Tuesday, May 17, 2016

SHOPEE Menawarkan Peluang Eksklusif Untuk Kaum Wanita

Assalaimualaikum dan salam sejahtera...

Wah...beruntung kaum hawa sekarang...Shopee, platform membeli-belah mudah alih pertama yang tidak asing lagi..Kini menawarkan peluang eksklusif untuk kaum wanita belajar tentang m-dagang sewaktu masa lapang mereka.

Pada 16 Mei 2016 yang lalu, ramai ibu sama ada usahawan berpengalaman atau usahawan baru telah berhimpun di sebuah bengkel "Mighty Moms" yang dikendalikan oleh Shopee untuk mendalami ilmu dan berkongsi pengalaman mereka mengenai cara untuk menjalankan perniagaan online dengan jayanya.

(Middle) Christopher Choy, Senior Business Development of Shopee and (second from right) Premaloshini, PR and Partnerships Lead of Shopee with the speakers at the Shopee Uni Mom Edition celebration from (L-R): Alecia Heng, founder of Gorgeous Geeks, Amalia Essya Utami, a Shopee mom entrepreneur and Carol Fung, Manager of eCommerce Enablement Division for MDEC

"Kami ingin membuka peluang untuk lebih ramai kaum wanita, terutamanya ibu-ibu, untuk menjalankan perniagaan online sendiri. Shopee menawarkan platform yang mudah, selamat dan bebas kekalutanuntuk penjual, menjadikannya mudah untuk memulakan perniagaan online," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Christopher Choy semasa sesi perkongsian ilmu

"Apa yang baik ialah Shopee University aktif memberi petunjuk kepada para penjual kami dalam menjalankan perniagaan online, dan juga memberikan akses ekslusif mengenai trend m-dagang terkini serta untuk ciri-ciri terbaru Shopee, pengemaskinian produk dan promosi. Kami berharap inisiatif-inisiatif ini akan memberi galakan kepada lebih banyak 'Mighty Moms' untuk menjadi seorang ahli perniaga online," tambahnya.

Seorang Ibu dan juga usahawan Shopee turut berkongsi pengalaman dan tips bagaimana beliau uruskan perniagaan menggunakan aplikasi

Selain daripada mendidik  para ibu bagaimana mereka boleh menyertai app Shopee yang semakin berkembang, sesi itu juga  dihadiri usahawan Alecia Heng dari Gorgeous Geek dan usahawan ibu dari Shopee yang berkongsi tentang pengalaman mereka.

“Perniagaan online adalah cara yang baik untuk wanita, terutamanya ibu-ibu yang ada jadual yang sibuk dan pada masa yang sama ingin meluangkan masa di rumah dengan kanak-kanak mereka, untuk mendapatkan pendapatan atau menambah pendapatan mereka. Saya amat berbesar hati diberi peluang mengambil bahagian dalam inisiatif Shopee University ini, untuk menggalakkan dan memperkasakan kaum ibu untuk menjadi sebahagian daripada landskap perniagaan online yang berkembang pesat," komen Alecia di majlis Shopee University Mom Edition.

Ibu yang juga usahawan sedang dimanjakan dengan servis manicure

Bersempena dengan Hari Ibu, para ibu dijamu dengan hidangan makan tengahari termasuk rawatan kuku  ekspres, manakala anak-anak mereka dijaga oleh pengasuh di kawasan permainan sepanjang acara tersebut.

Sebagai pasaran sosial mudah alih di Malaysia dengan lebih dari 10 juta muat turun di rantau ini, Shopee pantas menjadi pemain utama dalam sektor m-dagang tempatan. Dalam hanya beberapa langkah mudah, pengguna boleh menjual seperti pro diShopee tanpa caj, komisen dan juga mendapat insentif yuran penghantaran.

Anak-anak yang hadir turut serta dalam pertandingan mewarna

Fungsi ‘Follow’ dan ‘Like’ dalam Shopee membolehkan pembeli untuk mengikuti penjual kegemaran dan menyukai produk kegemaranmereka, serta dikemaskinikan produk terbaru dan penawaran terkini. Melindungi kepentingan pembeli dan penjual, Shopee menghilangkan risiko penipuan dalam transaksi melalui sistem pembayaran, Shopee Guarantee. Pembeli diyakinkan menerima pesanan mereka dalam keadaan yang dijanjikan atau yang diiklankan, jika tidak, mereka akan menerima bayaran balik.

Usahawan Shopee sedang meluangkan masa bersama anak-anak mereka di ruang permainan

Muat turun Shopee secara percuma disemua platform bimbit melalui Apple App Store dan Google Play Store, dan menjadi sebahagian daripada revolusi bisnis online terbaru.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment