Tuesday, June 09, 2015

Pasta Offer at Padi House Putrajaya & Cyberjaya

Hai,

Minggu lepas masa lunch break, Achik pergi Padi House Putrajaya yang terletak di Galeria, Presint 4 untuk tapau makanan lunch. Disebabkan tugas harian yang sibuk di tempat kerja, Achik lebih suka tapau makanan and makan depan laptop...hahahaha...

Oh ye, Padi House Putrajaya ni depan pejabat Achik jer.

Selepas Achik pesan makanan di kaunter juruwang, Achik ternampak promosi yang akan diadakan di Padi House Putrajaya dan Cyberjaya sempena kedatangan Ramadhan.


Menggunakan tema BREAK your FAST, Padi House Putrajaya dan Cyberjaya menawarkan promosi bagi menu pasta yang terpilih.

Setiap pembelian 2 menu pasta, akan dapat 1 pasta percuma. Hanya kod pasta P01, P05, P06, P07, P08 dan P09 sahaja yang melayakkan anda untuk mendapat percuma 1 hidangan pasta sekiranya tempahan 2 menu pasta daripada kod-kod di atas dibuat.

Pasta P01 iaitu Aglio-Olio with Grilled Herb Chicken

Pasta P05 iaitu Pasta de Pesto Grilled Chicken

Pasta P06 iaitu Cincinnati Five Way ( Chilli Mince Beef Pasta )


Pasta P07 iaitu Pasta Bolognaise ( Chicken )



Pasta P08 iaitu Chinese Baked Pasta Bolognaise ( Chicken )


Tiada dalam gambar adalah pasta P09 iaitu Cheese Baked Seafood Pasta. Maaf la, gambar-gambar menu ni kurang menarik sebab Achik snap daripada menu yang ada atas meja semasa menunggu makanan yang Achik tempah siap.

Untuk makluman semua, promosi Pasta, BREAK your FAST ni akan berlangsung di Padi House Putrajaya dan Cyberjaya bermula 15 Jun 2015 hingga 30 Jun 2015. Tak lupa juga, anda akan dapat hidangan percuma Nachos atau Fries ( tertakluk kepada syarat-syarat ).

So friends, bulan puasa semakin hampir. Sempena promosi BREAK your FAST ini, luangkan lah masa anda untuk berbuka puasa di Padi House Putrajaya atau Cyberjaya. Sekali sekala berbuka puasa di luar apa salahnya kan. sekurang-kurangnya dapat mengelakkan rasa bosan makan makanan yang sama di beli di Bazaar Ramadhan..hehehe..

Di kesempatan ini, Achik ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua umat Islam.




No comments:

Post a Comment