Friday, February 19, 2016

Karnival PeaceYall oleh PeaceYallFM dengan kerjasama OMGFest

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nama YBhg. Dato' AC Mizal sememangnya tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan. Beliau yang telah beberapa kali mempunyai rancangan Talk Show sendiri di Saluran Astro kini tampil dengan radio online berkonsepkan radio interaktif pertama Malaysia, iaitu PeaceYallFM.

Pada 17 Februari 2016 yang lepas, bertempat di Hotel Pullman Putrajaya, telah diadakan Sidang Media yang menggabungkan Majlis Sidang Akhbar dan Pelancaran "Karnival PeaceYall", Pelancaran Komil "Skoolastik" oleh Kartunis Ubi serta Pelancara Permainan Aplikasi "DAC PeaceYall" oleh Dato' AC Mizal.

Kartunis Ubi, Dato' AC Mizal dan Cik Liza dari OMGFest

Achik berasa bertuah apabila turut diundang ke Sidang Media ini yang disifatkan sidang media yang cukup santai dengan lawak bersahaja oleh Dato' AC Mizal. Siapa sangka selain menjadi pengacara yang tersohor diabad ini, Dato' AC Mizal merupakan salah seorang artis yang berjaya dalam dunia perniagaan. Antara kejayaan beliau pada ketika ini adalah memilik beberapa buah hotel di luar negara dan dijangka bilangan hotel tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.

Kini, buat julung kalinya, PeaceYallFM akan mengadakan satu karnival besar-besaran sempena mempromosikan dan meraikan peminat-peminat setia stesen PeaceYallFM di seluruh Malaysia. Bekerjasama dengan OMGFest Ventures, PeaceYall Karnival akan diadakan pada 02 dan 03 April 2016 bertempat di Dataran Ayer Keroh, Melaka.


Mementingkan kelainan dalam setiap tugas yang dilakukan, Dato' AC Mizal bakal membawa lebih 150 Usahawan yang terdiri daripada artis dan selebriti untuk jelajah Malaysia melalui Karnival PeaceYall. Para usahawan berpeluang untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos lebih rendah tetapi memberikan impak yang tinggi dalam dunia keusahawanan. 

Karnival PeacaYall ini menekankan konsep yang lebih santai untuk seisi keluarga berkumpul dan bergembira bersama-sama. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk karnival ini antaranya ujibakat VJ PeaceYallFM, permainan kanak-kanak, persembahan menarik oleh VJ dan selebriti termasuk Dato' AC Mizal sendiri..!!!

Lebih menarik lagi, karnival yang berlangsung 2 hari ini adalah pertama di Malaysia yang akan dipancarkan dan dipertontonkan secara langsung atau secara "live streaming" ke seluruh dunia melalui aplikasi PeaceYall FM.

Dato' AC Mizal menurunkan tandatangan pada banner kerjasama Kartunis Ubi dan PeaceYall FM

Bagi para usahawan yang berminat untuk turut serta dalam Karnival PeacaYall ini bolehlah hubungi talian 011-2626 1656 (Daz) / 019-279 6275 (Lieza) atau email kepada karnivalpeaceyall@gmail.com . Segala maklumat berkaitan karnival ini boleh diperoleh di laman Instagram PeaceYallFM atau OMGFest2014 .

*****

Dalam Sidang Media yang sama juga, Kartunis Ubi yang sinonim dengan Majalah Ujang suatu ketika dulu turut melancarkan hasil karya komik terbarunya berjudul "Skoolastik". Sekiranya anda salah seorang peminat majalah Ujang, pasti sedia maklum dengan siri kartun "Budak Hostel" dan "Aku, Dia & Volkswagen".

Di bawah Produksi Studio Diam Diam Ubi, Skoolastik menceritakan kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu dan penuh dengan nasihat dan tauladan. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh watak dalam Skoolastik ini pastinya membuatkan para pembaca terhibur dalam menghayati komik ini.

Achik tidak lepaskan peluang untuk dapatkan tandatangan daripada Kartunis Ubi.

Penghasilan komik 100 muka surat ini telah mengambil masa lebih 8 tahun adalah bertujuan untuk menaikkan semula "trending" membaca komik terutamanya di kalangan remaja pada masa kini yang lebih cenderung ke arah gadget dan teknologi sehingga karya komik dari kartunis tempatan semakin dilupakan.

Bekerjasama dengan PeaceYallFM sebagai Penaja Online Broadcast Utama komik Skoolastik, Kartunis Ubi menyimpan hasrat agar Skoolastik dapat membawa kembali budaya membaca di kalangan belia dan dapat mengimbas kembali nostalgia lama aktiviti-aktiviti pada masa dahulu.

Komik Skoolastik akan mula diedarkan ke semua Kedai Buku terkenal di Malaysia antaranya MPH Bookstore. Komik yang dijual dengan harga RM19.90 ini juga boleh dibeli secara atas talian di laman web www.kedai.kartunisubi.com . Jom Like FB Kartunis Ubi atau Follow IG KartunisUbi.

Kerjasama antara Kartunis Ubi, Dato' AC Mizal (PeaceYallFM) dan Cik Liza (OMGFest)

Turut hadir di Sidang Media tersebut adalah VJ daripada PeaceYallFM

Pada hari tersebut, Dato' AC Mizal juga telah melancarkan aplikasi permainan baru yang diilhamkan oleh beliau untuk berhubung dengan peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong karier beliau dari dahulu sehingga sekarang.


Permainan yang diberi nama "DAC PeaceYall" ini boleh dimuat turun ke telefon pintar anda melalui Playstore bagi pengguna Android. Berlatarbelakangkan yang trendy dan catchy, ianya turut menampilkan Dato' AC Mizal sebagai watak dalam permainan tersebut.

Melalui permainan ini juga, peminat Dato' AC Mizal boleh mengetahui aktiviti terbaru beliau melalui pesanan istimewa yang akan dihantar sendiri oleh Dato' AC. Pengguna permainan "DAC PeaceYall" akan menerima mesej tersebut pada waktu itu juga.

Lebih menarik lagi, aplikasi permainan ini juga membolehkan anda mengetahui sambil membeli produk wangian keluaran Dato'' AC iaitu DAC Versatile dan DER Amaze yang dijual dengan harga RM39.90.


Inilah dia pewangi terbaru keluaran Dato' AC Mizal bersama dengan isterinya.

So, tunggu apa lagi..jom ramai-ramai muat turun "DAC PeaceYall" di Playstore sekarang juga. Korang boleh kumpul point untuk tebus hadiah misteri dari Dato' AC Mizal. hehehehe...tengok...Achik dah kumpul 40,000 point..tak sabar nak lengkapkan 100,000 points untuk tebus hadiah misteri tu.



Dengan reputasi yang ada pada suami isteri ini, Achik doakan agar mereka terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Kenapa perlu dicemburui dengan kejayaan mereka kan...kita sepatutnya berbangga apabila artis Malaysia khususnya bumiputera mampu berjaya dalam perniagaan malah memiliki beberapa aset di luar negara.

Antara Blogger yang hadir ke sidang media

Akhir kalam, jangan lupa block kalendar korang semua kerana Karnival PeacaYall akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 02 & 03 April 2016
Masa : 10 am hingga 10 pm
Tempat : Dataran Ayer Keroh, Melaka

Jumpa anda di sana...!!! Peace Yoo..!!!

~ Achik ~




No comments:

Post a comment