Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sekali lagi Achik ingin berkongsi dengan korang semua antara pilihan tempat untuk korang berbuka puasa bersama-sama keluarga tercinta, sahabat handai malah dengan orang yang tersayang. Nurul Izzah Catering sudah tentu nama yang tidak asing lagi dikalangan kita semua. Memiliki premis yang agak besar dan luas bertempat di Puchong, sudah pasti ramai penduduk di Puchong serba maklum tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Nurul Izzah Catering. Kalau tahun lepas Nurul Izzah Catering menawarkan Buffet Ramadhan di Wisma Kagumas yang terletak di Bandar Baru Bangi, berbeza pula dengan tahun ini yang mana Nurul Izzah Catering bersama dengan ASAP Steamboat & Grill lebih selesa menggunakan premis perniagaan mereka untuk lokasi Buffet Ramadhan 2017.
Berkonsepkan Buffet Ramadhan Under The Stars, ianya telah pun bermula sejak Ramadhan yang Ke-3 bersamaan dengan 29 Mei 2017 dan akan berakhir pada Ramadhan ke-26, iaitu pada 21 Jun 2017.
Pemilihan konsep 'steel and nature under the stars' sememangnya akan memberikan pengalaman yang indah buat para pelanggannya dengan berbuka puasa dalam suasana kampung. Kenapa konsep 'steel' ..? Siapa yang biasa berkunjung ke ASAP Steamboat & Grill sudah pasti tahu struktur kontena yang diperbuat daripada besi. Manakala konsep 'nature' pula merujuk kepada lokasi Buffet Ramadhan itu sendiri iaitu di kawasan kampung. 'Under the stars' pula sudah pasti merujuk kepada kanopi lutsinar tempat berbuka puasa yang mana korang boleh makan sambil menikmati pemandangan indah di langit..sambil kira bintang gitu...hehehe...
berlatar belakangkan struktur kontena ASAP Steamboat & Grill
kanopi yang berbumbung jernih
suasana tempat makan di Nurul Izzah Catering dan ASAP Steamboat & Grill
Keluasan tempat makan di sini dapat menempatkan seramai 400 pengunjung pada satu-satu masa. Apa lagi kemudahan lain yang ditawarkan di sini..?
* Tandas awam terletak di kafe kontena
* Kemudahan surau yang selesa
* Halaman yang luas dan ruang untuk anak-anak bermain
Untuk tahun 2017, Nurul Izzah Catering dan ASAP Steamboat & Grill menjanjikan lebih daripada 150 juadah bagi memenuhi selera para pengunjung. Jom layan gambar-gambar di bawah untuk ketahui antara menu yang dihidangkan di Buffet Ramadhan ini:
Kerang bakar goreng cili...memang layan...sedap !!!
Ketam masak lemak cili api...Sedap ni..memang layan...
Paru goreng berlada
sambal tempe goreng
Nasi briyani, Nasi Daging dan Nasi Arab
Spageti bolognese
Laksa
Roti jala
Aneka ulam-ulaman
Aneka kuih-muih
Buah-buahan turut dihidangkan sebagai pencuci mulut
pelbagai jenis minuman sejuk dan panas
Selain hidangan di atas, Buffet Ramadhan Nurul Izzah Catering dan ASAP Steamboat & Grill turut menawarkan kambing bakar, aneka jenis mee dan sup seperti Laksa Johor dan Bihun Sup, Ayam Percik, Ikan Bakar, aneka jenis kerabu, dan banyak lagi. Kalau nak tahu apa lagi menu yang ada, korang kena datang sendiri berbuka puasa di sini. Dengan harga yang berpatutan, amat berbaloi untuk menikmati hidangan buka puasa dalam suasana kampung di sini.
Lok-lok steamboat dan Yong Tau Fu juga disediakan untuk para pelanggan. Tapi tiada hidangan steamboat & grill macam selalu ye. Semua hidangan lok-lok dan grill dimasak oleh pelayan di situ.
Buffet Ramadhan 'Under the Stars' ini merupakan gabungan idea antara Nurul Izzah Catering dan Asap Steamboat & Grill, yang dimiliki oleh sebuah keluarga yang sama. Pemilik kepada kedua-dua syarikat ini, Tuan Haji Haron Khamis, telah lama menyimpan hasrat untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada pelanggan dengan memberi kelainan dari segi tempat, suasana, pilihan makanan dengan menawarkan harga yang amat berpatutan dan menarik.
Harga:
RM55 dewasa
RM26 kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
Waktu Operasi:
29 Mei 2017 - 21 Jun 2017
6 malam - 10 malam
Lokasi:
Lot 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47150 Puchong.
Untuk Tempahan:
Hubungi talian 013-485 8944
~ Achik ~
No comments:
Post a Comment