Saturday, April 21, 2018

Iftar Fi Sofina 2018 | Pelayaran Eksklusif Sambil Berbuka Puasa Dalam Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama kali belayar menaiki Cruise Tasik Putrajaya sememangnya menjadi pengalaman yang indah buat Achik. Mana tak nya..Achik bekerja di Putrajaya, datang Putrajaya ni dah selalu..dari rumah nak ke Putrajaya tak jauh pun...tapi sejak Cruise Tasik Putrajaya ni wujud, Achik tak pernah pun menaiki Cruise di Tasik Putrajaya.

Baru-baru ini, Marina Putrajaya Sdn Bhd telah melancarkan Pakej Berbuka Puasa di Cruise Tasik Putrajaya yang diberi nama Iftar Fi Sofina. Julung-julung kali diadakan, Marina Putrajaya berhasrat memberikan suatu kelainan kepada umat Islam di luar sana untuk menikmati pengalaman belayar di atas cruise sambil menikmati hidangan berbuka puasa.


Iftar Fi Sofina menyajikan lebih dari 30 sajian makanan yang menyelerakan buat para tetamunya. Antara hidangan yang menanti adalah Kambing Panggang, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng Ayam dan pelbagai kuih muih tradisional Melayu sebagai pencuci mulut. Selain itu, terdapat juga menu lain berkonsepkan Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut ditawarkan bagi pelanggan yang inginkan kelainan dalam juadah berbuka puasa.









Kalau diperhatikan pada hidangan makanannya, mungkin ada segelintir yang berkata hidangannya nampak ‘simple’. Tapi kalau korang nak tahu, sungguhpun hidangan yang kelihatan simple tetapi rasa nya memang sedap dan lazat serta menepati selera kita. Marina Putrajaya sangat menitik beratkan kualiti makanan yang dihidangkan buat para pelanggannya agar ianya setimpal dengan harga yang dibayar oleh pelanggan. Menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Dato’ Zaharah Salamat, MPSB akan memastikan ada kelainan dari segi juadah dan konsep masakan yang ditawarkan kerana pemilihan panel ‘catering’ yang berlainan dibuat pada setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Dato' Zaharah Selamat

Cruise yang kami naiki

Suasana dalam cruise

Bercakap tentang harga pula, harga Iftar Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya adalah lebih rendah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman yang eksklusif dan unik ini. Sudah pasti para pelanggan berpeluang untuk menikmati pelayaran selama 1 jam setengah sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak dengan dihiasi keindahan suasana malam Putrajaya yang nyaman dan menyegarkan. Oh ye, kemudahan surau juga disediakan untuk para pelanggan menunaikan solat Maghrib.




Cantik-cantik kan pemandangan yang sempat dirakam dari tingkat atas Cruise. Banyak lagi sebenarnya gambar yang cantik-cantik dengan pemandangan yang indah. Jadi korang kena naik sendiri Cruise Tasik Putrajaya ini untuk menikmati pemandangan tersebut.

Harga ‘Early Bird’ (sehingga 16 Mei 2018)
·         Dewasa = RM120.00 (Harga Biasa RM145.00)
·         Kanak-kanak (5-12 tahun) = RM75.00 (Harga Biasa RM77.00)
·         Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM75.00 (Harga Biasa RM77.00)

Setiap pelanggan yang membuat tempahan Iftar Fi Sofina akan mendapat sampul duit raya yang eksklusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Selain itu, pihak MPSB turut menawarkan hadiah Cabutan Bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM350.00 kepada 5 orang pelanggan bertuah. Setiap pembelian pakej Iftar Fi Sofina, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Rumah-Rumah Kebajikan yang terpilih.

Tempahan Iftar Fi Sofina
·         Hubungi      : 03-8888 5539
·         Emel           : sales@cruisetasikputrajaya.com



Lain-lain Perkhidmatan Yang Ditawarkan oleh MPSB:
·    Pakej Seminar / Mesyuarat dan Berbuka Puasa sama ada di Cruise Tasik Putrajaya, Marina Putrajaya atau Bora Ombak Marina Putrajaya dengan harga bermula RM100.00 seorang.

·     Dining Cruise, Sight Seeing Cruise, Boat Charter, Love Boat, Pakej Perkahwinan, Pertunangan, Sambutan hari Lahir, Mesyuarat, Perahu Tradisional iaitu Perahu Dondang Sayang & Lepa-Lepa serta Picnic Boat.

·     Fasiliti seperti kolam renang berbumbung, gimnasium, sauna & steam bath, gelanggang skuasy, karaoke dan snooker & pool.

·         Sewaan dewan & laman untuk penganjuran majlis perkahwinan, acara dan seminar/mesyuarat.

·         Fasiliti kolam renang bersaiz ohlimpik di Kompleks Sukan Air Putrajaya.

·   Aktiviti rekreasi air dan darat, memancing, berbasikal, menaiki bot pedal, berkanu dan program teambuilding di bawah Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

·         Belon udara tertambat yang terbesar pertama di Malaysia di Skyride Festival Park Putrajaya.

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment