Tuesday, June 30, 2015

Food Review : Go'bang Maju Patin Tempoyak

Patin Tempoyak...? Wow...baru dengar nama tapi dah menyelerakan.

Sabtu lepas Achik telah memenuhi undangan daripada Kelab Nissan Almera Pantai Timur ( NAPT ) untuk berbuka puasa di  Go'bang Maju Patin Tempoyak, Temerloh Pahang.


Go'bang Maju Patin Tempoyak ini terletak bersebelah dengan Esso Temerloh yang sekarang sudah berwajah baru menjadi Petron. Achik tak pernah sampai sini. So bile nak pergi tempat yang Achik tak tahu, Achik akan menggunakan khidmat Waze. Bila waze nama restoran, yang keluar restoran cawangan Sri Rampai. So, kalo korang yang malas nak travel jauh-jauh, boleh try rasa Patin Tempoyak di Go'bang Maju Patin Tempoyak, Sri Rampai. Rasa sama ke tak dengan yang Temerloh, itu achik tak tahu sebab tak pernah try lagi.

So, untuk memudahkan pencarian korang bila ke Temerloh, search saja Esso Temerloh dalam Waze korang tu. Memang waze akan bawa korang ke jalan yang benar...hehehe...korang akan nampak restoran ni dulu di sebelah kiri dan Esso @ Petron tu ada disebelah restoran ni.

Yeehaaa....pukul 5.00pm achik bertolak dari Tol Gombak. perjalanan yang mengambil masa sejam setengah, achik berjaya sampai di Go'bang Maju Patin Tempoyak Temerloh sebelum waktu berbuka puasa.

Sampai saja di restoran, kawan-kawan achik suruh achik terus ambil lauk pauk yang hendak dimakan semasa berbuka. Tak lupa juga ikan patin tempoyak...!!!

Sebab achik sampai dah lambat, tinggal la patin bahagian kepala sahaja...Walau pun bahagian kepala tapi rasanya sedap. Isi di bahagian tepi kepala tak rasa pahit malah rasa manis. Tak seperti rasa ikan patin yang achik pernah cuba sebelum ni. achik bagi 5 bintang untuk Patin Tempoyak di Go'bang Maju Patin Tempoyak Temerloh.

Sebab yang tempoyak ada kepala sahaja, achik ambil bahagian ekor patin goreng.

Inilah lauk pauk yang achik pilih untuk berbuka.

Patin tempoyak
Patin goreng
Sayur kacang buncis
Sambal Udang petai
Keladi masa pindang yang pedas...heheheh

Lauk-pauk disini telah siap dihidang di kaunter dalam mangkuk kecil untuk dipilih oleh pelanggan restoran. Maknanya pelanggan takk perlu beratur panjang nak cedok lauk lagi.

Ikan bakar pun ada..

Kami semua dengan rasa sabar menunggu waktu berbuka puasa sambil mengadap lauk pauk yang menyelerakan di atas meja...hehehe..

So, untuk siapa yang nak mencuba rasa keenakan patin tempoyak di Temerloh, bolehlah waze location dengan search landmark ESSO TEMERLOH.
No. telefon 019-9569696



atau



bagi yang malas nk drive jauh-jauh, boleh lah singgah di cawangan yang terletak di Sri Rampai yang terletak di Alamat berikut:

19, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 55100 Kuala Lumpur.
No. telefon : 017-3796555


Selamat mencuba..!!!

No comments:

Post a Comment