Wednesday, July 12, 2017

Nikmati Makanan Sarawak di Cawangan Kedua SARAWAK'S BOWL Sunway Putra Mall


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang...entry kali ni tetap nak bercerita dengan korang tentang makanan..Hehehehe...Korang ingat menetap dekat Klang Valley dah lebih 30 tahun ni tak teringin ke nak makan makanan dari Negeri lain..Ala, kalau setakat masakan utara, pantai timur dan selatan tu dah biasa sangat. Jadi, apabila diundang ke Pembukaan Cawangan Kedua Sarawak's Bowl di Sunway Putra Mall, Achik memang tersangatlah berbesar hati.



First and foremost, Tahniah Achik ucapkan buat pemilik Sarawak's Bowl atas pembukaan cawangan kedua Sarawak's Bowl di Aras 4, Sunway Putra Mall. Kalau korang nak tahu, ketiga-tiga pemilik Sarawak's Bowl adalah anak kelahiran negeri Sarawak. Sudah pasti kesemua masakan yang disajikan menggunakan resepi asli dari Sarawak. Kalau korang perasan dalam menu ada nama hidangan Nasi Lemak Rendang Ayam Pak Latip kan...Pak Latip tu merupakan ayah kepada salah seorang pemilik Sarawak's Bowl. Jadi mana-mana anak kelahiran Sarawak yang menetap di Klang Valley, bolehlah berkunjung ke Sarawak's Bowl bila korang craving for makanan Sarawak...

Ok, jom tengok hidangan makanan yang ditawarkan di Sarawak's Bowl:

1.    Sarawak Laksa Uncle Liew = RM8.90


Achik bukanlah anak kelahiran Sarawak..jadi Achik kurang arif dengan rasa sebenar masakan sarawak tu. Tapi, kalau korang nak tahu ini kali kedua Achik makan Laksa Sarawak. Kali pertama di rumah terbuka kawan Achik..So, apa komen Achik untuk Laksa Sarawak di Sarawak's Bowl ni?

Sedap !!!! Dihidang dalam mangkuk yang besar. Bagi Achik portion makanan sangat berbaloi dengan harganya. Cuma, portion bihun dalam laksa tu agak banyak..kalo korang lambat makan, bihun tu akan cepat kembang dan kuah laksa tu tinggal sikit je...apa2 pun rasa Laksa Sarawak di Sarawak's Bowl memang sedap.


2.    Kolo Mee Daging = RM8.90


Kolo Mee di Sarawak's Bowl didatangkan dengan 2 pilihan iaitu Kolo Mee Daging atau Kolo Mee Ayam. Jadi, ikut citarasa korang sama ada nk yang daging atau ayam. Untuk Kolo Mee pula, ianya dihidangkan dengan sup. Ni kali pertama Achik rasa Kolo Mee....Achik lebih suka makan Kolo Mee tanpa sup...macam makan Indomee goreng gitu...hehehe..Tapi ada sesetengah yang gemar makan Kolo Mee dengan Sup..biar rasa basah2 sikit...Bagi Achik ada sup or takde sup tu tak jadi masalah...yang masalahnya, Achik suka rasa pedas !!! Mungkin lepas ni Achik nak request for cili potong..hehehe


3.    Mee Jawa Nyonya Tey (Lembu) = RM8.90


Achik tak tahu pula Mee Jawa ni sinonim dengan masakan Sarawak. Sebab Mee Jawa ni mudah untuk didapati di sekitar Klang Valley. Bila fikir balik, logik juga orang Sarawak pun gemarkan Mee Jawa sebab negeri Sarawak kan bersempadan dengan Indonesia. Mee Jawa Nyonya Tey ni dihidangkan bersama dengan 2 cucuk satay..Jujur cakap, rasa Mee Jawa ni sangatlah sedap. Korang memang wajib cuba.


