti

Masa makan tu, owner Cafeemania turut join kitorang makan. Nama owner Melati. So sepanjang makan tu Melati banyak cerita pasal Cafeemania. Yang paling memeranjatkan, Melati akan shut down bisnes Cafeemania bermula bulan depan. Bermakna 31 Julai 2015 adalah tarikh akhir untuk korang try pasta dekat sini. Memang sedap. Tak tipu. 

Sayang sangat lokasi yang dipilih Melati agak kurang strategik. Mungkin nama Cafeemania masih belum dikenali oleh kita semua.

Beginilah nasih perniagaan yang dikendalikan oleh Bumiputera. Memang berisiko tinggi untuk naikkan jenama sendiri yang tak pernah didengari oleh kita. Tapi Melati berani mengambil risiko untuk buka Cafeemania yang hanya mampu bertahan selama setahun lebih sahaja.

Kos renovation Cafeemania memang sangat tinggi. Decoration nya cantik. achik tak sempat nak snap picture interior Cafeemania.

Melati ada beritahu achik yang dia nak lelong semua barang-barang dalam Cafeemania. Jadi sekiranya ada yang berminat boleh berkunjung ke Cafeemania sebelum 31 Julai 2015. Sambil-sambil try pasta di situ  boleh lah usha apa-apa barang yang nak dilelong oleh Melati.

Sekian..

No comments:

Post a Comment