Thursday, July 09, 2015

7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan


Alhamdulillah...

Dekat pejabat achik setiap pagi akan ada perkongsian ilmu melalui emel. Jadi Achik nak share dengan readers semua berkaitan tabiat manusia yang amat berkesan.



Berdasarkan gambar, terdapat 7 tabiat manusia yang amat berkesan iaitu

Tabiat 1 : jadi PROAKTIF

"Apabila kita tidak lagi mampu untuk mengubah keadaan, maka kita dicabar untuk mengubah cara kita sendiri"

Tabiat Proaktif ni sangat berguna untuk dipraktik dalam rutin kerja kita. Sememangnya bos akan suka pekerja yang proaktif ni.


Tabiat 2 : Mula dengan MATLAMAT di minda

Yang ni pun bagus. Setiap manusia yang hidup di muka bumi ni mesti ada matlamat  masing-masing terutamanya apa yang hendak dicapai. Ianya merupakan tabiat yang dapat membantu memajukan diri kita sendiri.


Tabiat 3 : Utamakan PERKARA PENTING dahulu

Dalam kehidupan, kita kena pandai untuk memilih mana yang penting untuk didahulukan, mana yang tidak penting untuk diketepikan. Setiap yang dipilih akan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan kita.


Tabiat 4 : Fikir MENANG-MENANG

Fikir menang-menang ni bukan suruh masuk pertandingan gores dan menang ye. Setiap tindakan dan keputusan kita, perlulah fikir dengan teliti kerana ianya akan memberi kesan kepada individu di sekeliling kita.


Tabiat 5 : Usaha untuk MEMAHAMI dahulu, kemudian untuk DIFAHAMI

Hehe...yang ni sesuai untuk mereka yang malu untuk berkawan. Dalam hubungan sesama manusia kita mesti ada tabiat untuk usaha memahami pihak yang lain sebelum meminta pihak tersebut memahami kita.


Tabiat 6 : BERSINERGI

Kalau kita ada pendapat yang sama, tak perlu lah bergaduh untuk tegakkan pendapat kita yang benar sedangkan kedua-dua pendapat membawa makna yang sama. 


Tabiat 7 : TAJAMKAN GERGAJI

Oh..yang ni paling terkesan dalam hati. Banyak contoh yang boleh digunakan untuk huraikan makna Tajamkan Gergaji. Antaranya, bila kita nak maju kan diri, jangan sesekali lakukan dengan cara yang kotor dengan menjatuhkan kehidupan / karier orang lain. Jadinya, faham-faham sendirilah ye. Dalam kehidupan kita ni dah selalu sangat manusia menjatuhkan sesama manusia yang lain bukan dengan cara yang sihat / betul.




Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment