Monday, March 14, 2016

10 barang pilihan dari Lazada untuk Projek Nak Kurus 2016

Assalamulaikum & salam sejahtera..

Happy Birthday LAZADA !!!

Yup..bulan Mac ini, Lazada menyambut ulangtahun yang ke-4. Sempena ulangtahun ke-4 ni, Lazada menawarkan diskaun menarik sehingga 90% bagi barang-barang yang dijual di Lazada. Menarikkan? Banyak sangat korang boleh berjimat dengan adanya diskaun sempena Birthday Lazada yang ke-4.


Achik sebelum ini dah beberapa kali membuat pembelian dengan lazada..Antara yang Achik ingat Cyclone Vacum jenama Global, Air Purifier jenama Sharp, memory kad Flash Air jenama Toshiba, Sport Watch, Telefon Bimbit jenama Asus & Nokia Lumia, memory kad untuk smartphone dan banyak lagi.. Sepanjang pengalaman Achik berbelanja dengan Lazada ni, Achik sangat berpuas hati dengan barang diberi, harga yg lebih murah serta perkhidmatan penghantaran yang diberikan. Sebab tu lah Achik berani untuk membeli-belah di Lazada.

Sempena jualan hebat di Lazada untuk sambutan 4th Birthday, Achik sempat survey beberapa barang untuk Achik punya Projek Nak Kurus 2016. Hehehe..Almaklumlah, berat badan Achik dah naik 5kg. Ni pun dah beberapa hari tak timbang. Risau kilo tu akan bertambah lagi. Jadi dengan adanya promosi hebat di Lazada, 10 barang yang menjadi pilihan Achik adalah seperti dalam gambar di bawah. Kenapa barang-barang menjadi pilihan ? Jom teruskan lagi membaca entry ini sampai habis.

10 barang pilihan Achik di Lazada



Kenapa sport bra menjadi pilihan utama Achik ? Sebab Achik tak pernah ada sport bra seumur hidup Achik. Memandangkan berat badan dah bertambah, jadi Achik berpendapat sport bra sangat penting untuk Achik pakai semasa melakukan senaman. Sport Bra yang menjadi pilihan Achik dari Lazada adalah USA Pro Med Bra Women (Tiger AOP).

Antara kelebihan yang ada pada sport bra ini adalah:

*racer back
*padded bust support
*elasticated hem
*Breathable Fabric
*88% polyester, 12% elastane



Sport Watch yang menjadi pilihan Achik adalah Suunto M5 Black Pack (SS018466000) berwarna hitam seperti dalam gambar di atas. Kenapa pentingnya sport watch ini untuk senaman? Sebabnya dengan adanya sport watch, Achik boleh tahu dan monitor berapa banyak kalori yang Achik bakar. Bila Achik tahu status pembakaran kalori dari senaman yang Achik buat, seang la skit nak pantau prestasi senaman Achik.


Ciri-ciri apa yang ada pada Suunto ini:

*paparkan tarikh, masa dan boleh tetapkan alarm
*paparkan berapa nadi dan kalori yang telah dibakar
*ujian kesihatan
*recovery-time
*Automatic adapting exercise programs
*Real-time intensity guidance
*Motivational feedback messages
*Upload exercise data
*Pelbagai fungsi bahasa



Yoga Mat juga merupakan salah satu kelengkapan yang penting untuk bersenam. Tak semestinya ianya digunakan untuk senaman Yoga sahaja. Malah dengan adanya Yoga Mat ni, Achik boleh melakukan senaman seperti plunk, push up, burpees, dan macam-macam lagi tanpa mencederakan tangan. Kenapa? Sekiranya Achik lakukan senaman dipermukaan yang tidak rata seperti jalan tar ke, sekurang-kurangnya yoga mat ni boleh melindungi bahagian tangan dan lutut Achik dari luka.


Yoga Mat yang menjadi pilihan Achik dari Lazada adalah Eco Sport NBR 10MM Durable Yoga Exercise Mat with Carrying Strap.

  
Ciri-ciri yang ada pada Yoga Mat pilihan Achik



Dalam keadaan ukur lilit lengan Achik makin bertambah akibat kenaikan berat badan sebanyak 5kg, dumbell sangat la penting untuk senaman tangan.

Dengan menggunakan teknik yang betul, Achik harap sangat ukur lilit tangan Achik berkurang dan lebih pejal..hehehe..




Hehehe..DVD Zumba ni memang sangat berguna buat Achik yang mepunyai gaya hidup yang sibuk. Sibuk dengan kerja di pejabat sampaikan Achik tiada masa untuk keluar bersenam. Jadi dengan adanya DVD Zumba ini, Achik boleh lakukan gerakan Zumba di rumah berpandukan video Zumba yang dipasang. The best part is, dengan pembelian DVD Set ini, dapat free toning stick yang Achik boleh gunakan untuk senaman tangan sewaktu Zumba. Macam dalam gambar di bawah.


Set DVD ini didatangkan dengan 7 keping DVD dengan fungsi senaman yang berbeza-beza:

1) Dics 1 > Step-by-Step
2) Dics 2 > Activate
3) Disc 3 > Ripped
4) Disc 4 > Exhilarate
5) Disc 5 > Rush
6) Dics 6 > Mix
7) Dics 7 > Fitness-Concert.



