Assalamualaikum dan salam
sejahtera...
Sejak Achik turut serta dalam group workout ni, Achik memang sangat menitikberatkan apa yang Achik makan...Ecehhh...tidak la 100% clean diet...Tapi Achik sangat berhati-hati dalam memilih makanan terutamanya kalau makan di restoran. Menjadi salah seorang blogger berdaftar dengan Kiple’s Influencers Program (KIP) sedikit sebanyak dapat membantu Achik untuk explore restoran-restoran yang ada di Malaysia dan kenal pasti restoran yang menyediakan hidangan makanan yang sihat dan seimbang.
Diundang
ke Pickle & Fig, Taman Tun Dr Ismail untuk merasai sendiri menu baru
serta menu sedia ada yang telah diolah semula sememangnya buat perut Achik
gembira..Hehehe..Ini kali pertama Achik berkunjung ke Pickle & Fig
dan sejujurnya Achik tak pernah dengar nama restoran ini. Tapi selepas
berkunjung ke restoran ni, Achik pasti akan datang lagi sebab Achik suka dengan
semua menu yang disajikan.
Tengok
saja pada senarai menu, dah buat Achik tertarik kerana terdapat pengiraan
kalori yang dinyatakan bersebelahan dengan nama hidangan. Jadi, takdela rasa
ragu-ragu dengan kiraan calories intake Achik kalau makan di Pickle &
Fig. Menurut kata pemiliknya, Mr. Ken, Pickle & Fig sememangnya
menyajikan hidangan makanan yang seimbang. Mengamalkan konsep ‘eat-clean’ dalam
setiap hidangannya, pelanggan berpeluang untuk reka sendiri menu sarapan pagi
sama ada dengan memilih makanan untuk Burn (portion 3x protein & 2x
vitamins), Balance (portion 2x protein, 1x carb , 2x vitamins) dan Build
(2x protein, 2x carb 1x vitamins). Korang tak tahu makanan jenis apa yang
ada protein, carb atau vitamin? Jangan risau...dalam menu ada disenaraikan
pilihan makanan mengikut kategorinya.
Mr. Ken, pemilik Pickle & Fig TTDI
Oh ye, kalau korang nak tahu, sebelum Achik datang ke sini, Achik sempat usha Facebook dan Instagram Pickle & Fig. Tahu apa yang Achik nampak dulu, dah tentulah Butterfly Pea Latte - "Blue Latte" yang menjadi hidangan signature di sini. Apa lagi, sudah tentu Achik tak lepaskan peluang untuk merasai sendiri kenikmatan rasa Blue Latte. Warna biru yang korang tengok ni bukanlah pewarna tambahan, tapi ianya menggunakan Bunga Telang...alaa...yang guna untuk buat Nasi Kerabu tu...Rasanya memang sedap dan segar !
Kalau korang peminat coffee, bolehla cuba hidangan Reversed White Mocha dan nikmati sendiri kelainan rasanya. Yang bulat tu adalah Mocha yang telah dikeraskan..So, yang sebelah kanan tu pula white chocolate yang korang perlu tuang ke dalam gelas yang berisi Mocha...Nak tahu rasanya macam mana? Kenalah datang sendiri ke Pickle & Fig.
Sementara menunggu hidangan utama disajikan, korang boleh cuba Churros yang dihidangkan bersama-sama dengan Caramel dan Chocolate Dip. Kalau ikut tekak Achik, Achik lebih suka rasa churros tersebut dimakan bersama-sama dengan Caramel Dip. Tapi lain-lain orang, lain seleranya kan.
Ok...jom kita tengok apa saja hidangan yang ada di Pickle & Fig. Oh ye...hidangan yang Achik akan tunjuk kat korang ni adalah antara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan...in fact, banyak lagi hidangan yang ada dalam menu untuk korang pilih kalau berkunjung ke sini.
All Day Breakfast
Macam Achik cakap tadi, untuk breakfast korang berpeluang pilih portion makanan untuk pinggan korang...nak yang Burn ke, Balance ke atau pun Build.
Croque Madame....wahhh..menarik sangat!! Kalau korang nak tahu Achik memang suka makan wholemeal roti dengan telur macam ni..Jadi, tahu tak betapa excited nya Achik bila nampak hidangan ni. Dia punya rasa, SEDAP !!!!
