Monday, March 07, 2016

Tarikan terbaru di Lost World Hot Springs & Spa by Night, Tambun

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 01 Mac 2016 yang lalu, Achik telah menerima jemputan daripada Lost World of Tambun untuk menyaksikan sendiri pelancaran pembukaan fasa kedua Lost World Hot Springs & Spa di sini. Bertemakan Twilight Adventure, pembukaan fasa kedua kolam air panas di sini bakal menarik lebih ramai pengunjung ke Lost World Hot Springs & Spa by Night.


Selepas beberapa bulan proses penyelenggaraan, akhirnya taman tema air kegemaran di Ipoh iaitu Lost World of Tambun dengan tambahan terbaru pada Lost World Hot Springs & Spa telah dibuka untuk para pengunjung nikmati suasana taman tema dan kolam air panas di kawasan bukit dan pergunungan.


"It was an undiscovered diamond with 3.3 million litre of geothermal hot springs water generated daily."


Sunway Lost World of Tambun berbesar hati untuk sekali lagi memperkenalkan kepada masyarakat Perak, kolam air panas dan spa yang mempunyai persekitaran yang selamat serta selesa untuk menghabiskan masa berharga bersama-sama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Persembahan oleh The Water Goddess & Malayana Warriors yang membawa masuk telur Saphira's Dragon untuk tujuan pelancaran fasa terbaru Lost World Hot Springs & Spa

Pelancaran pembukaan Fasa terbaru di Lost World Hot Springs & Spa by Night

Lost World Hot Springs & Spa yang baru ini merupakan tempat bersantai yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia mempunyai sebanyak 15 tarikan yang terdiri daripada 13 kolam, 3 pondok persendirian untuk disewa serta Crystal Spa bagi pengunjung yang ingin dapatkan perkhidmatan mengurut dan waxing serta macam-macam lagi. Pada majlis pelancaran tersebut, para tetamu berpeluang untuk berendam dalam 5 kolam kolam air panas terbaru di Lost World Hot Springs & Spa, serta air terjun yang mengalir dari ketinggian 25kaki. Tambah menarik lagi dengan adanya gelongsor seperti mana di taman tema air.

Pondok persendirian yang boleh disewa

Achik berada di bawah air terjun yang turun dari ketinggian 25kaki

Kolam air panas yang baru dengan keluasan yang lebih besar. Suhu nya di bawah 40 darjah celcius dan sesuai untuk mandi manda lebih lama dalam kolam ni.


Pemandangan yang boleh dinikmati di Lost World Hot Springs & Spa by Night. Sangat Indah !


Topaz Pool dengan suhu 45C yang baru dibuka di Lost World Hot Springs & Spa. Ianya disinari dengan lampu yang berwarna warni.

Selain daripada 5 kolam air panas yang baru dibuka, Lost World of Tambun turut membawakan kelainan suasana malam di persekitaran taman tema tersebut. Dengan hanya bayaran tiket sejumlah RM26 seorang untuk masuk ke Lost World Hot Springs & Spa by Night ini, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan oleh Flamming Percussion di pentas utama..



Turut menarik perhatian pengunjung adalah dekorasi di persekitaran taman tema air dengan konsep yang pelbagai antaranya Halloween, Safari, Jungle, Lanun serta Garden konsep.



Tema Halloween

Tema Safari

Tema Lanun

Menarik kan...?? Nak tahu apa lagi yang menarik di Lost World Hot Springs & Spa by Night ni, jom sambung baca lagi entry ini sampai habis sebab Achik nak kongsi kan lagi kolam-kolam yang ada di sini.

Kawasan kolam air panas di Lost World Hot Springs & Spa ini diberi nama Saphira' Lair yang menjadi penempatan Saphira si naga hijau yang selesa memerintah di kolam air panas yang bersuhu sehingga 40⁰C.

Saphira's Lair & Saphira's Baby Pool

The Saphira's Lair. Bahagian atas adalah Saphira's Baby Pool

Dicipta khas untuk kanak-kanak, dikelilingi dengan keindahan dan kehijauan batu kapur yang diberi sentuhan kilauan cahaya yang mampu mempersonakan. Ditengah-tengahnya terdapat kolam mini iaitu merupakan rumah naga hijau yang dikenali sebagai Saphira..Bukan sahaja kanak-kanak, golongan dewasa juga berpeluang menikmati kehangatan air sehingga 39° C sebagai terapi diri sesuai untuk meredakan ketegangan.

Saphira’s Baby Pool merupakan sambungan dari Saphira’s Lair yang direka khas sebagai kawasan permainan yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Kolam panas yang direka dengan kehangatan air sehingga 38° C, mampu menggalakkan peredaran darah dan pertumbuhan kesihatan yang baik.

Infinity Pool


Tidak seperti kolam air panas buatan yang lain, ia dibina dengan penuh istimewa seperti spa eksklusif. Kolam ini mampu menampung hingga 300 orang pada satu-satu masa dan dikelilingi dengan keindahan semulajadi dan suasana yang cukup menenangkan selain diserikan dengan pancutan air terjun lava. Sebanyak 3 juta liter air termal mengalir dari bawah tanah terus ke kolam air panas Lost World Hot Springs & Spa ke Sungai Kopisan dengan suhu mencecah 40 ° C.

