Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Yeayyyy…jualan Shopee kembali
lagi..macam tahu-tahu je Shopee ni kita dah gaji awal bulan ni..Hehehe…Untuk
pengetahuan korang, Shopee yang merupakan platform e-dagang terkemuka di Asia
Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen
Ekspo Elektronik Shopee – Jaminan Harga Rendah (LPG) bermula 23 Julai 2018
hingga 26 Julai 2018.
Buat peminat gadget di luar sana atau yang sedang
mencari produk elektronik, memang sesuai la untuk korang membeli-belah di
Shopee sepanjang tempoh promosi ini. Dengar cerita lebih daripada 20 jenama
elektronik yang turut serta dalam promosi kali ini. Antaranya termasuklah
jenama Armaggeddon,
Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi
dan banyak lagi. Kalau dah banyak jenama terkemuka yang turut serta, sudah
tentu lebih 1000 produk ditawarkan dengan harga rendah termasuklah telefon
pintar, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori. Potongan harga yang
ditawarkan mencecah 90% uols..!!!!
Sempena kempen jaminan harga rendah
ini, pihak Shopee menjaminkan harga barangan elektronik yang ditawarkan di
Shopee adalah lebih rendah daripada platform lain bagi produk-produk yang
dilabelkan dengan ‘Lower Price
Guaranteed’. Jika korang terjumpa produk yang sama yang ditawarkan oleh
platform lain lebih rendah dari harga yang ditawarkan di Shopee, Shopee
berbesar hati untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam
bentuk syiling Shopee. Untung kan…
Menurut kata Pengarah Urusan Serantau
Shopee, Mr. Ian Ho, Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan telah
menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi
kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer &
Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah. Usaha ini untuk memastikan Shopee mampu
menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Sebagai contoh,
jualan murah eksklusif honor 9 Lite sebelum ini telah berjaya menjual 1000 unit
hanya dalam tempoh lima minit. Ianya membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia
hanya memilih produk elektronik bertaraf premium.
Pada hari pertama kempen ini iaitu
pada 23 Julai 2018, Shopee akan mengadakan Jualan Kilat Shocking Sale
sepanjang tempoh 24 Jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai
produk elektronik berjenama. Pada hari tersebut, pengguna berpeluang merebut
jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi seperti
papan kekunci dan tetikus wireless dari jemana Logitech. Selain itu, Shopee
juga menawarkan potongan harga untuk penggemar mzik mendapatkan alat bantuan
audio jenama Marshall. Korang juga boleh dapatkan external hardisk daripada
jenama Seagate dan rangkaian jam pintar pada hari tersebut.
Itu cerita tentang Shocking Sale pada
23 Julai 2018. Macam mana pula dengan kempen Lower Price Guaranteed sepanjang
tempoh 23 Julai 2018 hingga 26 Julai 2018? Sepanjang kempen 4 hari ini,
pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone. Setiap hari Shopee
akan menampilkan 2 jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga
menarik. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf
premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan
pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah.
Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan
murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi
hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak
lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000
sepanjang kempen untuk pembelian mereka.
Sepanjang tempoh kempen 4 hari ini
juga, Shopee menawarkan ganjaran kepada peminat setia mereka di Facebook.
Shopee turut melancarkan pertandingan “Tag
a Bro, Win Like a Pro” bermula 23 Julai 2016 hingga 26 Jula 2018. Bagaimana
cara untuk menyertai pertandingan ini ? Peminat media sosial hanya perlu
mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk
tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan
tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang
bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga
RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka. Mudah kan..?
Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo
bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store
atau Google Play.
Selamat Membeli-belah !
~ Achik Huda ~
No comments:
Post a Comment