Sunday, June 14, 2015

Royal Floria Putrajaya

Bismillah.

Ahad lepas (7 Jun 2015), Achik berpeluang pergi ke Floria Diraja Putrajaya..kerana terlalu sibuk dgn rutin harian, dah sampai hari terakhir Floria barulah Achik dapat datang menjengah...


hari Ahad tu kebetulan Achik ada undangan kenduri kahwin kt Kepong..balik dari Kepong, terus singgah Putrajaya..

Achik, Anis & Aqem sampai Anjung Floria dalam pukul 4.30pm..jalan sesak atas jambatan sebelum Anjung Floria. Parking semua penuh..dan yang paling dasyat orang beratur nak beli tiket punya panjang..

Achik berhenti tepi turunkan Anis..suruh dia beli tiket sementara Achik cari parking kereta.

Tengok la..ramai orang..tambahan pula hari tu hari terakhir Floria Putrajaya.

Achik dah siap park kereta tapi Anis & Aqem masih lagi beratur nk beli tiket..

Tiket untuk masuk ke Floria Putrajaya adalah RM5.00 untuk dewasa & RM1.00 untuk kanak-kanak.

Ok..dh berjaya masuk..jom explore.!!!

Tempat pertama yang kami tuju adalah lokasi pameran kucing...tolak je pintu sekali padat manusia dalam tu..kesian kucing2 berada dalam keadaan takut..kami pun decide untuk keluar dari situ.

Royal Floria Putrajaya..
Achik & Aqem dalam Taman Terengganu..belakang kami adalah replika kapal yang dipenuhi dengan bunga..

Taman Terengganu

Taman Melaka

Antara hiasan flora di Anjung Floria

Laman MTIB - TESCO yang berkonsepkan buluh dan Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah.

Pasukan berkuda Perbadanan Putrajaya pun ada..nangis adik kt belakang tu..hehe

Taman Persahabatan Malaysia-Cina pun ada..time ni feeling2 Achik ada di Beijing..hahahah





Di Floria Putrajaya turut diadakan jualan kraf & barang2 seni untuk dibuat koleksi..

Bagi yg tak berpeluang ke Floria tahun ni, jangan risau tahun depan ada lagi..Perbadanan Putrajaya dah jadikan Floria sebagai acara tahunan mereka..

Sekian..

2 comments: