Monday, October 08, 2018

Tunaikan Kewajipan Berzakat Melalui Portal zakat.com.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sebagai umat Islam, Achik pasti ramai yang mengetahui tanggungjawab kita untuk menunaikan zakat. Malah, zakat adalah cara terbaik untuk menyucikan pendapatan kita. Sucikan pendapatan kat sini bukan lah bermaksud pendapatan yang kita peroleh tu tak halal, tapi kadang-kadang ada masanya kita sendiri ada rasa curiga dengan sumber yang digunakan untuk menjana pendapatan kita. Jadi, zakat merupakan solusi terbaik untuk kita sebagai umat Islam menyucikan pendapatan.

Baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP. Kalau korang perasan, PPZ-MAIWP sememangnya aktif mengadakan pelbagai kempen bagi memupuk dan menggalakkan kita semua untuk membayar zakat. Kempen terbaru yang diberi nama Jom Berzakat @ zakat.com.my telah pun berlangsung sejak 1 Ogos 2018 dan akan berakhir pada 31 Oktober 2018. Maknanya bulan ini merupakan bulan terakhir untuk korang semua sama-sama memberi sokongan kepada kempen murni yang diadakan oleh PPZ-MAIWP.


Ada di antara kita yang sudah pun melaksanakan tanggungjawab membayar zakat melalui potongan gaji secara bulanan. Tahniah Achik ucapkan buat mereka yang sememangnya faham dengan tanggungjawab mereka untuk membayar zakat. Cumanya, korang rasa amaun zakat yang dipotong dalam penyata gaji korang secara bulanan tu cukup ke jika dibandingkan dengan jumlah pendapatan yang korang peroleh pada setiap tahun? Sekiranya tidak mencukupi, ada ke cara lain untuk korang membuat tambahan amaun zakat tersebut?

Haaa…dekat sini la fungsinya Portal PPZ-MAIWP untuk korang gunakan. Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my yang telah dilancarkan oleh PPZ-MAIWP ini sebenarnya ingin menggalakkan korang semua untuk membuat bayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP. Ianya merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP bagi menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat. Wang zakat ini akan digunakan bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat. So, sekiranya ada di antara korang yang tak pernah pun bayar zakat, atau ada buat bayaran zakat melalui potongan gaji tetapi amaunnya tidak mencukupi, melalui kemudahan portal ini, korang boleh membuat bayaran zakat secara atas talian pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.


Sempena kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my , syarikat SegiGroup Global Sdn Bhd turut memberi tajaan 20 hadiah yang boleh dimenangi pada setiap bulan Ogos, September dan Oktober 2018. Caranya mudah sahaja ! Korang hanya perlu buat bayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my sebelum 31 Oktober 2018. 60 pemenang bertuah dari ketiga-tiga bulan tersebut akan dirai dalam satu sesi penyampaian hadiah yang akan berlangsung pada 01 Disember 2018 sempena Karnival Zakat nanti.

Kempen berzakat secara atas talian ini juga berhasrat untuk menarik perhatian peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.



SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN

Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

~ Achik ~



1 comment: