Friday, May 06, 2016

Cegah Kanser, Kawal Kolestrol dan Melancarkan Proses Penghadaman Dengan Nia Amira Juice

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sejak dari Achik kecil lagi mak Achik memang dah biasa menggunakan produk minuman berunsurkan Aloe Vera dalam keluarga Achik. Mak Achik sememangnya rajin dari dulu memperkenalkan produk kesihatan yang baik untuk dikongsi dan diambil oleh Achik sekeluarga.

Kini, bila Achik dah dewasa, sudah menjadi tanggungjawab Achik pula untuk mencari minuman / produk kesihatan yang bersesuaian untuk diri Achik. Kalau korang nak tahu, Achik telah disahkan mengidap Hyperthyroid sejak tahun 2014 lagi. Sejak disahkan mengidap hyperthyroid, Achik dilarang sama sekali untuk mengambil sebarang supplement kerana bacaan hati Achik sangat tinggi.

Diperkenalkan dengan Jus kesihatan keluaran Nia Amira serta selepas membaca beberapa perkongsian testimonial daripada pengguna Nia Amira, ianya memberi keyakinan buat Achik untuk cuba mengamalkan pengambilan minuman kesihatan daripada Nia Amira iaitu Nia Vera dan Nia Ultimate Juice.

Nia Vera (botol hijau) & Nia Ultimate Juice (botol ungu)

Achik difahamkan Nia Ultimate Juice adalah minuman kesihatan yang boleh mencegah kanser. Ianya mengandungi Vitamin B17 dan Antioksidan yang diperoleh daripada ekstrak buah-buahan yang terdapat dalam Nia Ultimate Juice ini. So, bercakap pasal kanser ni, Achik bukanlah seorang yang arif tentang ilmu kedoktoran. Tetapi berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh doktor yang memantau kesihatan Achik selama ini, Achik diberitahu yang penyakit Thyroid ini adalah adik-beradik kanser.

Dah dua minggu Achik consume Nia Ultimate Juice ni. Tak sabar nak tahu result darah Achik. Semoga bacaan ujian darah Achik lebih baik dari sebelum ini.

Jom tengok buah-buahan apa yang digunakan dalam penghasilan Nia Ultimate Juice:

1. Manggis : membantu menyeimbangkan sistem kelenjar endoktrin serta menyembuhkan peradangan.

2. Durian Belanda : menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi serta melindungi sistem kekebalan tubuh.

3. Ekstrak Buah Naga : diperkaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem pencernaan manusia. Secara tidak langsung dapat menghindar daripada risiko kanser usus.

4. Ekstrak Anggur : mempunyai kandungan antioksida yang tinggi & dapat bertindak menghalang racun radikal daripada terbebas di dalam sel badan.

5. Ekstrak Kranberi : sumber yang bagus bagi serat, Vitamin C, dan Vitamin E serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi, strok, kencing manis dan obesiti.

6. Habatussauda : mempunyai banyak komponen aktif seperti thymoquinone dan alpha-hederin yang dikenalpasti dapat bertindak sebagai anti kanser. Beberapa bahan aktif dalam ekstrak ini juga dikenalpasti dapat bertindak sebagai antiradang, anti mikrob dan antiparasitik.

7. Ekstrak Stevia : pemanis semulajadi yang sangat sesuai untuk digunakan secara efektif bagi pengidap diabetis & golongan pengguna yang mementingkan kesihatan dan penjagaan diri.

8. Ekstrak Biji Aprikot : sangat kaya dengan B17 atau amigdalin disyorkan sebagai makanan tambahan harian untuk tujuan kesihatan umum terutama mencegah kanser & merawat penyakit kanser.

9. Kiwi : mengawal kolestrol & darah tinggi.

10. Delima : mengandungi antioksida yang bersifat antikanser & melambatkan proses penuaan.

11. Ekstrak Kurma : kaya dengan vitamin, karbohidrat & fiber. Juga berupaya membantu mengurangkan kolestrol di dalam badan.

12. Ekstrak Belalai Gajah : antikanser, antidiabetil, antioksidan dan anti radang.

13. Epal Hijau : antioksida yang bersifat antikanser & membantu sistem pencernaan.


Warna cecair Nia Ultimate Juice ini lebih pekat dan berasa sedikit masam. Tapi Achik suka dengan rasa masamnya.



Cara pengambilan:

2 sudu (lebih kurang 20ml) diambil 2 kali sehari sebelum makan.
Boleh diminum terus atau pun dicampur dengan jus buah-buahan. Tapi Achik minum terus je.

Harga:
RM120.00 untuk botol 1Liter


Buat korang yang ada masalah penghadaman pula, jangan risau. Sebab Nia Amira pun ada jus kesihatan yang boleh membantu melancarkan sistem penghadaman anda. Diberi nama Nia Vera, ianya merupakan sejenis minuman yang dirumus daripada Aloe Vera dan pati Kurma Ajwa (kurma Nabi) untuk membantu mengekalkan kesihatan sistem penghadaman dan memperbaiki kesihatan secara menyeluruh.

Warna cecair Nia Vera lebih jernih

Bercakap tentang masalah penghadaman ni, kalau korang nak tahu penyakit thyroid turut berkait dengan sistem penghadaman. Pesakit thyroid kebiasaannya akan mengalami masalah pembuangan air besar sama ada cair atau pun sukar untuk ke tandas (sembelit).

Sebelum mengambil Nia Vera ni, Achik memang bergantung pada dulcolax untuk memastikan Achik buang air besar setiap hari. Nak tahu apa dulcolax tu, korang google sendiri. Apa yang Achik nak tekankan, pengambilan dulcolax untuk membantu melawaskan pembuangan air besar ni adalah tidak normal bila ianya diambil pada setiap hari. Lagi satu, tekstur najis yang dikeluarkan kesan daripada pengambilan dulcolax ni tak cantik..faham-faham sendiri la ye...

So, sejak dah mula minum Nia Vera ni, Achik memang dah berhenti ambil dulcolax. Suprisingly, Achik buang air besar setiap hari dan tekstur najis elok je..hihihihi...


Korang yang ada masalah nak buang air besar tu, memang Achik suggest sangat produk Nia Vera ni.

Cara pengambilan:

3 sudu (lebih kurang 30ml) diambil 2 kali sehari sebelum makan.
Boleh diminum terus atau pun dicampur dengan jus buah-buahan. 

Harga:
RM110.00 untuk botol 1Liter

Nak tahu lebih lanjut lagi berkaitan dua minuman kesihatan keluaran Nia Amira ni, bolehlah like FB dan follow IG rasmi Nia Amira.

Instagram: @niaamirajuice
Telefon: 019-370 9002010-402 9002 atau 010-401 9002

~ Achik ~


No comments:

Post a comment