Wednesday, July 18, 2018

Shopee Meraikan Lebih 200 Peminat Bola Sepak Dengan Penganjuran Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia | France VS Croatia

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Wahhh..hebat betul penangan Piala Dunia 2018. Rata-rata tempat di Malaysia kebanyakannya memaparkan acara perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di skrin layar besar.

Seperti kita sedia maklum, Shopee merupakan penaja utama untuk Piala FA Malaysia. Selepas berakhirnya kempen Shopee Piala FA Malaysia, tumpuan rakyat Malaysia kini telah beralih kepada Pelawanan Akhir Piala Dunia 2018.

Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan juga turut mengambil peluang ini untuk meraikan penutup Kempen Demam Bola bersama peminat bola sepak. Shopee berbesar hati menjemput beberapa orang pemain bola sepak negara, media, blogger dan pelanggan Shopee yang bertuah ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia di Golden Screen Cinemas, 1 Utama di Selangor untuk sama-sama menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2018.


Lebih 200 penyokong bertuah yang mengundi dalam pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia menerusi Kempen Demam Bola Shopee telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Sepanjang kempen tersebut, peminat bola turut menyertai pelbagai permainan dalam talian termasuklah fakta menarik dan meneka keputusan bola sepak.


“Kempen Demam Bola ini telah dilancarkan khas untuk meraikan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap permainan bola sepak dan sebagai sokongan terhadap usahasama kami dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk meningkatkan pendapatan kelab bola sepak Malaysia. Terbaharu, Shopee telah berjaya menjual lebih 20,000 tiket Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi kedai rasmi MFL, melangkaui sasaran asal iaitu 5,000 unit tiket. Ini membuktikan sektor e-dagang di Malaysia bukan sahaja terhad untuk produk peruncitan malah produk tertentu seperti tiket bola sepak dan cenderamata. Malam ini, kami meraikan pasukan Selangor sebagai juara Pasukan Bola Sepak Kegemaran Rakyat Malaysia dengan menganjurkan majlis tontonan ini untuk peminat menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my.

Like Facebook Rasmi Shopee di https://www.facebook.com/ShopeeMY untuk mendapatkan maklumat terbaharu dan menyertai pertandingan media sosial. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

~ Achik ~


No comments:

Post a Comment