Saturday, July 29, 2017

Ketahui Kewujudan Channel PPZTV di Youtube

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa kat sini yang selalu tonton video di Youtube? Achik tak percayalah kalau ada di antara korang yang kata tak pernah layari Youtube.com. Zaman skang ni, rata-rata kanak-kanak usia setahun pun dah disajikan dengan pelbagai video dari Youtube. Malah anak-anak kecil ni yang mana dah pandai pegang smartphone mahupun tablet, lebih bijak dari kita yang dewasa ni untuk cari channel kartun yang best walaupun dorang ni tak tahu membaca tajuk video tu..Hahahaha..Kadang-kadang tu heran juga macam mana anak-anak seusia satu tahun boleh jumpa video apa yang hendak mereka tonton.


Kalau Achik pula, Achik lebih gemar layari Youtube untuk dengar lagu-lagu dance / remix. Sesekali selalu juga layari Channel Radio yang Achik subscribe untuk tonton video-video lawak yang dihasilkan oleh penyampai radio. Actually, kalau korang tahu menggunakan Youtube ni dengan sebaik mungkin, banyak faedah sebenarnya yang korang boleh peroleh dengan hanya mempunyai Akaun / Channel Youtube.

Ini antara Channel yang Achik subcribed. Nampak tak ada channel Sekolah Basikal di situ

Sejak beberapa bulan yang lalu, Achik mula berminat dengan sukan berbasikal. Jadi Youtube merupakan sumber ilmu yang Achik gunakan untuk cari apa-apa tutorial mahupun perkongsian berkaitan sukan berbasikal. Sampaikan macam mana nk buka roda basikal, nak buka & pasang balik handlebar basikal pun Achik akan rujuk pada tutorial dari Youtube. Banyak teknik-teknik kayuhan yang Achik belajar daripada channel tersebut.

So, apa pendapat korang semua tentang penggunaan Youtube ni di kalangan kita orang dewasa serta kanak-kanak? Pendapat Achik, sekiranya betul cara penggunaannya disulami dengan niat yang betul, Youtube sebenarnya banyak memberi manfaat dan kebaikan buat penggunannya. Terbaru, Achik mula berjinak-jinak dengan menonton video-video ilmiah daripada channel PPZTV. Haaaa....apa pula PPZTV ni..? dah alang-alang kita bercerita tentang Youtube, jom Achik berkongsi dengan korang tentang channel ilmiah yang boleh korang tonton di Youtube iaitu channel PPZTV. PPZTV adalah channel Youtube yang dimiliki oleh Pusat Pungutan Zakat-MAIWP yang telah mula aktif sejak tahun 2011 lagi.

Inilah rupa Channel PPZTV. So, jangan lupa subscribe !

Bercakap tentang channel PPZTV di Youtube, ramai antara kita tidak tahu dengan kewujudan channel ini. PPZTV sebenarnya salah satu medium yang digunakan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP untuk berdakwah dan menyampaikan maklumat yang tepat tentang zakat kepada rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam. Video-video terbaru berkaitan zakat yang dilakonkan oleh #gengdakwah sememangnya sangat santai dengan background muzik yang catchy dan mencuit hati. Mungkin ramai antara kita dekat sini yang tidak tahu perbezaan fungsi antara PPZ-MAIWP dan Baitulmal-MAIWP. Malah Achik sendiri tidak tahu bahawa duit yang digunakan oleh Baitulmal-MAIWP untuk membantu golongan yang memerlukan merupakan duit hasil daripada kutipan zakat. Dalam fikiran Achik hanya terfikir yang sumber duit yang digunakan oleh Baitulmal-MAIWP ini mungkin dari sumbangan atau sedekah dari syarikat atau individu yang tidak diketahui. Tapi selepas menonton video di channel PPZTV berkaitan siapa PPZ-MAIWP dan siapa Baitulmal-MAIWP, buat Achik lebih faham perbezaan fungsi antara dua agensi ini.


Sejak channel PPZTV diwujudkan pada tahun 2011, banyak video ilmiah tentang zakat, ramadhan dan video-video dakwah yang lain yang dikongsi oleh PPZTV. Video bercorak dakwah yang boleh ditonton di channel PPZTV sangat menarik dari segi presentation nya serta animasi kartun yang digunakan sesuai untuk menarik minat golongan kanak-kanak mempelajari ilmu zakat.

Animasi kartun yang digunakan dalam video tutorial zakat boleh menarik minat anak-anak di peringkat sekolah rendah mahu pun sekolah menengah

Menarikkan..? Perkembangan teknologi maklumat yang amat pesat pada masa kini, semua ilmu pengetahuan boleh diperoleh di hujung jari sahaja. Tapi tidaklah bermakna korang tak perlu hantar anak-anak korang ke sekolah...Hehehe..Maksud Achik di sini, selain dari apa yang kita pelajari di sekolah mahupun dengan menghadiri kelas-kelas agama, ilmu yang kita peroleh tu boleh ditambahkan lagi dengan menonton video-video dakwah / ilmiah seperti video di channel PPZTV

Bagi mengelakkan berlakunya salah faham tentang zakat, elok sangatla Pusat Pungutan Zakat-MAIWP ni wujudkan channel PPZTV. Sekurang-kurangnya korang diluar sana dapat menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke-3 tanpa ragu-ragu. So, tunggu apa lagi...jom sama-sama layari Youtube.com dan subscribe ke channel PPZTV. Banyak lagi video dakwah yang menarik yang boleh korang tonton. Jangan lupa untuk viralkan tentang channel PPZTV dekat keluarga korang, kawan-kawan, rakan sekerja dan sesiapa sahaja yang korang kenal. Moga dengan cara ini, sedikit sebanyak kita semua dapat sama-sama berkongsi manfaat dan pahala dalam usaha berdakwah secara tidak langsung.

Antara video-video dakwah yang ada di channel PPZTV


~ Achik Huda ~


2 comments: