Wednesday, February 15, 2017

Wangian Lelaki ROMANO Menyerlahkan Kelakian Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wahhh...lately ni banyak betul terima produk untuk kaum lelaki..Yang peliknya, Achik pun menggemari bau minyak wangi dan deodarant lelaki...Hehehee..

Terbaru yang Achik dah cuba adalah Semburan Wangian Lelaki Jenama ROMANO. Untuk pengetahuan korang, wangian jenama Romano ni telah lama ada di pasaran. Untuk kali ini, Romano memperkenalkan haruman terbaru bagi Semburan Wangian Lelaki iaitu ROMANO Unique dan ROMANO Force.

ROMANO Unique dan ROMANO Force
Jejaka moden masa kini sememangnya menjali kehidupan yang penuh cabaran. Aktiviti harian yang aktif dan seriang bergaul dengan teman-teman dan client membuatkan mereka perlu sentiasa tampil segak dan berkeyakinan. Bau badan seseorang lelaki itu memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan rasa yakin dalam diri. Ala...toksah cakap lelaki, kaum perempuan pun boleh rasa tidak selesa apabile menyedari badan sendiri ada bau yang tidak menyenangkan.

Terbaru, ROMANO tampil dengan wangian yang lebih maskulin untuk membantu memberikan keyakinan kepada kaum Adam diluar sana dalam menjalani aktiviti harian mereka.


Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri.  Wanita disekelilingnya pasti tertarik  dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; UNIQUE dan FORCE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan.  Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

ROMANO Unique

ROMANO Eau De Toilette – FORCE

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

ROMANO Force

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.


ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara. 


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment