Saturday, May 21, 2016

Rawatan Radioactive Iodine Untuk Hyperthyroidism

Assamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita dah lama peram..tapi hari ini rasa nak berkongsi dengan korang semua..Untuk makluman korang, Achik adalah salah seorang pesakit thyroid. Thyroid ni actually ada 2 kategori, Hyperthyrodism dan Hypothyrodism..

So, apa bezanya Hyper dan Hypo ni?

Hyperthyroidism ni terjadi apabila thyroid gland dalam kawasan tekak korang tu terlalu aktif dan menghasil hormon tiroid yang berlebihan.

Manakala Hypothyroidism ni berlawanan dengan Hyperthyroidism iaitu thyroid gland tidak menghasilkan hormon thyroid yang cukup untuk badan kita.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang penyakit ni, boleh je google..dah banyak sangat info pasal hyperthyroid dan hypothyroid ni dalam kamu abang google. Masa awal2 Achik disahkan positif Hyperthyroid, google la sumber Achik untuk tahu lebih lanjut tentang penyakit ni dan rawatannya.

Achik telah disahkan positif hyperthyroid sejak tahun 2014 lagi. Awal tahun 2014 badan Achik semakin susut, tapi Achik tak perasan. Hanya makcik kantin kat opis Achik je yang perasan..selalu juga la dia tegur kata Achik nampak kurus..Achik pun spontan jawab, “saya pun  tak tahu kenapa kurus sedangkan makan macam tak cukup”...lepas dengar jawapan Achik, dia terus bercerita pasal pengalaman dia & dihujung ceritanya dia siap pesan suruh Achik berdiri depan cermin telan air liur dan tengok pergerakan pada leher Achik..ada juga buat tapi masa tu fikir positif je.

Nak jadi cerita beberapa minggu sebelum puasa tahun 2014 tu Achik batuk tak baik2..dah sebulan..so pergi la cek doktor takut2 tibi. Nasib negatif...dalam duk jumpa doktor tu, ada la beritahu doktor yang tangan Achik menggigil tak tahu pasal apa..then berat turun walau makan banyak..doktor terus cek leher Achik & suruh telan air liur....doktor suruh Achik buat pemeriksaan darah...Yes !!! lepas sebulan result darah keluar & Achik positif Hyperthyroid !!!!

Kini, dah lebih 2 tahun Achik mengidap hyperthyroid..dalam 2 tahun tu juga Achik consume ubat Carbimazole tiap-tiap hari (tapi ada tinggal juga...hehe)...Setiap 2 bulan akan kena cek darah & jumpa doktor...Beberapa bulan lepas, doktor kata Achik dah terlalu lama ambil Carbimazole which is tak elok untuk organ dalam badan Achik. Carbimazole ni adalah ubat, bahan kimia yang jika diambil dalam tempoh yang lama boleh bagi kesan negatif pada jantung Achik...So doktor sarankan Achik untuk minum radioactive Iodine..dengar bunyi pun dah menakutkan..



Apa persediaan yang Achik perlu buat sebelum minum Radioactive Iodine?

·         Berhenti makan segala jenis supplement, ubat tradisional sebulan sebelum tarikh minum iodine.
·         Berhenti makan makanan laut seminggu sebelum tarikh minum iodine, tak kiralah udang kering, tomyam, laksa, sambal belacan, budu dan segala jenis makanan berunsurkan seafood sama ada kering atau basah (yang ni ada pengalaman sikit nak cerita)
·         Berhenti ambil ubat Carbimazole seminggu sebelum tarikh minum iodine

Maka, mulalah Achik untuk melalui tempoh pantang di atas terutamanya makanan laut. Sampai pening nak makan apa...nak dijadikan cerita, sehari sebelum minum iodine Achik pergi kenduri kahwin...nampak sambal belacan..Apa lagi, ambil sambal belacan 2 sudu besar & makan tak ingat dunia. Sampai masa esok pergi Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya nk minum iodin, doktor pun bagi penerangan & last sekali tanya “awak betul ni takde makan seafood, sambal belacan ke, tomyam ke”

Jeng jeng jeng.....Achik dah termakan sambal belacan!!!! Huwaaa...kena marah dengan doktor...Achik beritahu doktor yang nurse dekat kaunter tak inform pun pasal sambal belacan..hihihi..Jadinya kenala postpone minum iodine ke minggu depan...kena puasa lagi seafood...