Lost World Steam Cave


Terletak di hujung kolam Infinity pool. Spa Lost World Steam Cave adalah tempat terbaik untuk melepaskan penat lelah seharian. Ia berfungsi sebagai sauna dan membuatkan anda berpeluh di mana toksin dan bahan buangan akan dikeluarkan melalui liang epidermis dan akan meninggalkan dermis yang bersih dan segar. Suhu yang tinggi juga menggalakan peredaran darah. Ini menggalakkan pertumbuhan sel baru dan keremajaan kulit.. Untuk membantu mengatasi masalah ini, pengunjung boleh melawat ke Lost World Steam Cave, berendam dan mandi stim semulajadi yang sihat dari air mata air panas.Suhunya ialah 40 ° C

The Geyser of Tambun


Geyser of Tambun mengeluarkan pancutan air panas sehingga 40 kaki ke atas akan memberi kejutan yang menenangkan setiap satu jam. Dengan kesan pencahayaan yang dipancarkan memberi satu pengalaman yang indah bagi mereka yang berkunjung pada waktu malam.

Foot Spa



Ini adalah kolam yang unik kerana mempunyai batu-batuu kecil refleksologi yang dipasang pada lantai. Pengunjung boleh berjalan di atas batu-batu kecil sambil menikmati air mata air panas yang melegakan kaki mereka. Batu-batu kecil refleksologi kaki adalah terapi tambahan ketika merendam kaki di dalam air mata air panas.

Crystal Pool


Bagi menambahkan keseronokan pengunjung, Lost World Hot Springs & Spa menyediakan sebuah kolam khas yang dipanggil Crystal Pool. Kolam mini ini direka khas dengan jubin kristal yang memancarkan cahaya pada siang hari, manakala malamnya memantulkan cahaya berkilauan diserikan dengan limpahan lampu berwarna-warni. Kombinasi warna lampu yang digabungkan menjadikan kolam berkenaan cukup santai dan romantis. Kolam yang bersuhu 40° C juga boleh dijadikan sebagai kolam persendirian.

Crystal Spa


Bagi menambahkan lagi pengalaman pengunjung, Crystal Spa merupakan kemudahan spa dimana pengunjung boleh menikmati terapi tubuh dengan kadar bayaran yang nominal. Terdapat tiga pondok urutan di sini yang dinamakan sebagai Sapphire, Topaz dan Amethyst. Spa di sini menawarkan urutan badan dan muka. Anda akan dilayan bak puteri dan penuh dengan privasi ketika badan dimanjakan dengan urutan yang menyegarkan mengikut pilihan anda. Crystal Spa ini dibuka dari hari Isnin hingga Ahad bermula jam 12 pm hingga 11 pm. 


Ruang urut di pondok yang privasi

Keadaan bilik sauna yang turut disediakan di Crystal Spa

Achik berpeluang untuk merasai sendiri urutan daripada tukang urut di Crystal Spa.

Crystal Falls & Three Jacuzzi Pools

Inilah dia 3 kolam Jakuzi yang baru dilancarkan. Amethyst, Topaz dan Sapphire dengan suhu air antara 47 - 50C. Sambil berendam dalam kolam Jakuzi ini sambil menikmati pemandangan air terjun. Pemandangan malam yang sangat tenang.

Pemandangan di kolam air panas yang baru dilancarkan. Betul-betul dibelakang Achik adalah Sapphire Pool.

Amethyst Pool

Topaz Pool


Selain daripada tarikan yang dinyatakan di atas, Lost World Hot Springs & Spa ini juga menyajikan kehidupan malam yang happening dengan hiburan dan gerai-gerai makan di Ipoh Street. Para pengunjung seolah-olah berada di Jalan Ipoh dengan gerai makan yang menyediakan makanan popular di Ipoh.

Ipoh Street di Lost World Hot Springs & Spa

Secara peribadi, Achik merasakan Lost World Hot Spring & Spa by Night ini adalah salah satu tempat yang menarik untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagi mereka yang tinggal di sekitar Ipoh atau pun yang berdekatan dengan Tambun, menghabiskan masa di Spa by Night ini tidak sepertinya memerlukan masa pada waktu hujung minggu. Malah ianya sesuai dikunjungi pada hari biasa / hari bekerja memandangkan waktu operasi Spa by Night ini bermula pada jam 6 pm.

Waktu Operasi Lost World Hot Springs waktu malam:
Isnin - Jumaat : 6:00 petang – 11:00 malam

Waktu Operasi Lost World Crystal Spa:
Isnin - Ahad : 12:00 tengah hari – 11:00 malam

Alamat: 
No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Tel: 605 542 8888
Fax: 605 542 8899
E-mail: lostworldoftambun@sunway.com.my

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan Lost World Hot Springs & Spa serta Lost World of Tambun boleh lah layari www.sunwaylostworldoftambun.com

FB Rasmi: Lost World Of Tambun 

Pembelian tiket juga boleh dibuat secara online dengan melayari laman web yang sama. Tempah tiket anda sekarang secara online sebab tengah ada promosi sekarang ni.!! Hurry Up..!! Jangan lepaskan peluang..


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment