Friday, June 02, 2017

Berbuka Puasa di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat | Ramadhan Buffet Berkonsepkan 2 dalam 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah...murah rezeki Achik di bulan Ramadhan tahun ni. Baru hari ke-5 umat Islam menunaikan Ibadat Puasa Ramadhan, Achik dah menerima undangan berbuka puasa di Ramadhan Buffet D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam.

Sebelum ni Achik memang banyak berkongsi dengan korang semua tentang D'Kayangan Steamboat ni. Korang boleh rajin-rajin kan diri untuk cari entry yang pernah Achik kongsikan tentang D'Kayangan Steamboat..hehehe...


Seperti tahun-tahun lalu, D'Kayangan Steamboat masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu Buffet 2 dalam 1 merangkumi Steamboat dan Grill. Antara menu wajib yang ada di sini adalah Kambing Panggang. Sememangnya daging kambing panggang yang dihidangkan oleh D'Kayangan Steamboat tidak pernah mengecewakan.

Kambing panggang yang telah siap dipotong untuk para pelanggan

Selain Steamboat & Grill, D'Kayangan Steamboat turut menyajikan menu-menu istimewa antaranya Roti Jala, Roti John, Kuey Teow, Ayam Goreng Berempah dan Roti & Sup Daging. Semua hidangan ini disajikan menggunakan konsep gerai dan dihidangkan panas-panas ye. Sebab ianya dimasak pada waktu itu juga.

Roti Jala

Sup Kambing

Roti John

Kuey Teow Goreng

Ayam Goreng Berempah

Tidak cukup dengan itu, D'Kayangan Steamboat juga menyajikan hidangan utama berkonsepkan buffet antaranya Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Beriyani, Jelatah, Papadom dan Asam Laksa. Menu ini disediakan sepanjang bulan Ramadhan. 

Nasi Beriyani Ayam ni memang sedap sangat !

Buat mereka yang sudah menjadi kemestian untuk berbuka dengan Nasi Putih, D'Kayangan Steamboat juga menyajikan Nasi Putih dengan Lauk-pauk yang ditukar menunya pada setiap hari. Antara menu masakan panas yang dihidangkan adalah Daging Masak Merah, Ikan Dori Masak Masam Manis, Sayur Masak Sos Tiram dan sebagainya. Jadi kalau nk rasa lauk-pauk yang berbeza-beza, kena la datang berbuka di sini selalu sepanjang bulan Ramadhan ini... Hehehehe

Daging Masak Merah

Sayur Masak Sos Tiram

Ikan Dori Masak Masam Manis...sedap tau...memang layan cicah dengan sos masam manis tu

Pada Ramadhan ini juga, D’Kayangan Steamboat mengutamakan masakan secara steambot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.


Dengan kepakaran Chef Shanizam, yang berpengalaman lebih 25 Tahun dalam bidang kulinari, beliau telah membuat pembaharuan pada menu grill perapan untuk ayam, daging, udang sosej, ketam, ikan dan sotong. Perapan ini adalah campuran Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah ratus yang lain bagi menaikkkan lagi rasa dan aroma perapan. Jujur Achik katakan, Achik suka perapan rempah pada ikan keli. Memang layan tau rasanya apabila di grill.

Kalau makan Steamboat, sudah pasti hidangan yang kita akan terkam dulu adalah pilihan makanan laut yang disajikan. Kalau korang nak tahu, semua hidangan makanan laut yang dihidangkan semuanya segar-segar dan tidak berbau. Antaranya adalah Lala, Pepahat, Ketam dan Udang. Kalau makan di tempat lain ni, sudah tentu harga yang perlu dibayar jauh lebih mahal dan kuantiti yang kita dapat makan sedikit. Tapi kalau korang makan di D'Kayangan Steamboat ni, bayar sekali kemudian korang makan la sampai perut kembung dan sampai kedai tutup..Hehehehe...Achik refill banyak kali Lala & Pepahat..Sedap !!!!

Segarkan makanan laut yang disajikan

Selain itu, menu Bebola juga merupakan menu yang digemari pelanggan. Antaranya ialah Seafood Tofu, Salmon Fishball, Vegie Fishball, Prawn Ball, Beef Ball, Sosej serta Crab Filament. 

Hidangan bebola

Pilihan sayur-sayuran yang hijau, telur ayam & puyuh, aneka mee, buah-buahan dan rojak

Apa lagi yang korang boleh makan di Ramadhan Buffet di D'Kayangan Steamboat ni? Haaaa....banyak lagi tau...Kalau tadi Achik ada beritahu yang Nasi Putih dan lauk-pauk yang panas juga disajikan buat para pelanggan, D'Kayangan Steamboat juga menyajikan beberapa hidangan kerabu dan lauk masin yang boleh dimakan bersama-sama dengan nasi putih...Yummyyyy...kedua-dua kerabu ayam dan kerabu sayur kacang ni sedap dan pedas.

Kerabu Ayam

Kerabu Kacang Panjang & Perut

Ikan Masin

Sebagai penutup, pelbagai jenis hidangan pencuci mulut disajikan buat para pelanggan antaranya kuih-muih tradisional, kek, aiskrim dan ABC. Pendek kata, korang memang dijamin kenyang la apabila dapat berbuka puasa di sini.

Aneka Kuih-Muih

Berikut adalah fakta penting yang korang wajib tahu sebelum datang berbuka puasa di D'Kayangan Steamboat:

* Lebih 200 jenis makanan dihidangkan pada setiap hari
* Menjadi pilihan jamuan korporat dan sambutan hari jadi
* Kambing Golek adalah hidangan wajib pada setiap hari
* Konsep 2 dalam 1 (Steamboat & Grill)
* Hidangan laut yang segar
* Ruang Parkir lebih daripada 300
* Ruang tempat makan yang luasa dan selesa
* Kemudahan Surau



Harga Buffet Ramadhan:
RM44.90 nett (Dewasa)
RM22.90 nett (Kanak-kanak 4 - 11 Tahun)
RM35.00 (Senior Citizen & OKU)

Waktu Operasi:
Isnin - Ahad
5 pm - 12 am

Alamat:
Sri Acapella Service Apartment
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13, Shah Alam
40100 Selangor

Untuk Tempahan:
Hubungi talian 012-297 1091 / 017-627 4015 / 03-5523 4979



Terima kasih D'Kayangan Steamboat. Achik kenyang sangat !

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment