Friday, June 12, 2015

Buffet Ramadhan 2015 di Checkers Cafe, Dorsett Regency KL

Alhamdulillah..

Bulan puasa semakin hampir...Seluruh pelusuk Malaysia banyak menyediakan Buffet Ramadhan 2015 untuk pilihan umat Islam sebagai destinasi untuk berbuka puasa.

Antara tempat yang menarik untuk berbuka puasa adalah di Checkers Cafe, Dorsett Regency KL yang terletak di Jalan Imbi.

Buffet Ramadhan di Checkers Cafe menawarkan hidangan makanan berkonsepkan 'Bintang Lagenda' yang menawarkan lebih daripada 100 menu. Makanan yang dihidangkan merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran Lagenda Tanahair, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.


Ini lah dia Whole Roasted Lamb 'Kuzi' Style yang menjadi pilihan kami pada waktu itu. Rasa Lamb Kuzi ini sangat sedap dan tidak rasa hanyir kambing. Kalau korang nak tahu, Achik bukanlah peminat daging kambing...tak kiralah steak, waktu apa-apa jenis makanan yang berunsurkan kambing, memang Achik kurang minat. Tapi untuk Lamb Kuzi ni, Achik bagi 5 bintang..!!! Superb sedap...!!

oh ye, Kuzi Lamb ini juga merupakan kegemaran Allahyarham Tan Sri P, Ramlee. Turut yang menjadi kegemaran arwah adalah Gulai Kawah Sotong Sumbat, Burung Puyuh Percik, Ayam Goreng, Serawa Durian Pulut dan banyak lagi yang ada dihidangkan sepanjang Buffet Ramadhan 2015.

Nasi Briyani & Ayam Goreng Rempah

Saut Flower Crab in Chinese Black Pepper ( gambar kecil )
Lamb Vindaloo ( gambar besar )


         Kari Kepala Ikan Berbendi                                   Sotong Tumis Jintan
         Pan-fried Snapper with Lemon Butter Sauce          Tumis Kacang Buncis Bertelur


             Mini Steak with Rosemary Cream Sauce         Sambal Petai Tempoyak Pucuk Ubi
             Gulai Ikan Talang Masin dengan Terung         Sayur Lodeh


Lauk-pauk dalam gambar di atas dimasak oleh 5 Master Chefs di Dorsett Regency. Patut la sedap rasa makanan tu semua. Selain dari lauk-pauk di atas, lain-lain main dishes yang disediakan oleh 5 Master Chefs ini adalah Udang Goreng Sos Keju, Rebung Masak Lemak dan daging dan Stir Fried HK Kale with Garlic. 


Makanan berkonsepkan "grill" juga turut disajikan oleh Checkers Cafe dalam senarai menu Buffet Ramadhan 2015..
Pelbagai jenis satay, ikan bakar, marinated grilled meats, seafood, honey glazed lamb, steamboat, skewer seafood dan pais ikan.

Selain makanan western, Checkers Cafe turun menghidangkan makanan tradisi Melayu yang kebiasaannya dihidangkan semasa hari raya. Ada ketupat, ketupat palas, kuah kacang, sayur lodeh, sambal, dan serunding

Checkers Cafe juga turut menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman seperti dalam gambar di bawah. Antaranya Gado-gado, Acar Rampai, Ulam-ulam Melayu, Ketam Goreng Berempah, Pecal, Tauhu Sumbat, Kerabu Pucuk Paku Kerang, Kerabu Ayam, Kerabu Perut, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Paru Air Asam, Som Tam Mango dan Petik, Telur Masin dan Ikan Masin Goreng.


Nasi Kerabu pun ada dalam senarai menu Buffet Ramadhan di Checkers Cafe.
Nasi kerabu bunga talang, Ayam Percik, Kari Udang, 


Kari Sotong Sumbat, Masak Lemak Nangka, Sup Ekor Berempah dan Cream of Mushroom Soup

Ni lah di nasi kerabu yang sedap...sambalnya memang kick. Pekena pula nescafe tarik.


Menu di sudut goreng-goreng..

Yang menggemarkan manisan berkonsepkan bubur, Buffet Ramadhan di Checkers Cafe turut menghidangkan Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, Serawa Pisang,  Santan Gula Sago, kuih-muih melayu, goreng pisang, cucur udang, cucur ikan bilis dan banyak lagi.


Tak lupa juga buat orang Kota yang ingin merasai Pasembur Pulau Pinang, di sini turut dihidangkan Pasembur Padang Kota dengan Kuah Kacang.. Wow, menu utara juga ada.

Roti Arab pun ada

Tengok lah hidangan pencuci mulut dan manisan yang disediakan. Mak aiii...banyak dan menyelerakan. 

Lain-lain menu yang bakal menggugat selera pengunjung adalah Mee Rebus, Sushi, Keropok-keropok, buah kurma, pelbagai jenis jeruk, Cendol, Ais Kacang, Ais Krim, Indian Pancake, Apam Balik, Toisai, Roti Canai, Murtabak dan macam-macam lagi.

Sirap selasih, sugar cane, soya bean, jagung, teh tarik, nescafe tarik.

Susun atur di Buffet Ramadhan Checkers Cafe, Dorsett Regency KL

I love the salads !!!
And i love all the food. Buffet Ramadhan di Checkers Cafe, Dorsett Regency memang terbaik.

Untuk yang berminat untuk berbuka puasa di sini, Checkers Cafe menawarkan harga "early bird" yang berbaloi iaitu RM70.00 net per person untuk pembelian yang dibuat bermula sekarang sehingga 17 Jun 2015. Selepas itu, bermula 18 Jun 2015, harga yang ditawarkan akan kembali kepada harga asal iaitu RM105.00 untuk dewasa dan diskaun 50% untuk kanak-kanak yang berusia 4 - 12 tahun serta warga emas. Harga yang ditawarkan telah termasuk GST..!!!!

Buffet Ramadhan di Checkers Cafe ini akan bermula pada 18 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015 , dari jam 7.00pm hingga 10.30pm.

Jadi, apa tunggu lagi...Sebelum Ramadhan bermula, jom ramai-ramai buat tempahan di Checkers Cafe dengan menghubungi talian 03-2716 1000 ext. 188.


No comments:

Post a Comment