Wednesday, February 01, 2017

Cooking Hustle : Filem Pendek TNB Sempena Chinese New Year

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Meriah pula rasa kali ini apabila muncul Perayaan Utama di Malaysia. Dah menjadi satu 'trend' pula oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menghasilkan video-video pendek yang berkaitan dengan perayaan utama di Malaysia. Bukan TNB sahaja, malah banyak lagi syarikat korporat yang lain berlumba-lumba untuk menghasilkan video pendek yang banyak memberi mesej yang positif dan menerapkan elemen kekeluarga dalam setiap video pendek mereka.

Jom ramai-ramai kita tonton video pendek sempena sambutan Chinese New Year 2017 yang telah dihasilkan oleh TNB.

Hehehehe...dah tengok ??? Apa mesej yang korang faham daripada video pendek ini?

Meh Achik story sikit...Seperti yang korang semua sedia maklum, Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan kekeluargaan. Sebagai contoh yang dapt korang lihat daripada filem pendek ini, ketiga-tiga menantu tidak mempunyai hubungan yang rapat. Tetapi sempena Tahun Baru Cina, mereka ketepikan semua itu dan cuba masak sesuatu untuk dihidangkan untuk makan bersama. 

Sudah menjadi tradisi Masyarakat Cina untuk makan bersama-sama pada malam sambutan Tahun Baru Cina. Lebih sinonim dengan nama 'Makan Besar', ahli keluarga yang berkumpul bersama-sama untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa jua hidangan di meja. Pada masa inilah macam-macam cerita dapat dikongsikan bersama-sama dengan ahli keluarga tercinta yang jarang-jarang bersua.

Sikap masing-masing mungkin menjadi punca pertelagahan pada musim perayaan, lebih-lebih lagi dalam keluarga yang ramai. Lebih besar saiz sesebuah keluarga tersebut, lebih banyak ragam dan perangai ahli keluarga yang perlu difahami. Jadi, sempena Tahun Baru Cina, segala perbezaan ini diraikan dan bukan diketepikan..Baru lah perjumpaan keluarga itu bertambah meriah di meja makan...Setuju tak? Korang yang mempunyai saiz keluarga yang besar mungkin faham dengan situasi ini...Suasana di meja makan sangat meriah apabila masing-masing berebut untuk bercakap, berkongsi cerita dan membuat jenaka. 

Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis, saiz, rasa dan rupa begitulah juga ahli keluarga kita namun bila dikongsi bersama kan sedap rasa nya. Kalau sesama keluarga sendiri pun tiada muafakat malah lebih suka bertikam lidah dan iri hati sesama sendiri, sudah pasti mana-mana keluarga yang bahagia pun boleh berpecah-belah...Jadi, berdasarkan filem pendek tersebut, eloklah disimpulkan bahawa Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh. Kebahagian tercipta apabila semua dalam ahli keluarga bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.


Table of Harmony

Sempena Tahun Baru Cina 2017 ni juga, TNB turut menyediakan laman web yang mana korang boleh tahu jenis 'mystery dish' apa yang bersesuaian dengan korang...Nak tahu apa yang Achik dapat untuk 'mystery dish' ni? ...Taraaaaaa..


Chicken Swims in Rice River....hehehe..comel jer....
'You never flinch when faced with new and challenging situations but rather jump in and tackle it bravely'... Yeeehaaa...secara jujurnya, inilah perwatakan Achik...kebetulan sama pula...


Nak tahu apa Mystery Dishes untuk korang ? Jom follow step di bawah: 

Follow step dibawah untuk 'mystery dish"

1) Buka website 
https://betterbrighter.my/tableofharmony

2) Klik unveil mystery dishes


 3) Klik discover what mystery dish you are & join the table


4) Pilih antara A, B, C, D dan sistem akan auto calculate mystery dish yang bersesuaian dengan sambutan Chinese New Year 2017 korang...



~ Achik ~

No comments:

Post a Comment