Wednesday, February 17, 2016

Event: Mega Careers & Study Fair 2016 di KLCC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Berita baik buat semua yang masih mencari peluang pekerjaan serta yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat postgraduate. 

Mega Careers & Study Fair is back !!!


Tarikh: 20 & 21 Februari 2016 (Sabtu & Ahad)
Masa: 11am - 6pm
Tempat: Halls 2 - 5, Kuala Lumpur Convention Centre

Pameran kerjaya dan pengajian kali ini akan melibatkan pameran 3 dalam 1 iaitu terdiri daripada:

1. Malaysia's 100 Careers Fair - membawa bersama "the country's most popular graduate employers" di negara ini di bawah satu bumbung, mewujudkan pameran kerjaya yang menawarkan latihan yang terbaik serta peluang pekerjaan sepenuh masa kepada mereka yang mempunyai kelayakan dan bakat yang terbaik.

2. JobsCentral Career Fair - JobsCentral adalah portal carian kerja yang paling pesat berkembang di Malaysia. Ianya juga merupakan penganjur bersama bagi Mega Careers & Study Fair di mana profesional dari semua peringkat kerajaan dan sektor boleh mengharapkan banyak peluang pekerjaan daripada majikan yang berkualiti.

3. Postgradasia Postgraduate Studies Fair - merupakan pameran pendidikan terbesar dan paling lama di  Malaysia yang mengadakan pameran seumpama ini. Beribu-ribu bakal pelajar telah mendapat manfaat daripada pelbagai jenis institusi yang menganggap pameran pelajaran dan pengajian ini sebagai nadi  mereka.

Lebih menarik lagi, semua pengunjung berpeluang untuk berjumpa sendiri dengan pemenang "The Apprentice Asia", Mr. Jonathan Yabut yang akan berkongsi pengalaman dan cerita berkaitan kerjaya dan kejayaan beliau.


Mega Careers & Study Fair 2016 ini turut dimeriahkan dengan lebih 150 syarikat yang turut mengambil bahagian. Tidak kurang itu juga, banyak Universiti Awam dan Swasta turut mengambil bahagian bagi mempromosikan dan menawarkan kursus postgraduate di universiti mereka.

Antara syarikat Super Platinum yang terlibat adalah AIA Shared Services Sdn Bhd, Genting, GradMalaysia, MPH Bookstores Sdn Bhd, Maybank dan ramai lagi. Manakala antara universiti yang terlibet adalah LimKokWing University of Creative Technology, SEGi University, The University of Nottingham Malaysia Campus, Universiti Malaya dan lain-lain universiti lagi. 

Untuk dapatkan senarai penuh syarikat dan universiti yang terlibat dengan pameran ini bolehlah layari http://careersandstudy.com/exhibitor.aspx

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Mega Careers & Study Fair 2016 pada 20 & 21 Februari 2016 ini. 

Pendaftaran dan masuk adalah PERCUMA !!!! Daftar sekarang di careersandstudy.com . Selain daripada layak untuk memenangi hadiah mingguan, setiap pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah di setiap acara yang diadakan semasa berlangsungnya Mega Careers & Study Fair 2016  tersebut. Menarik kan?

Antara permainan yang akan diadakan di Postgradasia Hub.

Jadi...Kenapa anda perlu hadir ke Mega Careers & Study Fair 2016 ini ? Ini adalah antara sebab-sebabnya:
*Get Hired
*Get Souted
*Get Inspired
*Get Armed
*Get Lucky
*Get Qualified
*Get Trending
*Get Entertained
*Get Excited


Jadi, jangan berlengah lagi. Daftar sekarang dan pastikan diri anda hadir ke Mega Careers & Study Fair 2016  ini. Yang paling penting, jangan lupa bawa bersama resume / CV yang telah dikemaskini serta salinan sijil-sijil yang berkaitan. Bawa lebih sikit ye.!

Siapa tahu mungkin karier dan masa depan anda bermula di Mega Careers & Study Fair ini.
Good Luck untuk semua. Chill...

~Achik~

No comments:

Post a Comment