Tuesday, July 18, 2017

Food Review : Chili Seafood Aglio Olio Sedap Hanya di Philtre Coffee, Damansara Uptown

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kawasan Damansara Utama / Damansara Uptown sememangnya banyak sangat kedai makan yang korang boleh cuba. Dari yang berkonsep hipster sampaikan yang berkonsep tradisional. Achik sendiri pun tak habis explore kedai makan yang ada di kawasan Damansara Uptown ni. Terbaru, Achik berpeluang untuk lepak santai dengan rakan-rakan blogger yang lain di bawah Kiple Influencer Program untuk merasai sendiri makanan dan minuman yang disajikan di Philtre Coffee.


Philtre Coffee terletak di Damansara Uptown bersebelahan LDP dan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai. Tak susah pun nk cari lokasi kedai ni. Korang just waze Philtre Coffee dan waze akan bawa korang terus di hadapan kedai makan ni.

Interior design di dalam Philtre Coffee

Sebaik melangkah masuk ke dalam restoran ini, Achik tertarik dengan interior design di Philtre Coffee. Nampak macam moden, tetapi hiasan di dinding menggunakan papan yang selalu digunakan di rumah-rumah kampung. Pujian harus diberikan kepada pemilik Philtre Coffee kerana menggunakan sumber-sumber yang dikitar semula untuk dijadikan hiasan dalam kedai. Papan pada dinding restoran merupakan kayu kitar semula manakala meja makan besi yang digunakan adalah besi-besi kitar semula yang diperoleh daripada longgokan logam besi skrap di kawasan Ipoh. Lebih menarik lagi mesin espresso yang digunakan diperoleh dari Batu Pahat selepas ianya dibuang oleh pemiliknya..



Philtre Coffee mendapat namanya dari kopi yang ditapis yang dihidangkan di restoran tersebut. ‘Filtered coffee’ atau kopi yang ditapis ini merupakan salah satu proses pembuatan minuman kopi yang melibatkan air dititiskan di atas ground coffee yang dipanggang yang diletakkan di dalam penapis. Kalau korang nak tengok sendiri proses penghasilan minuman kopi yang istimewa ni korang boleh datang sendiri di Philtre Coffee. Korang boleh saksikan bagaimana minuman Cold Drip dihasilkan dari 100% Arabica Beans. Ais batu yang berada di bahagian paling atas akan cair dan menitik  di atas serbuk kopi panggang. Proses ini memakan masa selama 7 jam untuk menghasilkan 3 liter minuman kopi yang sejuk.

Proses penghasilan Cold Drip..kopi sejuk

100% Arabica Beans Cold Drip yang dibotolkan

Sesi food review kami di Philtre Coffee pada tempoh hari turut disertai oleh pemilik restoran yang cukup peramah iaitu Mr. Victor. Mr. Victor sangat mesra orangnya dan banyak berkongsi tentang sejarah Philtre Coffee serta menu yang menjadi tarikan pengunjung yang datang. Oh ye, kalau korang nak tahu "Philtre" dalam bahasa Perancis membawa maksud "ramuan cinta". Sungguh pun nama restoran daripada perkataan Perancis dan pemiliknya berbangsa Cina, tetapi menu makanan yang dihidangkan di Philtre Coffee menggabungkan makanan kegemaran masyarakat Timur Semenanjung Malaysia iaitu Nasi Kerabu serta makanan kegemaran ramai iaitu Nasi Lemak.

Jom kita tengok antara makanan yang disajikan di Philtre Coffee:

Kalau korang nak tahu, Nasi Kerabu, Aglio Olio dan Nasi Lemak merupakan menu yang sering berada dalam Top 3 makanan yang laris dipesan oleh pelanggan yang berkunjung ke Philtre Coffee.


Nasi Kerabu dengan Grilled Ayam Percik. Untuk Nasi Kerabu ni, pelanggan boleh membuat pilihan sama ada Fried Ayam Berempah, Beef Rendang, Chicken Kapitan atau pun Grilled Ayam Percik.


Chili Seafood Aglio Olio. Makanan laut yang ada dalam Aglio Olio tersebut sangat menarik malah rasa Aglio Olio tersebut memang pedas dan menepati citarasa Achik. Achik beri 5 bintang untuk Chili Seafood Aglio Olio di Philtre Coffee.


Nasi Lemak dengan Rendang Daging. Sama seperti Nasi Kerabu, pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada Fried Ayam Berempah, Beef Rendang, Chicken Kapitan atau pun Grilled Ayam Percik untuk dihidangkan bersama Nasi Lemak.


Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah


Soft Shell Crab with Salted Egg Butter Milk..yang ni pun sedap dan turut menjadi kegilaan antara Blogger yang hadir pada hari tersebut.


Smoked Salmon Aglio Olio. Rasa Aglio Olio nya tidak pedas sepertimana rasa Chili Seafood Aglio Olio. Jadi mereka yang tak gemar makanan pedas boleh cuba menu ni. Ikan Salmonnya rasa segar dan tidak berbau hanyir.


Cheese Wantan....walau pun dalamnya ada cream cheese dan mozzarela tapi ianya tetap rasa crunchy di luar. Sedap tau ! makan macam tu sahaja tanpa sos pun sedap..


Hail Berry dihidangkan bersama-sama dengan seasonal berries, pisang, handcrafted ice cream serta chocolate sauce on top of it. Kalau korang nak tahu, ais krim yang digunakan di Philtre Coffee merupakan ais cream yang dibuat sendiri yang turut dikenali sebagai Forty Licks. Ada pelbagai perasa dan yang paling penting semua perasanya sangat istimewa dan premium.

Forty Licks (Handcrafted Ice Cream)

Cukup dengan makanan, jom tengok antara minuman yang ada di Philtre Coffee:

Chai Latte

Cafe Latte

Prana Chai - A Masala Blend

Mocha Ice

Menu (click photos to enlarge):


Seperti biasa, korang boleh menggunakan aplikasi KIPLE apabila korang makan di Philtre Coffeekorang berpeluang untuk enjoy cashback sebanyak 10% apabila membuat bayaran menggunakan aplikasi KIPLE.


Philtre Coffee
44, Jalan SS 21/35, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi
Selasa - Ahad 8AM - 12AM (tutup pada hari Isnin dan Sabtu)

Contact : +60 3-7732 2216


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment