Thursday, February 25, 2016

Pelancaran Media: Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 24 Februari 2016, bertempat di The Penthouse, Wolo Bukit Bintang, telah diadakan satu sesi pelancaran media produk terbaru keluaran Pure Beauty iaitu Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence. Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence ini mempunyai 95.3% Galactomyces, yang kaya dengan "fermented yeast concentrate containing amino acid", vitamin, dan enzim serta kaya dengan Bulgaria Rose untuk tujuan penghidratan.

Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence telah mula dijual di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia

Pelancaran secara eksklusif ini telah diadakan dengan kerjasama CLEO, Malaysia's leading women's magazine yang turut dihadiri oleh Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia, Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia, Claudia Low , Editor, CLEO dan Dato Kee Hua Chee, Writer, Influencer dan Watsons Celebrity Friend.

(L-­‐R) Dato Kee Hua Chee, Claudia Low, Editor, CLEO, Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia, Amber Chia, Malaysia’s top model, Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia and Charis Ow, YouTuber at the launch

Menurut kata Danny, produk ini dikenali sebagai Essence Amazing kerana ianya dicipta dengan teknologi Korea yang terkini menggabungkan bahan-bahan semulajadi yang terbaik. Watsons Malaysia berasa bangga untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka dengan produk penjagaan kulit yang mewah tetapi pada harga yang berpatutan.

Bagi Caryn pula, pengenalan produk Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence adalah komitmen Watsons Malaysia untuk terus menyediakan produk yang inovatif secara konsisten di kedai-kedai Watson bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka. Caryn percaya bahawa Pure Beauty yang merupakan salah satu daripada jenama eksklusif utama di Watsons dan akan terus popular di kalangan penggunanya.

Amber Chia, model Malaysia yang terkemuka, usahawan dan Watsons Celebrity Friend juga turut berkongsi testimonial peribadi beliau dengan ahli-ahli media dan blogger yang hadir.

"Selepas seminggu penggunaan secara konsisten, kulit saya kini berasa lebih segar dan lembut.  Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence benar-benar plumps up kulit saya dan membuatkan kulit saya berasa lebih hebat dan kelihatan sihat. Ia turut memberi fungsi yang ajaib di sekitar kawasan mata juga. Saya perasan garis-garis di bawah mata serta lingkaran hitam semakin berkurangan," jelas Amber.

Amber Chia yang turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk ini.

Charis Ow yang merupakan Youtuber Malaysia turut hadir berkongsi pengalaman beliau menggunakan  Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence. “I take extra care of my skin because I travel frequent. And I could spot the difference after applying The First Intense Treatment Essence as it improves hydration to my skin.”

Apa yang menarik perhatian tetamu yang hadir ialah intipati dan kandungan yang digunakan dalam Treatment essence ini kerana ianya membantu menukarkan kulit kusam kepada kulit yang lebih bercahaya dalam masa dua minggu jika diguna secara konsisten. Penghasilan produk ini adalah diilhamkan daripada kecantikan yang dititik beratkan oleh masyarakat Korea. 1st Intense Treatment Essence disapukan pada kulit sebagai langkah pertama selepas kulit muka dicuci dan dikuti dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang lain. Jangan lupa untuk amalkan pemakaian Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence sebanyak 2 kali sehari untuk kesan yang lebih pantas..!!!

Watsons Celebrity Friends and members of the media and blogger’s community participating in Skin Annalysis activity.

Selain itu, penggunaan Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence secara konsisten dapat membantu menggurangkan garis-garis halus, menggurangkan kelihatan liang-liang kulit yang terbuka, menjadikan kulit lebih terhidrat termasuk warna kulit akan nampak lebih licin dan lembut untuk disentuh. Pure Beauty 1st Intense Treatment Essence boleh dibeli di semua kedai Watsons di seluruh Malaysia dengan harga jualan RM119.90.

Tahniah buat Rane kerana memenangi Most creative Instagram posts #purebeautymalaysia #watsonsmalaysia dengan hadiah Watsons VIP card bernilai RM100 points.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment