Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Wahhhhh…musim
hantu-hantu berkeliaran di sekitar Sunway Pyramid & Sunway Lagoon kini
kembali..Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6) kini kembali lagi oi…Kalau NOF5 achik terlepas peluang untuk
sama-sama memeriahkan aktiviti jerit-menjerit di Sunway Lagoon, untuk NOF6 kali
ini memang Achik tak akan lepaskan peluang.
Bermula
28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018, mereka yang meminati aktiviti
menjejak mistik atau yang gemarkan aktiviti sera mini pasti tidak akan
melepaskan peluang untuk merasai sendiri adegan ngeri yang menanti di setiap
tarikan NOF6 yang terdapat di Sunway Lagoon.
Jom
tengok ape tarikan seram yang ada sepanjang NOF6 ini..
Wendigo
– The Legend in The Mist
Wendigo
ini dikatakan hantu kanibal yang memakan manusia. Wendigo sentiasa berada dalam
keadaan lapar..Laparkan daging manusia ye..Walau pun hantu ni dah makan banyak
kali, ianya tetap berasa lapar.
Phobia:
Coulrophobia – The Fear of Clowns
Kalau
bercakap tentang badut ni mesti kira akan ingat badut ni fungsinya selalu
menggembirakan orang..Ada di majlis-majlis untuk menceriakan kanak-kanak
terutamanya. Tapi sebenarnya kita silap. Badut ini sebenarnya mampun mengganggu
emosi korang dan kekal berada dalam kepala korang sampaikan wujudnya rasa
fobia. Bila dah kerap sangat badut ni muncul dalam kepala korang, maka
berlakulah ketakutan yang tidak rasional. Jadi, kalau nak rasai sendiri
ketakutan yang macam mana, korang kena masuk ke rumah hantu badut ni di NOF6.
Slaughterhouse
13
Ok..yang
ni tengok nama pun dah takut..Mestilah ada kaitan dengan sembelih-sembelih yang
penuh dengan darah bersepah kat merata-rata tempat. Kisahnya rumah
penyembelihan Chan ini dah lama ditutup dan ditinggalkan selepas berlakunya
kejadian seorang pekerjanya bernama Lee Lee Choong terjumpa badan manusia
tergantung dalam freezer. Rupa-rupanya badan tersebut merupakan. Menjadi tanda tanya
adakah tubuh yang dijumpai tergantung tu merupakan anak Chan, Calvin Chan? Korang
kena masuk sendiri dalam ni..Suasana dalam pusat penyembelihan ni memang seram.
Scarytales
Theater
Dalam
ruang teater ni korang akan disajikan dengan kisah seram yang dipaparkan di
layar putih. Sambil korang menonton kisah seram tu, tiba-tiba akan muncul
pelbagai jenis hantu di sekeliling korang..Ada yang merangkak macam ju-on..ada
yang tiba-tiba lari dengan laju di sebelah korang. Ada juga hantu pocong yang
muncul di tingkap ruang teater tersebut. Jadi hati-hati dengan pilihan tempat
duduk yang korang pilih dalam ruang teater ini. Yang pasti tiada sorang pun
yang terselamat dari diganggu oleh hantu dalam tu..Hehehe..
Banyak
lagi tarikan yang menarik antaranya Zoombie Zoo, Ghostbusters, Horrorwood
Studios Wax Museum of Monster, Ghost Face – The Face To Make You Scream in
UV3D, Jampi dan Enclave of Torture.
Tunggu
ape lagi…Dapatkan tiket korang sekarang di www.sunwaylagoon.com atau
follow www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia
untuk maklumat lanjut.
NOF6 berlangsung pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula 28 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.
Harga tiket = RM69
~
Achik ~
No comments:
Post a Comment