Kenapa Achik sampai perlukan peralatan push up ni? Kenapa tak buat je push up macam biasa? Haaa...ada sebabnya. Untuk pengetahuan korang, pergelangan Achik tak berapa nak kuat. Jadi bila dibuat senaman push up dalam kiraan yang lama, pergelangan Achik akan sakit.

Makanya, Achik berminat dengan Push Up Pro Body Workout Exercise Muscle Fitness Training Gym ni.


Peralatan push up ini boleh rotate bagi membolehkan tangan dan bahu bergerak secara natural semasa senaman push up. Push Up Pro ini membantu menegangkan dan membentuk dada, bahu, tangan, belakang dan bahagian abs dengan cepat!. Sangat disyorkan untuk mereka yang nak dapatkan bentuk badan ideal.




Barang keperluan ke-7 untuk Projek Nak Kurus 2016 yang menjadi pilihan Achik adalah Fitness 2.5HP Heavy Duty Gym 10 In 1 Home Motorized Treadmill. Setelah membuat beberapa survey, Achik jumpa treadmill jenama ini menawarkan harga yang berpatutan di Lazada.

Ciri-ciri dan fungsi yang ada pada treadmill ini setanding dengan harga treadmill yang lebih mahal. Rutin harian Achik terutamanya pada hari bekerja amatlah sibuk dan kebiasaanya Achik akan sampai rumah pada jam 7.00pm. Jadi macam mana Achik nak cari masa untuk pergi jogging kan. Dengan adanya treadmill ni di rumah, Achik boleh berlari di atas treadmill di dalam rumah dengan pakaian sukan yang minima.


Antara ciri-ciri yang ada pada treadmill ini:

*2.5HP low noise DC import motor, using 220V/50HZ family electrical.
*Blue LCD display
*Have 8 kinds internal function sports procedure
*Hand the machine counting heartbeat, mastery exercise personal
*Special safe key away from switch, the function have stop at once
*Keep electric current and short-circuit current
*Directly elected functions
*Waterproof spring running board
*The whole folding designs let install easier
*MP3 Function.



Satu kajian yang dijalankan oleh NASA mendapati bahawa 10 minit melantun pada trampolin adalah senaman kardiovaskular yang lebih baik berbanding daripada 33 minit berjalan kaki. Menurut laporan itu, "untuk tahap yang sama kadar jantung dan penggunaan oksigen, magnitud rangsangan mekanikal bio adalah lebih besar dengan melompat ke atas trampolin daripada dengan berjalan." Melantun atas trampolin juga merangsang aliran dengan cara yang yang membantu membersihkan badan daripada toksin dan bahan buangan.


Seronok tengok peserta Asia's Next Top Model Cycle 4 mencari pose yang mantap dengan melompat atas trampolin. Berapa banyak lah kalori yang dibakar oleh peserta-peserta AsNTM tersebut.

Setelah di survey, EcoSport Trampoline 40-inch berwarna biru ini menjadi pilihan hati Achik. Mempunyai diameter frame seluas 40"inch, 8.5" tinggi dari lantai dan berat maksimum yang boleh guna trampoline ni tak boleh lebih 90kg..hehehe..



Siapa kata Achik tak perlu nak beli water bag pouch backpack ni sebagai keperluan dalam Projek Nak Kurus 2016? Korang silap. Dengan adanya beg galas boleh isi air ni, memudahkan Achik bila mendaki bukit. Ye...tahap kecerdasan Achik buat masa ini tidak bersesuaian untuk Achik mendaki gunung tapi boleh lagi mendaki bukit...contohnya Bukit Broga.


2.5L Hydration Outdoor Tactical Water Bag Pouch Backpack with Bladder Black bersifat kalis air 900D high density Nylon material.


10. Roller skate (Klik untuk info berkaitan produk)

Yeah....roller skate melengkap senarai 10 barang pilihan Achik dari Lazada untuk Projek Nak Kurus 2016. Nampak santai kan...Yup ! itulah tujuannya. Bermain roller skate nampak santai tapi juga membantu membakar kalori dengan gerakan kaki. Bersungguh Achik survey roller skate  dan akhirnya mata Achik jatuh cinta dengan SRZ Hard Boot Inlone Skates (gold / black) seperti dalam gambar di bawah ni.


Smart kan...nampak eksklusif tapi harganya amatlah berpatutan. Ciri-ciri pada inline skates ini:

*Hard boot body and high quality
*Design same with real shoes and comfortable when using
*Spare part can change and easier to get
*The Lining Material is Quality Ventilation mesh & loop velvet fabric
*The sponge can put out and dry after using



Menarikkan 10 barang pilihan dari Lazada untuk Projek Nak Kurus 2016 Achik. Kalau korang pun ada masalah yang sama, iaitu masalah berat badan, apa kata ambil masa untuk klik setiap satu produk yang dinyatakan di atas untuk korang dapatkan info lanjut berkaitan harga serta diskaun yang ditawarkan.

Jom Kurus sama-sama dengan Lazada.

~ Achik ~



>> This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

No comments:

Post a comment