Sunday, May 14, 2017

Buffet Ramadhan Masakan Thai Termurah Hanya di STREAT THAI, The School @ Jaya One

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah sekali menjejakkan kaki Achik di Streat Thai, The School @ Jaya One selepas ternampak perkongsian rakan-rakan Blogger tentang pembukaan kedai makan ini. Achik yang sememangnya gemarkan masakan Thai, memang mempunyai kesukaran untuk mencari Restoran Masakan Thai yang kena dengan selera tekak Achik. Atas inisiatif sendiri, Achik ajak Anis untuk misi mencari Pad Kra Pow di Streat Thai...hehehhe...So, Streat Thai dah ada dalam senarai kedai makan Thai yang wajib singgah bila Achik craving for Thai Food.


10 Mei 2017 yang lalu merupakan kali kedua Achik menjejakkan kaki ke Streat Thai. Kehadiran Achik pada hari tersebut untuk merasai sendiri menu-menu yang dihidangkan di Ramadhan Buffet Streat Thai. Achik tiba sedikit lewat sebab tunggu Anis habis shift kerja..Lepas tu pusing2 dekat basement cari parking..By the time Achik tiba di Streat Thai, dari jauh dah boleh nampak umat manusia yang ramai tengah menyerbu makanan street food kegemaran mereka..

Nak tahu apa hidangan yang menjadi tumpuan para jemputan yang hadir pada hari tersebut? Sudah tentu lah Mango Sticky Rice. Ini juga merupakan hidangan pertama yang Achik terjah...Kalau korang sememangnya penggemar masakan thai, korang wajib tahu yang hidangan Mango Sticky Rice memang terlaris di pasaran. Kalau korang berhajat nak makan dulu hidangan utama, baru nak ambil Mango Sticky Rice, maka korang lupa kan lah hajat tu...Hehehe...Nak tahu sedap ke tak Mango Sticky Rice di Streat Thai, jom tengok video Achik tengah menikmati kesedapannya.....

Mango Sticky Rice yang sedap....sebelah tu adalah kuih Tako...tapi lapisannya rasa jagung...bukan pandan macam selalu kita beli dekat bazar ramadhan tu...



Oh ye, sudah beberapa Buffet Ramadhan yang Achik hadir, apa yang Achik boleh katakan, harga Buffet Ramadhan di Streat Thai antara yang termurah ye .! Dengan pilihan lebih 60 hidangan makanan street food, Achik pasti korang tak akan dapat habis rasa kesemua makanan yang dihidangkan..Hehehehe...Nama pun Streat Thai yang menghidangkan street thai food, jangan la pula korang cari Kambing Golek dekat Buffet Ramadhan di sini. Sungguhpun begitu, Streat Thai tetap memenuhi selera korang dengan Kari Kambing yang sedap rasanya...

Jom tengok antara sajian makanan thai yang ditawarkan buat para pengunjung...


Chicken Pad Kra Pow...antara makanan thai kegemaran Achik..

Green Curry Beef...Yang ni tak tipu..memang sedap rasanya...dihidangkan dalam periuk panas-panas berasap..daging pun sangat lembut..

Stir Fried Lala With Chilli Paste...sedap juga !!! Antara hidangan makanan yang laku keras..

Pad Krapao Mushroom Egg Tofu

Black Pepper Beef

Steam Dolly With Lime Sauce

Kangkung Goreng Belacan



Egg Tamarind Sauce

Garlic Chicken.

Fuhhh...kalau nak cerita panjang senarai makanan apa lagi yang ade di Buffet Ramadhan Streat Thai ni, memang jawabnya berjela-jela la entry Achik. Tapi sedikit sebanyak yang korang perlu tahu, selain daripada hidangan utama, Buffet Ramadan di Streat Thai turut menyediakan makanan berkonsepkan grill dan juga skewer....Ada sotong grill, oh Achik tak sempat nak ambil, dah selamat pun habis kena serbu dengan pengunjung yang hadir.

Berikut adalah antara hidangan skewer / appertizer yang dihidangkan dengan kepelbagaian rasa sos dh juga perapan:- 


Hor Mok Fish




Hidangan ayam goreng pun ada....Kalau kata makanan thailand, sudah pasti ayam pandan merupakan menu wajib ada. Sayangnya Achik pun terlepas untuk merasai sendiri keenakan ayam pandan di Buffet Ramadhan Streat Thai.

Glass Noodle & condiments yang dihidangkan dengan kuah tomyam..

Bercakap tentang harga pula, bagi Achik harga buffet ramadan di Streat Thai adalah antara yang termurah yang pernah Achik jumpa. Dengan kepelbagaian menu masakan thai, dari appertizer, main course, dessert, semuanya serba-serbi lengkap. Kenapa Achik cakap murah? Kalau korang walk-in di mana-mana sahaja Restoran Thai, sudah pasti harga menu yang korang makan lebih mahal dari harga buffet ramadan di Streat Thai ni...

Jadi sempena Bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti, jangan lepaskan peluang untuk merasai kesemua jenis makanan thai yang ada di Streat Thai. Oh ye, sedikit tips untuk korang yang akan berbuka di sini nanti, sila grab hot menu terlebih dahulu !. Hehehehe...apa hot menu yang Achik maksudkan? Pulut mangga, Ayam Pandan, Tomyam dan apa saja yang korang rasa orang akan serang dulu bila makan di restoran thai...

Sedikit info berkaitan Buffet Ramadan di Streat Thai:

Harga:
Untuk harga promosi tempahan 7 hari awal: RM39.90++
Harga Normal : RM49.90++ (dewasa)
RM 19.90++ (Kanak 6 hingga 12 )

Masa:
Setiap hari : 7 PM-9:30 PM

Lokasi:
(Jaya One) 100-G.001 The School
No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia

Social Media:
www.facebook.com/streatthai
www.instagram.com/streatthai
www.eatatstreat.com

Tempahan:
+603-7496-1297


~ Achik ~


2 comments:

  1. Salam kenal & Salam Ramadhan Kareem kepada Achik Huda..
    Menu dalam enrty ni semua nampak sedap sebab masakan kampung..
    Harga yang ditawarkan pun agak berpatutan..

    ReplyDelete
  2. Truly, this article is really one of the very best in the history of articles. I am a antique ’Article’ collector and I sometimes read some new articles if I find them interesting. And I found this one pretty fascinating and it should go into my collection. Very good work! 먹튀검증

    ReplyDelete