Sunday, May 15, 2016

Buffet Ramadhan 2016 di Laman Kayangan Shah Alam Oleh Segi Seri Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tinggal beberapa hari je lagi nak sambut bulan ramadhan al-mubarak. Kalau sebelum ni Achik kongsi tentang buffet ramadhan di PICC, kali ni Achik nak berkongsi tentang Buffet Ramadhan 2016 bertempat di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam.

Untuk makluman korang, Buffet Ramadhan 2016 di Laman Kayangan ini adalah dihoskan oleh Segi Seri Sdn Bhd. Baru-baru ini, Segi Seri Sdn Bhd telah pun mengadakan majlis prebiu buffet Ramadhan 2016 bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam.

Menu pembuka selera

Petai yang bakal menjadi tumpuan pengunjung

Berkonsepkan hidangan dari Asia Tenggara, tetamu yang berbuka puasa di sini berpeluang untuk menikmati juadah-juadah Ramadhan dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam dan sudah tentu Malaysia. Antara makanan yang dihidangkan termasuklah nasi kabuli, tomyam istimewa, bakso, Vietnamese beef noodle dan bermacam-macam lagi. Kepakaran dan pengalaman Chef di Segi Seri Sdn Bhd membuatkan keenakan juadah yang dihidangkan sukar ditandingi dengan kualiti dan keaslian rasa yang pasti memikat hati.

Sayur kacang buncis digoreng bersama telur hancur
Sambal sotong yang memang sedap...!

Mana-mana Buffet Ramadhan yang Achik pergi pasti ada dihidangkan dengan kambing panggang. Begitu juga di Buffet Ramadhan Laman Kayangan ini. Menu Utama yang pasti menarik perhatian para pengunjung adalah kambing panggang yang dihidangkan dengan tiga sos istimewa. Sayangnya Achik tak sempat rasa malah tak sempat pun ambil gambar sebabnya dah habis. Begitu larisnya hidangan kambing panggang di Buffet Ramadhan Laman Kayangan.

Mee Goreng yang harum baunya

Nasi Bukhari

Antara hidangan makanan dari negara Indonesia iaitu Bakso

Apabila ianya menghidangkan menu makanan dari pelbagai negara Asia Tenggara, sudah pasti setiap gerai yang terdapat di Laman Kayangan akan dihias dengan hiasan yang bertemakan negara-negara yang diwakili.

Apa lagi menu yang ada di Buffet Ramadhan Laman Kayangan ni? Terlalu banyak...ni antara yang sempat Achik rakamkan untuk tatapan korang semua...

Menu dari Singapura, Nasi Ayam Singapura

Menu dari Indonesia. sambal tauhu tempe.

Menu dari Indonesia juga, Gado-gado

Telur masak kurma

Makanan Malaysia: Daging masak kicap


Masak asam ikan tenggiri

Makanan Indonesi: keli goreng berlado

Perut pun ada



Hidangan dari Thailand. Kerabu bihun...sedap sangat kerabu ni...Achik banyak makan yang ni sebab jarang-jarang jumpa.


Ayam Goreng Berempah

Menarikkan menu-menu yang terdapat di Buffet Ramadhan Laman Kayangan. Untuk makluman korang, Segi Seri telah pun mula menjual baucar Buffet Ramadhan sejak April lagi dengan harga promosi iaitu RM39.90. Walau bagaimanapun, harga promosi ini telah pun tamat jualannya pada 15 Mei 2016.

Namun, bagi mereka yang berminat untuk berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam ini, korang masih lagi boleh membuat tempahan dengan harga berikut:

 RM59.00 untuk dewasa
RM35.00 untuk kanak-kanak dan warga tua

Makanan Malaysia: Kerabu, Keropok, Ulam-ulaman, Pelbagai jenis sambal, telur masin, sambal bilis goreng, paru berlado, ikan masin, nasi putih, nasi special, ayam masak merah, ayam goreng berempah, daging masak kicap, sotong sambal, kari ikan pari dan bendi, ikan masak asam pedas, tumis kacang panjang dengan telur, bayam tumis air, telur kurma, bubur lambuk, nyonya mee curry, cucur udang dan keropok lekor.

makanan Vietnam: Vietnamese beef noodles soup, vietnamese spring rolls

makanan Indonesia: Gado-gado, pecal sayuran, urap seafood/daging/ayam, Sup sapi, Nasi Kuning, Opor ayam, Semur daging dengan kentang, keli goreng berlado, tempe goreng, tauhu sambal, bakso, soto.

makanan Thailand : kerabu ayam, kerabu mangga, kerabu soo hoon dengan seafood, tom yam special, nasi putih, nasi goreng tahi, daging masak curry, ayam masak hijau dengan saun selasih, sotong kari merah dengan rebung, kailan ikan masin, mee celup campur.

makanan Singapura : Singapura Chicken Rice, Rojak Singapura, Singapura Fried Mee Hoon/Fried Kway Teow

makanan Brunei : Nasi Kabulu, Nasi Bukhari, Ayam Masak Kunyit, Daging Rebus Kedayan, Sayur Betik Muda dengan Ikan Bilis.

Selain itu, Segi Seri juga menawarkan Pakej Korporat buat syarikat swasta, kerajaan, badan-badan berkanun, NGO atau mana-mana persatuan yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa di Laman Kayangan. Antara pakej yang ditawarkan termasuklah:

Beli 10 meja = RM5,900.00
Percuma : 1 Meja & 5 pax, 100 special gift ramadhan, discount coupon for next puchase

Beli 20 meja = RM11,800.00
Percuma : 2 meja & 5 pax, 2 VIP seating tables, 200 Special gift ramadhan, discount coupon for next purchase (percuma 2 hamper raya, 2 buntings & projector, PA system)

Beli 30 meja = RM17,700.00
Percuma : 3 meja & 5 pax, 3 VIP seating tables, 300 Special gift ramadhan, discount coupon for next purchase (percuma 3 hamper raya, 2 buntings, backdrop 10' x 10', projector & PA system)

Beli 40 meja = RM23,600.00
Percuma : 4 meja & 5 pax, 4 VIP seating tables, 400 Special gift ramadhan, discount coupon for next purchase (percuma 4 hamper raya, 2 buntings, backdrop 10' x 10', projector & PA system)

Antara kemudahan yang disediakan di Buffet Ramadhan Laman Kayangan:

* Surau
* Tempat letak kenderaan percuma
* Tempat berhawa dingin
* Wifi Percuma
* Kaunter Zakat
* Muzik Ghazal

Untuk sebarang pertanyaan / tempahan, bolehlah hubungi talian berikut:
013-435 7935 / 017-556 3711 / 019-311 7443 / 03-3359 0561 / 017-218 1875 / 012-699 6634 
/ 011-1878 4681

Emel : info@segiseri.com

layari www.segiseri.com/ramadan2016 untuk info lanjut.


Alamat Laman Kayangan:
Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor
Seksyen 7, Shah Alam

~ Achik ~

2 comments:

  1. Rasanya Kat sini murah kan compare hotel2..pilihan makanan pun banyak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...so far Achik rasa buffet ramadhan dekat sini tawarkan harga paling murah berbanding hotel dan pusat convention yang lain. Lauk pauk pun banyak...tak habis makan dibuatnya.

      Delete