Monday, May 01, 2017

Bufet Ramadhan 2017 di Shah Alam Convention Centre | Berbuka Sambil Beramal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih lagi hangat dengan jemputan Prebiu Buffet Ramadhan sana sini. Cuma, Achik minta maaf tak dapat nak penuhi semua jemputan disebabkan tuntutan kerja hakiki, masa, jarak serta misi kawal berat badan Achik...hehehe..


Walau bagaimanapun, pada 27 April 2017 yang lalu, Achik sempat meluangkan masa ke Majlis Prebiew Bufet Ramadhan 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Untuk tahun ini, dapur SACC menjanjikan lebih daripada 100 hidangan bertemakan ‘Cita Rasa Warisan Nusantara’. Seperti tahun-tahun lalu, hidangan tradisi Bufet Ramadhan di SACC iaitu ‘Kambing Kabuli’ turut dihidangkan buat para tetamu yang akan berbuka puasa di SACC sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Kambing Kabuli

Selari dengan temanya, Chef Eksekutif SACC, Jamili Napiah bersama-sama dengan Sous Chef, Rizal Nahar turut membawakan beberapa hidangan istimewa berkonsepkan citarasa nusantara. Antara hidangan istimewa tersebut termasuklah Ampal Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara, Kepala Ikan Pindang Lampung dan macam-macam lagi.

Jom kenali lebih dekat menu-menu Bufet Ramadhan 2017 di SACC yang akan disajikan buat para tetamu dengan melihat gambar-gambar di bawah ini:-

Ampal Masak Merah Banjar

Daging Dendeng Minang

Gulai Itik Hijau Padang Nusantara

Udang Goreng Kunyit Kalasan

Asam Podeh Ikan Pari Melaka

Ikan Pekasam Goreng

Kepala Ikan Pindang Lampung

Sayur Goreng Udang Kering



Aneka kerabu

Aneka sambal cicah

Nampak sedapkan hidangan utama di bufet ramadhan 2017 SACC...tu baru gambar...belum rasa yang sebenar lagi...pasti memikat selera korang...Oh ye, jom usha apa pula hidangan pencuci mulut yang ada di 'dessert line'..Achik pasti kalau korang ke bufet ramadhan mesti usha menu pencuci mulut yang ada kan...Hidangan pencuci mulut di Bufet Ramadhan 2017 SACC sememangnya tidak mengecewakan....

Bread butter puding




Aneka kuih tradisional...

Kalau korang ingin tingkatkan pahala amal jariah sepanjang bulan Ramadhan nanti, Achik syorkan korang berbelanja dengan berbuka puasa di Bufet Ramadhan SACC. Kenapa???

Istimewanya Bufet Ramadhan tahun ini, pihak SACC memberi peluang kepada semua pelanggan untuk ‘Berbuka Sambil Beramal’. Bagaimana caranya ???? Untuk tahun ini, pihak SACC akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk sama-sama mengumpul dana ‘Tabung Rescue Syria’. Setiap pembelian baucar dewasa bernilai RM88.00+, sebanyak RM1.00 akan disalurkan ke Tabung Rescue Syria yang diamanahkan melalui MAPIM menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SACC 2017.

Pelancaran program CSR SACC dengan kerjasama MAPIM

Semasa majlis prebiu tersebut, pihak MAPIM telah berkongsi satu video yang sempat dirakamkan semasa pasukan mereka menghulurkan bantuan ke Syria. Kalau kita tidak mempunyai keberanian untuk membantu dari segi kudrat di bumi Syria, kita boleh menggunakan kaedah ini dengan sama-sama menghulurkan bantuan wang ringgit agar ianya sedikit sebanyak dapat mengisi perut anak-anak Syria yang sedang kelaparan.

Kumpulan Hijjaz dilantik sebagai duta bagi Kempen Elakkan Pembaziran Ketika Berbuka Puasa di Buffet Ramadhan

Harga :
Dewasa : RM88.00
Warga Emas/Kanak-Kanak : RM48.00
Pakej Korporat : RM70.00 (dengan setiap pembelian seramai 50 orang)

Early Bird :
RM78.00
*Pembelian sebelum 27 Mei 2017

Harga promosi istimewa RM68+ hanya sah semasa majlis prebiu berlangsung sahaja..

Pembelian boleh dibuat di :

Tel :
03-55118858

Facebook :

Instagram :

1 comment:

  1. Saya pun hadir ke prebiu bufet ramadan 2017 SACC ni ... sempat makan nasi impit dengan rendang daging dia .. fuh memang sedap.

    HasrulHassan.com

    ReplyDelete