Monday, June 29, 2015

Zalora kini di Mitsui Outlet Park, KLIA


Assalamualaikum..

Dah 3 hari Achik tak update blog...bulan puasa ni rasa tak cukup sangat masa tu...hehe..

Hari ni Achik nk share kat korang yang butik Zalora dah buka dekat Mitsui Outlet Park. Korang tahu tak Mitsui Outlet Park ni dekat mana? Mitsui ni dekat jalan on the way ke KLIA. Apa benda Mitsui ni kan...Ok...actually Mitsui ni Outlet yang berkonsepkan macam Johor Premium Outlet ( JPO ).

Cuma nya, kedai tak buka habis lagi. Achik dengar cerita 30 Jun 2015 ni semua kedai akan dibuka. betul ke tidak Wallahua'lam....kena check it out sendiri kan.

Masa tengah jalan di Mitsui, achik ternampak butik Zalora. terus jengah masuk


Oh ye..butik Zalora tengah buat sale uols..Discount up to 80%. sesuai sangat la nak pergi cari baju raya. Hari ni dah 12 Ramadhan. tinggal lagi 17 hari kita akan menyambut Syawal. sekejap sangat kan...


Antara koleksi yang ada di butik Zalora...


Baju Melayu ni dijual dengan harga RM49.90. Murah betul..

Koleksi kasut turut dipamerkan

Sedondon...boleh dijadikan tema untuk hari raya aidilfitri tahun ni.

Dalam butik tersebut turut disediakan 3 PC untuk customer browse pilihan koleksi yang dijual zalora secara online di website Zalora. kemudian customers boleh terus beli koleksi tersebut di Butik...lebih berpuas hati kan...


So kawan-kawan, jom la serbu ke butik Zalora di Mitsui Outlet Park.

~Selamat membeli belah~

No comments:

Post a comment