Wednesday, July 29, 2015

Throwback Bulan Ramadhan : P1 Omanite Iftar

Alhamdulillah...

Sekali lagi Achik diberi peluang untuk iftar bersama anak yatim. Tapi untuk iftar kali ini ianya dianjurkan oleh P1..
P1 OMANITE IFTAR ini telah diadakan pada 8 Julai 2015 ( rabu ), yang bertempat di Cenderawasih Ballroom, Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie. P1 Omanite Iftar ini bertujuan untuk meraikan kesemua Online Media Associates yang telah bersama-sama mempromosi Jenama P1. 


Hari tu memang Achik sampai awal. so bila dh sampai awal, sempat la bergambar, selfie guna kamera sendiri dan yang paling best, selfie di photobooth yang disediakan oleh P1.



Sementara menunggu event bermula, mata Achik ni melilau mencari seseorang sampailah terpandang pada seorang artis ni. Alahai Atilia...comel sangat...baju yang dipakai oleh Atilia cantik dan bersesuaian dengan bentuk tubuh Atilia. Atilia telah ditugaskan oleh P1 untuk menjadi emcee pada malam tersebut.

sempat juga kami bergambar dengan Atilia.


Waktu azan maghrib semakin hampir. Turut diundang ke majlis ini adalah anak-anak yatim ( dari rumah mana, Achik kurang pasti..Sorry ye ). 

Waktu yang dinantikan pun telah tiba. Beberapa minit sebelum azan maghrib berkemundang, kami semua bergegas beratur untuk mengambil makanan.. Hehe..perut lapar kan...Sebelum tu lemau je..bila nampak makanan terus jadi cargas.

Hidangan utama yang disediakan buat tetamu


Tapai juga turut dihidangkan buat tetamu. Memang suka achik tengok si kolin makan tapai..hehehe


Photo : kredit to Hafiz Yusuf

Kami golek pun ada. Tapi kesian kat Achik sebab tak sempat nak rasa. Takde rezeki nak buat macam mana. Mana-mana tempat kalau ada kambing golek, mesti itulah hidangan utama yang akan diserbu oleh tetamu.


*****

Sambil menikmati makanan, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada newband yang diberi nama Dischoders.


Photo : kredit to Hafiz Yusuf


Atilia juga tidak melepaskan peluang untuk berduet bersama Dischorders.

*****

Sebelum majlis berakhir, P1 turut menyampai sumbangan duit raya kepada semua anak-anak yatim yang hadir. Achik pasti, adik-adik tersebut gembira kerana masih ada yang sudi untuk berkongsi kemeriahan bulan Ramadhan dan Aidilfitri.


Photo : kredit to Hafiz Yusuf


Oh ye, sebelum berakhir majlis iftar tersebut, para pemenang bagi pakaian tercantik lelaki dan perempuan serta pemenang bagi pertandingan selfie diumumkan. Hadiah yang ditawarkan oleh P1 untuk para pemenang memang sangat memuaskan hati. Tahniah Najlaa untuk Pakaian Tercantik Kategori Perempuan dan Tahniah juga buat Leona kerana menjadi salah seorang pemenang bagi contest selfie.

Sebelum melangkah keluar dari Cenderawasih Ballroom, Achik dan Anis sempat berselfie buat kali terakhir di photobooth  P1. tengoklah gelagat kami yang sempat dirakam oleh kolin...hehehe.


Seronok sangat..!!!! Kami juga tidak pulang dengan tangan kosong. Selain daripada gambar-gambar di photobooth, P1 juga bagi souvenir Chocolate Dates yang sangat sedap.. 


Thank You So Much P1 

for

* the invitation
* the food
* the photos
* the happiness
* the entertainment
* the souvenir

and also...

* the appreciation.  !!!


Untuk Online Media yang berminat untuk sertai P1 Online Media Associates boleh lah layari 
Facebook : OMA

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang ditawarkan oleh P1, boleh lah layari
Website : P1


Untuk kali terakhir, wefie terbesar di Majlis P1 Omanite Iftar. Tq Kak Ruby for the photo...

#P1omanite #iftar #blogger #thankyou




2 comments:

  1. Terima kasih atas entri anda. Semoga berjumpa lagi di event kami di masa depan.

    ReplyDelete