Assalamualaikum & salam sejahtera...
Berita baik buat semua peminat Kenny Rogers
Roasters (KRR). KRR telah memperkenalkan menu baru yang diberi nama “Spicy Gilerrr”. Haaa….macam pelik je
nama menunya. Pemilihan menu ini dibuat selari dengan selera masyarakat
Malaysia yang gemar makan makanan pedas sepanjang masa. Achik sendiri kalau
tiada “spicy” dalam menu yang Achik makan, rasa “kick” tu takde.
Apa yang istimewanya menu “Spicy Gilerrr” di KRR ni?
Kalau nak tahu, korang kena datang sendiri ke
mana-mana restoran KRR yang berdekatan untuk rasai sendiri rasa pedas yang
sensasi dan gabungan rasa yang eksotik. Sudah pasti para pelanggan dapat
merasai gabungan rasa pedas dan masam dalam hidangan terbaru KRR ini.
Dari Kanan: Kennie Thong, Sales and Event Manger of Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd. mempersembahkan hidangan terbaru Spicy Gilerrr bersama-sama dengan pasukan promosi KRR |
Selain itu, KRR turut memperkenalkan perasa terbaru
“Kenny’s Home-made Muffin” iaitu “Peanut Butter Chocolate Muffin”. Achik
dah rasa perasa baru muffin dari KRR. Rasa yang sedap dan sedikit manis
disebabkan gabungan rasa coklat dan juga mentega kacang. Apa2 pun, gabungan
perasa coklat dan mentega kacang memang mampu memikat selera para pelanggan.
KRR Home-made muffin dengan gabungan rasa coklat dan mentega kacang |
Untuk hidangan “Spicy Gilerrr” ini, para pelanggan diberi pilihan sama ada ingin memilih Favourite Meal atau pun Soup Meal yang dihidangkan dengan Spicy Chicken. Harga bermula daripada RM19.90**.
1) Spicy Chicken Favourite Meal:
¼ Spicy Chicken + 2 side dish + 1 Peanut Butter Chocolate Muffin
2) Spicy Chicken & Soup Meal:
¼ Spicy Chicken + 1 side dish + 1 Country-style Chicken Soup + 1 Peanut Butter
Chocolate Muffin
Spicy
Chicken Favourite Meal
|
Spicy
Chicken & Soup Meal
|
Tambahan kepada pelbagai perisa dalam satu
hidangan, para pelanggan juga berpeluang menikmati kesejukan minuman Blue Chillax, iaitu ice-cold
blue lemonade with lemon yang dapat melahirkan rasa yang lebih menyegarkan
dan memenuhi citarasa anda.
refreshing ice-cold blue lemonade with lemon, the Blue Chillax drink |
Sekiranya korang datang ke Restoran KRR dengan keluarga dan merasakan hidangan 1/4 ayam tidak cukup untuk dikongsi bersama keluarga tercinta, KRR juga turut menawarkan menu A la Carte Spicy Whole Chicken pada harga RM51.50. Manakala, untuk muffin perasa coklat dan mentega kacang ini, pembelian 1/2 dozen (6 biji) juga ditawarkan buat para pelanggan KRR dengan harga RM20.50.
Sempena pelancaran hidangan terbaru ini, KRR mengadakan promosi Spicy Chicken Lite Meal dengan harga serendah RM10. Para pelanggan yang hadir ke Restoran KRR hendaklah menunjukkan Wow RM10 e-voucher bagi menikmati hidangan tersebut pada harga promosi. E-voucher boleh diperoleh daripada Facebook page KRR. Promosi ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 24 Februari 2017. Jom serang Restoran KRR yang berdekatan sekarang juga !!!
Untuk maklumat lanjut berkaitan Kenny Rogers Roasters, boleh hubungi talian 03 - 2119 9888 atau layari laman web rasmi di www.krr.com.my
Like Facebook rasmi: www.facebook.com/krrmalaysia
~ Achik ~
memang sedap ni
ReplyDeleteJanjiKita