Balang yang berisi iodine untuk Achik minum

Pejam celik pejam celik, hari yang dinanti pun tiba...berdebar nak minum sebab tak tahu apa rasa...doktor bagi penerangan panjang lebar tentang apa kesan-kesan dan langkah-langkah keselamatan selepas minum iodine ni. Nama Achik pun kena panggil...ikutlah pergi ke bilik radioactive...atas meja dah siap ada balang kecil ni...tak nampak pun berapa banyak iodin kat dalam..petugas makmal siap berdiri jauh dari Achik, memang itu prosedur nya...elok dia buka penutup balang, terus Achik sedut iodin dengan sekali sedut dah habis...laaaa...sikit sangat !!!! Apa rasa?  Takde rasa..!!!!!! macam minum air kosong...hehehehe

Apa kesan lepas minum radioactive iodine?

·         Doktor kata untuk 2 @ 3 hari Achik akan rasa aktif...jantung dipam laju & Achik takkan duduk diam..so doktor akan bekalkan ubat untuk kawal denyutan jantung..yang ni betul..memang Achik aktif mengemas, berpeluh macam bersukan.

·         Bacaan thyroid hanya boleh diketahui selepas 4 bulan minum iodin. Ada 3 kemungkinan yang akan berlaku. Pertama, hormon tiroid mungkin degil & rawatan iodine perlu dibuat lagi sekali lepas 6 bulan dari rawatan yang pertama. Kedua, yang selalu berlaku paras hormon tiroid akan drop berada pada bawah paras normal. Yang ni kena makan supplement untuk tambah balik hormon tiroid. Supplement ni kalau terpaksa memang kena makan seumur hidup..tetapi tak memberi kesan negatif pada organ jantung kerana ianya bukan ubat tetapi supplement. Ketiga, yang memang jarang berlaku adalah hormon tiroid tu kembali pada paras normal & tak perlu makan ubat lagi...huhuhu

·         Kena kuarantin. Doktor akan bagi MC seminggu. Untuk Achik tak perlu tahan wad sebab dos rendah..Jadi kuarantin di rumah saja...Tak boleh expose to public sebab takut ibu-ibu mengandung akan terkesan dengan sisa radioactive yang dirembes keluar dari badan Achik..Kandungan boleh cacat.

·         Tak boleh kongsi bilik air...kalau terpaksa dekat rumah ada 1 bilik air je, kena basuh bersih2 lepas guna.

·         Ubat carbimazole masih kena ambil seperti nasihat doktor...tak boleh berhenti terus..

·         Minum air kosong dengan banyak untuk mempercepatkan sisa radioactive tu keluar dari badan melalui Air kencing..

Buat yang kena lalui rawatan radioactive iodine ni jangan risau....tak banyak pun iodine yang kena minum tu..rasa pun takde...lagi best boleh MC lama...hehehhe...

Doakan Achik sembuh cepat ye.

5 comments:

  1. Assalamualikum achik.
    Tq for sharing.
    Ibu(selesa dgn panggilan nih)kanser tiroid. Dah spread ke tulang. Slps RAI 1 &2 xleh jln 4 bln.Now alhamdulillah bole dgn bertongkat. Nk RAI ke 3 on 20/3/17 kat HKL....apa supplement achik ambik utk kanser tiroid?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikummmm acik. Nak tanya, slps acik minum iodin kesihatan dh semakin baik ke? Sbb sy pon hypertyriod. Dr cdg utk rai tp sy betul takut. Tak pasti nak minum @ tak.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikummmm acik. Nak tanya, slps acik minum iodin kesihatan dh semakin baik ke? Sbb sy pon hypertyriod. Dr cdg utk rai tp sy betul takut. Tak pasti nak minum @ tak.

    ReplyDelete
  4. assalam. saya pun ada hyperthyroid juga dan sudah pun mengambil radio iodine di sjmc pada tahun lepas. pada mulanya perasaan takut tu memang ada, tapi bila baca semua info pasal radio iodine saya confident. memang betul apa yang acik tulis dekat atas tu. pengalaman saya pun memang sama. jangan takut untuk sihat. saya doakan semoga cik terus sihat seperti saya. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengah kuarantin RAI Kat rumah ni. Hari keempat dah. Masih Tak selesa bahagian leher. Tapi efek dia jugĂ  kata doktor. Start cirit birit semula, takde selera makan tapi air sy banyak minum. Makan sikit sikit tapi kerap. Tak sabar nak habis RAI 21 haribulan no. Rindu dekat keluarga, especially anak anak. Huhu.

      Delete