Friday, May 04, 2018

Bufet Ramadan 2018 | Masakan Warisan Tradisi Turun Temurun di Shah Alam Convention Centre (SACC)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tahun ini SACC kembali lagi dengan Bufet Ramadan berkonsepkan Warisan Tradisi yang membawakan hidangan komplikasi resepi nenek moyang dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC. Apa yang Achik dapat lihat, makanan yang disajikan pada tahun ini lebih menarikh berbanding tahun lepas. Sudah pasti hidangan lauk-pauk warisan tradisinya sangat menarik dan menyelerakan.


Antara hidangan menarik yang pasti membuka selera para pengunjung termasuklah Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang Muda, Sotong Masak Hitam, Ayam Masak Seroja, Sayur Jawar, Bebek Ijo dan banyak lagi. Malah, SACC turut menyediakan hidangan lemang dan nasi impit beserta pilihan serunding, lontong serta rendang. Menarikkan...hidangan yang biasa dinikmati pada hari raya dapat dinikmati dalam bulan Ramadan lagi. Lebih menarik lagi Kambing Kebuli yang menjadi hidangan tradisi SACC masih lagi dihidangkan buat para pelanggan pada tahun ini.

Ayam Masak Seroja dan Gulai Bebek Ijau

Pisang Muda Masak Lemak & Sambal Udang Terung Pipit

Sayur Campur Jawa & Singgang Kepala Ikan. Sayur Campur Jawa tu sedap sangat..Rasa pedas memang membuka selera. Banyk juga Achik makan sayur campur jawa ni. Dan sememangnya ia favourite Achik.

Sotong Masak Hitam

Setiap tahun, pihak SACC pasti akan mengumpul dan menyumbang dana bagi tabung-tabung kebajikan yang terpilih hasil dari juala voucher bufet ramadhan. Untuk tahun ini, SACC sekali lagi mengambil inisiatif mulia untuk bekerjasama dengan pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam membantu mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Gelandangan. Jadi para pelanggan yang membuat pembelian voucher bufet ramadhan di sini berpeluang berbuka sambil beramal. Sebanyak RM1 dari setiap penjualan voucher akan disumbangkan kepada Tabung Kebajikan Gelandangan yang diamanakan kepada SACC melalui Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur.

Kambing Kebuli merupakan menu wajib ada di Bufet Ramadan SACC pada setiap tahun.

Aneka kerabu yang sememangnya sedap. Kalau berbuka di sini, kaunter Kerabu ni lah yang Achik akan serbu dulu


Bufet Ramadan Warisan Tradisi Turun Temurun SACC

Harga        :        RM88.00++ (Dewasa)
                :        RM52.00++ (Kanak-kanak 7 tahun hingga 10 tahun)
                :        RM52.00++ (Warga Emas 60 tahun ke atas)

Masa          :        6.30 petang sehingga 10.00 malam
Tarikh        :        18 Mei 2018 – 13 Jun 2018

Antara manisan yang dihidangkan buat para tetamu

Aneka bubur, kuih goreng-goreng dan apam balik. Oh Apam balik ni memang addicted betul. Masa preview bufet ramadan SACC, Achik makan banyak Apam Balik ni. Yela..kalau beli di luar dah tentu inti nya kurang..tapi di SACC, inti apam balik ni memang mewah lagi2 jagung..Korang mesti berulang-ulang ambil ler...hehehe

Kebiasaannya kita perlu tunggu hari raya untuk menikmati hidangan lemang, nasi himpit, rendang, lontong dan sebagainya. Tapi kalau korang berbuka di SACC, macam-macam hidangan rendang, serunding, lontong ditawarkan


Kuey teow goreng ala-ala padthai ni pun sedap. Antara hidangan yang paling laku semasa preview bufet ramadhan

Sup Daging dan roti ini juga antara hidangan yang menyelerakan di bufet ramadhan SACC

Harga yang ditawarkan di atas adalah harga bagi pembelian secara walk-in. Pihak SACC turut menawarkan harga promosi bagi pembelian voucher yang dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi SACC, www.sacc.com.my/ramadan-buffet .


Banyak lagi hidangan menarik yang ada selain yang Achik nyatakan di atas..Ada ABC, ada Kacang Pool, ada aneka jenis bubur dan macam-macam lagi. So kalau nak tahu sedap ke tak sedap, korang kena datang sendiri berbuka puasa di Bufet Ramadan SACC sepanjang bulan ramadan ini.

Selain itu, pihak SACC juga turut menawarkan Pakej Korporat pada harga RM75.00++ dengan jumlah minima tetamu seramai 30 orang. Pakej ini turut menyediakan ruang khas untuk tetamu anda. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Pakej Korporat ini, ada bolehlah berhubung terus dengan pihak SACC.

Untuk tempahan awal, hubungi pihak SACC di talian 03-5511 8858.

~ Achik ~

1 comment:

  1. Artikel Dari S128 Tajen Online

    Kesalahan Dalam Merawat Ayam Jawara Inilah

    Baca Selengkapnya Disini.
    https://tajenonline.net/kesalahan-dalam-merawat-ayam-jawara-inilah/

    Terima kasih sudah mengizinkan Komentar saya.

    ReplyDelete