Tuesday, July 24, 2018

Blueberry Cheesecake Lava Cake Pemanis Mulut Terbaru di Domino’s Pizza

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Domino’s semakin dikenali ramai dengan pizanya yang panas dan lazat. Kalau diperhatikan pembukaan cawangan baru Domino’s seperti cendawan…Setiap kawasan pasti ade sekurang-kurangnya 2 cawangan Domino’s yang jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Ini membuktikan Domino’s berjaya memenuhi kehendak pelanggannya dengan pizza yang lazat serta hidangan sampingan yang menyelerakan.


Terbaru, Domino’s telah memperkenalkan Blueberry Cheesecake Lava Cake dalam menu pencuci mulutnya. Kek lava ini sebenarnya telah pun dilancarkan bagi menghidupkan semangat perayaan Hari Raya tempoh hari. Walau bagaimanapun, baru seminggu dilancarkan, kek lava ini habis terjual di pasaran. Kini, stok Blueberry Cheesecake Lava Cake dah pun ada di semua cawangan Domino’s…Yang mana belum pernah rasa kena lah lekas-lekas ke cawangan Domino’s yang berdekatan atau pun tempah sahaja melalui telefon atas talian dan minta penghantaran dibuat ke lokasi anda..

Berbalik kepada kek lava istimewa ini, ianya dibakar dengan sempuna dan dihidangkan panas dan segar dari ketuhar. Jadi korang kena makan kek ni masa ianya masih rasa panas..sebab kalau dah sejuk, dah tak nampak la lava cheese bercampur buah blueberry segar yang mengalir dari potongan kek lava tersebut. Achik pasti korang akan sukakan rasa keenakan ini leburan keju pekat dan perisa beri biru yang masam manis dalam kek tersebut.


Dalam majlis pelancarannya yang telah berlangsung sebelum ini, Encik Shamsul Amree selaku Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata, “Rakyat Malaysia sememangnya menggemari manisan pencuci mulut. Hasil kajian yang dibuat oleh Domino’s, lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan.” Terbukti para pelanggan bukan sahaja membuat tempahan pizza di Domino’s Pizza malah turut menempah manisan yang dijual di Domino’s Pizza. Jadi, dengan tawaran manisan terbaru ini, pihak Domino’s menjangkakan angka tempahan manisan akan meningkat lebih tinggi dan secara tidak langsung akan meningkatkan daya saing Domino’s di pasaran yang lebih besar.

Oh ye… Blueberry Cheesecake Lava Cake hanya terdapat di Domino’s sahaja ye selaku Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) pertama yang menawarkan manisan ini. Menurut kata Linda Hassan, Pengurus Besar, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, manisan pencuci mulut di Domino’s dicipta dengan penuh kasih sayang, ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan. Domino’s komited dalam menawarkan makanan dan perkhidmatan berkualiti dengan menggunakan bahan-bahan terbaik dan bermutu tinggi. Contohnya, keju krim yang lazat datangnya dari New Zealand manakala buah beri biru yang segar datangnya dari Perancis.


Cabaran juga dihadapi oleh pihak Domino’s untuk menghasilkan Blueberry Cheesecake Lava Cake ini. Kawalan suhu hendaklah tepat bagi memastikan keseimbangan tekstur dan kek lava dibakar dengan sempurna dan menghasilkan leburan di tengah-tengah kek sekaligus menjadikan kek ini sebuah pencuci mulut yang tidak dapat dilupakan.

Sedap...sampai meleleh cheese dari mulut

Bermula 01 Julai 2018, pelanggan boleh menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake dengan harga pengenalan RM7.10 (tanpa GST). Sempena pelancaran kek lava yang baru ini, Domino’s juga menawarkan promosi harga kepada 2 lagi kek lavanya iaitu Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake pada harga RM7.10. Inilah masanya untuk korang menikmati hidangan pencuci mulut kegemaran korang dari Domino’s Pizza.

Domino’s juga menawarkan Buddy Combo yang menawarkan 1 Regular Pizza, 1 Garlic Twisty Bread, 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake, 1 Stuffed Cheddar Bites dan 2 tin minuman ringan pada harga RM42.90 sahaja (tanpa GST). Selain itu, terdapat juga Super Combo yang merangkumi 2 Regular Pizza, 1 Garlic Twisty Bread, 1 Blueberry Cheesecake Lava Cake, 1 Chocolate / Peanut Butter Chocolate Lava Cake dan 1 botol minuman ringan pada harga RM59.50 sahaja (tanpa GST).


Antara pizza dan hidangan sampingan yang boleh dinikmati dari Domino's Pizza

Untuk maklumat lanjut dan tempahan dalam talian boleh layari www.dominos.com.my atau menghubungi 1300-888-333


Jangan lupa kongsikan gambar-gambar korang menikmati Blueberry Cheesecake Lava Cake dengan hashtag #BlueberryLove #LoveIsSweet #DominosMY

~ Achik Huda ~

2 comments:

  1. bestnya dominoss...lama tak dpat invite huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4ogos ni ada jemputan makan blueberry lava cheese cake ni.. ade challenge dgn soulmate..iols tak leh join..huhuh

      Delete