Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah...tahun ini berpeluang lagi untuk
menghadiri Majlis Prebiu Bufet Ramadhan 2017 di Laman Kayangan Shah Alam.
Seperti tahun lalu, Bufet Ramadhan di Laman Kayangan masih lagi menggunakan khidmat
syarikat Segi Seri Sdn Bhd untuk menampilkan pelbagai jenis hidangan
berkonsepkan ‘Citarasa Dua Sempadan’.
Berbeza dengan tahun lalu, untuk tahun 2017
ini, konsep bufet ramadhan yang dipilih hanya mengetengahkan hidangan makanan
dari citarasa negara di sempadan utara Malaysia iaitu hidangan Thailand dan
juga hidangan Utara Malaysia. Sungguh pun tahun ini hanya menampilkan hidangan
makanan dari Thailand dan Utara Malaysia, Segi Seri tetap menjanjian lebih 100
menu yang akan dihidangkan di Bufet
Ramadhan 2017 Laman Kayangan.
Majlis Prebiu Bufet Ramadhan 2017 Laman
Kayangan telah pun disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Thailand (Cawangan
Kuala Lumpur), Encik Ahman Md Adam dengan diiringi Pengarah Urusan Segi Seri
Sdn Bhd, Tuan Haji Azhar bin Haji Bahrain beserta selebriti jemputan, Kak Ogy.
Antara menu yang bakal memikat selera perut
korang adalah Ayam Kari Hijau Terung Pipit (Kaeng Kheiywhwan Ki), Ikan Daun
Selasih dengan Cili (Pla bai Pakapow), Tomyam Pok Tek, Gulai Lemak Pisang
dengan Ikan Bilis, Laksa Kuah Pengelih, Murtabak King Segi Seri dan banyak
lagi...So, nak tahu apa lagi hidangan yang ada di Bufet Ramadhan 2017 Laman
Kayangan ini, korang kena berbuka puasa di sini pada bulan Ramadhan nanti. Buat
masa ni, jom cuci mata dengan gambar-gambar antara hidangan makanan yang ada di
Bufet Ramadhan 2017 Laman Kayangan, Shah Alam : -
Hidangan Makanan Dari Utara Semenanjung Malaysia
Mee Laksa Kuala Penghelih / Mee Hoon Sup Kanchut
Hidangan Utama - Ayam Gulai Darat dengan Rebung
Hidangan Pembuka Selera Utara Semenanjung Malaysia - Kerabu, ikan pekasam, ikan masin, telur masin dan sebagainya
Antara hidangan Dari Batas Bendang - Ikan Keli Goreng
Menu Utama - Ikan Lemak Tempoyak dengan Belimbing Buluh
Selain menu-menu di atas, banyak lagi menu makanan utara semenanjung Malaysia yang akan dihidangkan buat para tetamu termasuklah, sup tulang + daging / ayam berempah, Daging Acar dengan Cili Hijau, Makanan Laut Sambal Petai, Gulai Lemak Pisang dengan Ikan Bilis, Soo Hoon Fu Cuk Masak Lemak Tauhu, Ulam-ulam kampung, sambal belacan, penjan ubi kayu dan sebagainya.
Hidangan Makanan Dari Thailand
Ayam Kari Hijau Terung Pipit
Daging Musamman dengan Rebung
Ikan Daun Selasih Dengan Chili
Seafood Masak Pedas
Aneka Kerabu
Untuk hidangan dari Thailand pula, sudah pasti banyak lagi hidangan makanan thailand yang Achik tak dapat tunjukkan dalam gambar. Nak tahu apa dia? Antaranya Tom Yam Putih / Merah / Pong tek, Nasi Goreng Nenas, Telur BUngkus, Ikan Celup Tepung, Masakan Paprik, Mee Celup Thau dan sebagainya...Nak tahu dan rasa sendiri, kenalah datang berbuka puasa di Laman Kayangan ini...
Lain-lain hidangan Istimewa
Kuih-muih Tradisional
Aneka Pengat antaranya Pengat Pisang, Pengat Ubi Keledek, Bubur Kacang dan Bubur Pulut Hitam
Hidangan istimewa Segi Seri - Murtabak King
Bubur nasi & condiments
2 jenis pasta dengan sos kari ayam dan sos seafood paprik
Bagi mereka yang berbuka puasa di sini, tidak perlu risau dengan lokasi surau bagi menunaikan solat maghrib. Terdapat kemudahan surau disediakan di dalam khemah Laman Kayangan serta di Kompleks Belia Selangor yang terletak bersebelahan dengan lokasi Bufet Ramadhan Laman Kayangan.
Lain-lain kemudahan / tarikan :
* Kaunter zakat fitrah disediakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad
* Dewan makan yang berhawa dingin
* Persembahan Ghazal sepanjang waktu bufet beroperasi
* kehadiran anak-anak dari rumah-rumah anak yatim & sekolah-sekolah tahfiz sebagai memenuhi tanggungjawab sosial (CSR)
* Segi Seri turut menghulurkan sumbangan kepada kumpulan gelandangan dgn mengedarkan makanan utk bersahur
Harga:
Dewasa : RM59.00
Kanak-Kanak (7 thn -12 thn ) / Warga
Emas :RM35.00
EARLY BIRD : RM45.00 *Sehingga 25 Mei 2017
Turut disediakan pakej tempahan berbuka puasa seperti berikut:
Pakej Berbuka Puasa Keluarga
Pakej 5 Dewasa : RM295.00 & Percuma
2 kanak2/ warga emas
Pakej 9 Dewasa : RM531.00 & Percuma
1 Dewasa
Pakej Berbuka Puasa Korporat /
Berkumpulan.
Pakej 10 Meja : RM5,900.00
Pakej 50 Meja : RM29,500.00
untuk pertanyaan atau tempahan boleh
hubungi :
017-218 1875 | 011-1878 4681 | 019-311 7443 | 017-332 6646 |
03-5542 4250
Emel:
sales@segiseri.com
Lokasi:
Laman Kayangan
d/a Dataran Karyawan
Kompleks Belia & Kebudayaan
Negeri Selangor, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor
Website : www.segiseri.com/ramadan2017
Facebook : www.facebook.com/lamankayanganshahalam
Instagram : www.instagram.com/lamankayanganshahalam
~ Achik ~
Luas rezeki Achik Huda, sana sini buffet Ramadhan..
ReplyDeleteRambang mata dibuatnya, semua menu sedap.. :-)