Apa ada dalam Croque Madame ni? Ada smoked turkey ham dan cheese dengan bechamel sauce dan telur. Yang pasti salad turut disertakan. Barulah hidangan sarapan pagi korang tu seimbang.
Nak kelainan dalam hidangan sarapan korang? Meh Achik nk recommend korang untuk cuba Smoothie Bowl. Smoothie Bowl ni korang boleh pilih base nya...ada pilihan Strawberry & Raspberry, Peach & Blackberry, Dragonfruit dan Avocado. Di bahagian atasnya pula dihidangkan dengan buah-buahan yang segar, granola dan chia seed. Nak tahu Achik suka base yang mana? Sudah tentula Dragonfruit !! so yummy !!!!
Fresh Salads
Buat peminat salad, Pickle & Fig menyediakan 5 pilihan salad & 4 pilihan topping untuk salad korang. So, korang pilih satu salad yang korang nak makan kemudian korang boleh pilih salah 1 topping untuk salad korang. Topping yang korang boleh pilih adalah Grilled Chicken Breast, Breaded Mushroom, Smoked Salmon dan Shishamo.
Base : Avocado & Strawberry (mixed green, wild rockets, chia seed, almond flake with raspberry vinaigrette)
Topping : Smoked Salmon
Base : Ebikko & Nuts (mixed green, onion, cherry tomato, olive, alfalfa with black sesame dressing)
Topping : Grilled Chicken Breast
Base : Mango & Mint (mixed green, roast peppers, nuts with thai sweet & sour dressing)
Topping : Shishamo
Signature Panini / Sandwiches
Untuk hidangan ini, korang boleh pilih roti pilihan korang dan ianya dihidang dengan salad dan wedges. Pilihan roti yang ada adalah wholemeal, whitebread, Ciabatta, Foccacia dan Tortilla wrap.
Beef Ribeye Roast & cheses with onion rings & bbq sauce
Rotkraut, Beef Pastrami & cheese with russian sauce
Dinner Menu (selepas jam 4.00 pm)
Yeahhh...dah sampai ke kemuncaknya. Inilah hidangan terbaru yang ingin diketengahkan oleh Pickle & Fig. Tiga hidangan ini hanya untuk makan malam sahaja dan korang boleh mula order selepas jam 4.00 petang.
Bertuah rasanya bila Achik adalah antara orang terawal untuk merasai sendiri 3 hidangan makan malam ini. Nak tahu mana satu pilihan Achik? Of course ketiga-tiganya sekali !!!! Sebab ketiga-tiga menu ni sedap sangat !!!
So, macam mana nk order hidangan makan malam korang? first skali korang kena pilih dulu sama ada nk makan Grilled Chicken with Guacamole atau Chickpea & Spinach topped with Fried Portobello atau Sriracha Chicken. Kemudian, pilih 2 sides dish untuk dinikmati bersama.
Berikut adalah sides dish yang korang boleh pilih:
* Cauliflower rice
* Salad
* Sauteed brocolli & peppers
* Sweet potato fries
* Brown rice
* Edamame
Grilled Chicken with Guacamole dengan pilihan sides dish cauliflower rice dan sweet potato fries
Chickpea & Spinach topped with Fried Portobello dengan pilihan sides dish Salad dan Brown rice
Sriracha Chicken dengan pilhan sides dish Sauted Brocolli & peppers dan Edamame
Menarikkan menu yang ada di Pickle & Fig. Nak tahu apa lagi yang ada kat sini, korang kena datang sendiri ke sini. Korang juga boleh dapatkan maklumat berkaitan restoran ini dengan menggunakan aplikasi Kiple yang korang boleh muat turun di telefon pintar korang. Apa faedah yang korang dapat dengan menggunakan aplikasi Kiple ? Sudah tentu dalam cashback sebanyak 10% daripada total bil korang, dan 10% tersebut korang boleh guna untuk pembayaran akan datang..Nak tahu apa lagi yang ditawarkan di aplikasi ini, korang wajib download [Kiple] !
Pickle & Fig TTDI
Address: 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Taman Tun Dr. Ismail
Opening Hours: 9AM–11PM
Phone: 03-2858 9960
Address: 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Taman Tun Dr. Ismail
Opening Hours: 9AM–11PM
Phone: 03-2858 9960
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment