Saturday, May 19, 2018

DairyGo Teh Tarik Rendah Kalori Mudah Dibawa Kemana Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kalau diperhatikan rata-rata masyarakat Malaysia memang menggemari minuman teh tarik. Malah minuman teh tarik ini yang kebiasaannya diminum di kedai mamak atau pun warung telah pun dikomersialkan. Malah dah ramai anak-anak muda masa kini menceburi perniagaan menjual air dengan menjual air teh tarik yang telah dipelbagaikan rasanya.



Baru-baru ini Achik telah pun menghadiri majlis pelancaran minuman Teh Tarik keluaran DairyGo yang telah berlangsung di IDCC Shah Alam. Apa yang menarik tentang pengasas minuman teh tarik ini, beliau merupakan pengasas dan pemilik butik fesyen di bawah jenama Bella Ammara, iaitu Puan Belle Alyahya. Seorang usahawan fesyen dan kosmetik tetapi mempunyai minat yang sama dalam mengusahakan perniagaan minuman.



Tercetusnya idea untuk menghasilkan produk DairyGo Teh Tarik ini kerana Puan Belle sendiri merupakan penggemar minuman Teh Tarik. Bermula dari situ, maka bermulalah proses untuk menghasilkan minuman teh tarik. Proses penghasilannya tidaklah begitu mudah kerana banyak proses R & D yang perlu dilalui untuk memastikan minuman teh tarik yang dihasilkan sememangnya berkualiti dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama.

Jika dilihat pada reka bentuk pek minuman ini, ianya sangat mudah di bawa kemana sahaja. Memang itulah konsep yang dipilih bersesuaian dengan jenama DairyGo.


Kenapa mereka menitik beratkan soal jangka hayat teh tarik tersebut ?

Kalau korang arif dalam pengeluaran produk makanan atau minuman, untuk memastikan jangka hayat sesuatu produk itu dapat tahan lebih lama, bahan pengawet hendaklah digunakan lebih-lebih lagi apabila melibatkan produk tenusu. Berbeza dengan DairyGo Teh Tarik, ianya tiada bahan pengawet, tiada pewarna, tiada kolestrol dan yang paling penting telah diiktiraf Halal.

Sebab itulah penghasilan DairyGo Teh Tarik ini telah melalui proses R & D yang lama seperti yang Achik nyatakan di atas. Setiap pek DairyGo Teh Tarik mempunyai jangka hayat selama 1 tahun 6 bulan dari tarikh pengeluarannya. Jadi tak perlu simpan dalam peti sejuk melainkan korang dah buka penutup pek tersebut.


Mereka disebalik pengeluaran DairyGo Teh Tarik


Kata orang, minuman teh tarik tidak elok untuk kesihatan. Bagaimana pula dengan DairyGo Teh Tarik ?

Haaaa...ini sememangnya fakta yang tidak disangkal lagi. Kalau korang nak tahu, minuman teh tarik yang korang selalu minum di kedai mamak tu sangatlah tak elok untuk kesihatan. Kenapa ? Cuba korang rajin-rajin sikit cari bahan bacaan tentang susu pekat manis untuk ketahui berapa banyak kuantiti gula yang ada dalam satu tin susu pekat manis tu...Hehehe..ada konspirasi gula di situ.

Berbeza dengan DairyGo Teh Tarik, sungguhpun ianya mempunyai kandungan gula, tetapi susu yang digunakan merupakan Susu Segar yang diimport dari New Zealand. Jadi ianya tidak mempunyai kandungan gula yang banyak seperti teh tarik yang menggunakan susu pekat manis. Setiap hidangan 100 ml hanya 66 kcal sahaja.

Achik sendiri dah rasa DairyGo Teh Tarik ni. Rasanya memang tidak manis. Boleh kata teh nya kaw dan sedap. So, kalau korang yang berdiet di luar sana tetapi mempunyai keinginan nak minum teh tarik yang dah lama dipendamkan, hehehehe...Maka Achik syorkan korang untuk cuba DairyGo Teh Tarik. 1 pek mempunyai kandungan sebanyak 200 ml. Jadi hari ini boleh minum 100 ml, esok boleh minum lagi 100 ml.




Bagaimana hendak nikmati DairyGo Teh Tarik yang Panas ?

Ok...soalan bijak. Nampakkan betapa mudahnya pek pembungkusan minuman DairyGo Teh Tarik ni. Maknanya korang boleh bawa kemana sahaja yang korang pergi. Andai kata korang nak travel, bawa sahaja DairyGo Teh Tarik melancong bersama-sama korang. Disebabkan ianya dalam pek, maka tidaklah berat untuk dibawa kemana sahaja.

Bila korang berada di luar dan teringin nak minum DairyGo Teh Tarik Panas, korang boleh rendamkan pek ke dalam air panas, kemudian hidangkan dalam cawan. Mudahkan...

Kalau yang gemarkan minuman sejuk, simpan sahaja pek DairyGo Teh Tarik dalam peti sejuk...Memang sedap apabila ianya dinikmati dalam keadaan sejuk.





Nak beli di mana ????

Kalau korang  nak tahu, sejak ianya dikeluarkan walau pun masih belum dilancarkan, DairyGo Teh Tarik telah menerima tempahan yang luar biasa iaitu lebih dari 200,000 bungkusan telah pun dijual secara atas talian. DairyGo sendiri telah mempunyai ramai agen yang berdaftar.

Jadi, sekiranya korang ingin dapatkan produk DairyGo Teh Tarik, pembelian boleh dibuat secara atas talian dengan layari Instagram @dairygo_ atau pun melalui agen-agen yang berdaftar. Korang search je dekat instagram tu “DairyGo”, memang akan keluar pelbagai akaun instagram yang merupakan agen berdaftar. Harga yang ditawarkan adalah RM4.00 untuk satu pek.

Pada masa akan datang, pihak DairyGo bercadang untuk menempatkan produk sulung keluarannya di kedai dan pasaraya sekitar Malaysia seperti di 7eleven, Giant, Petronas dan sebagainya.



Sekalung tahniah buat Puan Belle Alyahya dan pasukan atas pelancaran jenama terbaru, DairyGo dengan produk sulung mereka minuman Teh Tarik.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment