Tuesday, February 16, 2016

Steamboat Shah Alam : Transformasi Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Steamboat BBQ Buffet D’kayangan merupakan restoran berkonsepkan steamboat dan grill yang tidak asing lagi di sekitar Lembah Klang khususnya di Shah Alam. Beroperasi seawal tahun 2010 dan sepanjang pengoperasiannya, restoran ini telah melalui pelbagai proses tranformasi iaitu bermula dengan menyajikan makanan ala steamboat pada awal penubuhannya. Pada tahun 2013, restoran ini telah membuat perubahan dengan menambah menu Grill yang kini menjadi pilihan ramai. Bagi memastikan daya tarikan Steamboat BBQ Buffet D’kayangan lebih menarik dari restoran-restoran lain, pemilik restoran ini telah memperkenalkan Konsep terbaru iaitu Berkonsepkan 3 dalam 1 iaitu Steamboat + Grill + Pembakar Arang BBQ.

Kami tengah menikmati suasana memanggang skewer dengar dapur arang BBQ

Tambah menarik lagi, untuk tahun 2016 ini, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan telah membuat pertambahan kepada menunya iaitu dengan memperkenalkan hidangan skewer yang dimasak menggunakan Dapur Arang BBQ yang disediakan disetiap meja. Dengan ini, pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman berbarbeku dengan keluarga dan sahabat handai.

Pengunjung pun rambang mata nak pilih yang mana

Di awal pembukaannya pada tahun 2010, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan hanya menyediakan menu grill perapan istimewa ayam / daging, sosej, ketam, ikan dan sotong. Manakala bagi steamboat pula, pengunjung diberi pilihan sama ada sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka menikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.

Makanan laut yang segar dengan perapan yang lazat


Sudah tentu pilihan makanan laut yang tersedia tidak jauh bezanya dengan restoran lain yang berkonsepkan steamboat dan grill. Antaranya termasuklah udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai jenis bebola yang segar, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Chef Shahnizam yang bertanggungjawab ke atas menu-menu di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan telah menyediakan sendiri pelbagai jenis sos termasuklah Sos Cili Pedas yang sememangnya sedap sebab Achik dah pun rasa, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam yang memang superb, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.
Pelbagai jenis sos ilham Chef Shahnizam

Sebelum ini Achik ada sebut pasal hidangan skewer iaitu menu baru yang disediakan oleh restoran ini. Untuk makluman semua pembaca, menu skewer yang mempunyai pelbagai pilihan ini telah dicipta sendiri oleh Chef Shahnizam yang mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari dan masakan lebih 25 tahun. Achik berani jamin menu-menu skewer yang Achik nyatakan di bawah ini akan menjadi pilihan utama pengunjung di restoran ini:

1)   Ayam Skewer Berempah
2)   Daging Skewer Berempah
3)   Daging Skewer Kicap
4)   Sotong Skewer Pedas Cilantro
5)   Ikan Dory Skewer Berempah
6)   Udang Skewer Cilantro Pepper

Dan banyak lagi...!!!! Yang pasti perapan yang digunakan disesuaikan dengan masakan menggunakan arang Barbeku.

Pelbagai jenis skewer

Jenis-jenis perapan yang digunakan terdiri daripada campuran Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapan rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan ;lagi rasa dan bau perapan tersebut. Kepakaran Chef Shahnizam ini tak dapat disangkal lagi kerana beliau telah pun menggunakan masakan stail Cina dan India dalam bahan-bahan perapannya. Penggunaan Dapur Arang Barbeku untuk membakar skewer ini akan menaikkan lagi keharuman rempah ratus yang digunakan dalam perapan skewer.

Otak-otak dan skewer yang dibakar menggunakan Dapur Arang BBQ

Lihatlah dapur arang yang digunakan oleh Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan ini. Ianya tidak memerlukan sebarang minyak mahupun marjerin untuk membakar menjadikan makanan tersebut lebih sihat dan tidak berminyak tetapi penuh dengan rasa barbeku arang (smokey taste) dan bau harum barbeku yang memikat selera. Berita baik juga, korang tak perlu nak kipas-kipas dapur arang tersebut untuk pastikan bara arang sentiasa ada kerana arang yang digunakan oleh restoran ini memang berkualiti.

Selain skewer, Achik turut tertarik dengan menu baru lain yang turut diperkenalkan pada tahun 2016 ini iaitu Otak-otak, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap di dalam kertas aluminium dan kepak Ayam BBQ yang kesemuannya ini dibakar di atas Dapur Arang BBQ oleh pengunjung sendiri.
Aiskrim dan Icy Moonters ( bawah ) sebagai pencuci mulut

Untuk tahun 2016 juga, Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan turut memperkenalkan Icy Moonster dalam menu pencuci mulutnya. Antara menu pencuci mulut yang lain termasuklah pelbagai jenis kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim yang memang menjadi kegemaran ramai dan tidak ketinggalan juga Air Batu Campur / Cendol turut disediakan buat pengunjung.

Buah-buahan dan rojak buah

Yang berminat nak berkunjung ke sini mesti nak tahu harganya kan...Jangan risau, sejujurnya Achik rasa harga yang ditawarkan di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan adalah sangat berbaloi dengan pilihan menu makanan skewer, makanan laut, bebola, sayur, mee dan macam-macam lagi. Dan yang paling penting ada Kambing Panggang..!!!
Kari Ayam dan Mushroom Soup
Mee goreng, nasi goreng, bihun goreng, kue Teow Goreng yang telah siap dimasak

Sayur-sayuran yang segar dan hijau

Yeah...!!!! Kambing Panggang yang lazat...!!!

Harga:

RM40.20 (termasuk GST) bagi dewasa
RM20.05 (termasuk GST) bagi kanak-kanak yang berusia 5-11 tahun.

Dengan harga yang dinyatakan di atas, amat berbaloi dengan lebih 199 jenis hidangan yang disajikan buat pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santau, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang di bahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka.

Terdapat kemudahan seperti surau perempuan dan lelaku yang selesa dan tempat letak kereta yang luas.


Ruang makan berhawa dingin

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Twitter: dkygnsteamboat

Lokasi:
No. 1, Apartment Servis Sri Acapella, Jalan Lompat Tinggi 13/33M, Seksyen 13, Shah Alam.

Untuk tempahan boleh hubungi talian 012-297 1091 / 017-327 7904 / 03-5523 4979


Selamat mencuba dan menjamu selera.
Jangan lupa hashtag #steamboatshahalam #dkayangansteamboat

~Achik~

Pic credit to Feeqsays.com

No comments:

Post a Comment