4.    Sarawak Mee Sua = RM8.90


"Mee Sua"...biasa Achik dengar dan biasa Achik sebut. Tapi tak pernah tahu lagi macam mana rupa dan rasa Mee Sua. Kalau korang nak makan sesuatu yang tak heavy, Mee Sua adalah pilihan yang tepat. Rasa herba pada ayamnya pun tidak terlalu pekat. Kalau tekak Achik boleh terima rasa Mee Sua ni, sudah tentulah rasanya SEDAP !!


5.    Nasi Lemak Daging Hitam Manis = RM8.90


Rakyat Malaysia memang gemarkan Nasi Lemak. Cuma, yang istimewanya nasi Lemak di Sarawak's Bowl dihidangkan dengan Daging Hitam Manis yang sangat sedap ! Memang layan tau makan Nasi Lemak Daging Hitam Manis ni tak kira pada bila-bila masa.


6.    Ayam Pansoh = RM15.90


"Ayam Pansoh"....salah satu makanan Sarawak yang sangat istimewa dan unik. Ayamnya dimasak dalam buluh..Untuk ianya kelihatan lebih  menarik lagi, Ayam Pansoh ini dihidangkan kepada pelanggan menggunakan buluh. Ayam Pansoh dihidangkan bersama-sama dengan nasi yang dimasak menggunakan beras "Bario"

Beras Bario ni kalau korang nak tahu, ianya kaya dengan vitamin dan mineral. Rasa berlemak jika dibandingkan dengan beras biasa. Korang jangan keliru pulak beras Bario ni dengan beras Perang ye walau pun warnanya macam lebih kurang. Istimewanya beras Bario ni ianya diimport daripada Bario.

Masakan Ayam Pansoh di Sarawak's Bowl memang sedap dan ada rasa seperti ayam rendang cili api..Korang wajib cuba tau !


7.    Minuman


Ini antara minuman yang menjadi tarikan pelanggan di Sarawak's Bowl. 3 Layers drink. Ada 7 hidangan 3 Layers drink iaitu 3 Layers Tea, 3 Layers Bandung, 3 Layers Cendol, 3 Layers Lemon Lime, 3 Layers Cincau, 3 Layers Coffee dan 3 Layers Tea Pandan. Hari tu Achik minum 3 Layers Cincau...ermmmm sedap !



Untuk pengetahuan korang, Sarawak's Bowl sedang menawarkan hidangan Combo Set yang lebih menjimatkan. Didatangkan dengan hidangan utama dan minuman dengan harga RM14.80 (tidak termasuk GST). Korang boleh refer gambar di atas untuk pilihan hidangan utama dan minuman yang ditawarkan dalam Combo Set.

Sebelum Achik terlupa, korang juga boleh buat bayaran menggunakan apps KIPLE apabila korang makan di Sarawak's Bowl. Jangan lupa untuk download apps KIPLE dari Play Store atau Apple Store untuk ketahui promosi menarik di semua kedai dan restoran yang mengambil bahagian.

Tidak lupa juga, korang berpeluang untuk enjoy cashback sebanyak 10% apabila membuat bayaran menggunakan aplikasi KIPLE.


Menu untuk rujukan korang:





Lokasi:
Sarawak's Bowl
Tingkat 4, Bazaar Asia
Sunway Putra Mall



~ Achik ~




8 comments:

  1. Sedapnya, tak pernah makan lagi laksa kolok tu.

    ReplyDelete
  2. oiii...sedapnyaaa...masa Sally makan kat sini haritu ada nmpk beberapa org blogger yg tgh buat review..semua makan sedap je nampak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan...jangan2 masa awak makan dekat situ, akak one of the blogger yg tgah buat review masa tu..hehehe

      Delete
  3. wahh sedap2 semuanya.. duk teringin laksa sarawak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap pun...tunggu la nnti nk repeat laksa sarawak lagi

      Delete
  4. Xpenah pegi lagi kat sini huhuhu.. Btw nampak unik n sedap ayam pasoh tu heheheh

    SInggah : Panduan / Tips Lulus MUET

    ReplyDelete