Thursday, November 24, 2016

Movie Review: Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng Mengecewakan Kanak-Kanak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terlebih dahulu Achik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team Denaihati Network kerana telah mengundang Achik ke Sneak Peek filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng yang telah diadakan pada 23 November 2016 bertempat di GSC IOI City Mall.

Sememangnya Achik agak excited untuk menonton filem terbaru Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Sebelum ke majlis pra-tonton filem ini, Achik dah pun menonton trailer filem ini. So, Achik memang dah tahu filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni bukan seperti filem animasi Pengembaraan Upin Ipin mahupun filem Boboiboy.


Sebelum Achik berkongsi komen lebih lanjut lagi tentang filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni, jom baca serba sedikit Sinopsis filem ini..


SINOPSIS

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng mengisahkan kehidupan Aqish, seorang anak yatim yang tinggal di Rumah Anak Yatim bersama-sama rakan-rakan anak yatim yang lain. Aqish sangat meminati watak animasi kembar Upin Ipin sehingga tanpa disangka-sangka watak Upin Ipin tersebut benar-benar muncul di hadapan mata Aqish. Sekali lagi Achik tekankan, hanya Aqish sahaja boleh melihat Upin Ipin.

Bersesuaian dengan tajuk filem ini, setiap kali Upin Ipin muncul, pasti tidak lekang denga sebutan “Jeng, Jeng, Jeng” yang keluar daripada mulut Upin Ipin..(jadi boleh faham kan kenapa filem ini diberi tajuk Upin Ipin Jeng Jeng Jeng).

Rumah Anak Yatim yang didiami oleh Aqish dikendalikan oleh Noreen yang mendapat amanat daripada arwah ayahnya untuk meneruskan pengendalian rumah tersebut dan tidak sesekali memisahkan semua kanak-kanak yang mendiami rumah anak yatim itu.

Tragedi berlaku apabila Zaman datang untuk mengambil alih hak tanah Rumah Anak Yatim kerana dia merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut. Sebenarnya, Zaman dikejar oleh penuntut hutang along dan dengan cara menjual tanah itu saja mampu untuk membayar hutangnya kepada along.

Aqish mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim mereka. Dan ketika itu, muncul watak Awie dan Bo. Awie dan Bo ni satu ketika dahulu juga merupakan penghuni Rumah Anak Yatim ini sewaktu kanak-kanak. Awie yang pernah menjadi penyanyi rock yang terkenal suatu masa dahulu dan kini turut mengalami masalah kewangan. Bo pula merupakan kawan dan merangkap PA Awie.

Tidak disengajakan, Awie dan Bo telah terserempak dengan Aqish dan akhirnya telah dibawa oleh Aqish ke Rumah Anak Yatim tersebut. Maka, bermulalah kisah Awie, Bo dan Noreen bersama-sama berusaha untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim.

Zaman yang pada awalnya ingin menjual tanah tersebut untuk menyelesaikan hutang beliau dengan along, telah turut bekerjasama dengan Awie, Bo dan Noreen untuk menyelamatkan rumah tersebut. Mereka berempat telah bertungkus-lumus mencari tajaan untuk mengadakan satu konsert amal bagi mendapatkan dana untuk membayar hutang Zaman kepada Along.

Akhirnya, konsert rock Awie berjaya diadakan bersama penampilan istimewa Upin Ipin.

Pelakon-pelakon yang terlibat:

Dibintangi oleh Asyiela Putri (suara Upin Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak. Filem ini telah diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon..

sempat bergambar dengan adik Asyiela Putri

Budak-budak happy dan tak sabar nak tonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Turut hadir sama ialah YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

Jadi, best ke tak Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni?

Ini merupakan review ikhlas dari perspektif Achik ye...Mungkin lain orang, lain pendapat dan penerimaannya.

Rata-rata kawan Achik yang nk bawa anak-anak tengok filem ini mengharapkan ianya seperti Filem Animasi Pengembaraan Upin Ipin macam sebelum ini. Terus terang Achik cakap pada dorang filem ini adalah filem manusia...Upin Ipin hanya muncul dalam kehidupan Aqish sahaja...Jadi ramai juga yang kecewa bila Achik beritahu macam tu. Sebab anak-anak mereka mengharapkan kemunculan watak-watak dalam kartun upin ipin ada dalam Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni...

Itu kawan-kawan Achik punya expectation la...Yela, takut bila bawa anak-anak tengok filem ini, jenuh menjawab pertanyaan anak-anak yang bertanya bila Upin Ipin nak muncul...Yang paling lucu, ada kawan Achik terpaksa kelentong anak-anak dia kata hanya ada Upin Ipin saja dalam filem ini. Watak Jarjit, Mei Mei, Ehsan dan yang lain-lain takde...Balik kampung sebab cuti sekolah...hahaha...

So, nasihat Achik, sebelum korang bawa anak-anak tengok filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini, tengoklah dulu trailer filem ini supaya korang dapat gambaran macam mana rupa filem ini.

Bagi Achik, filem ini sangat santai dan ringan..Malah skrip bagi setiap pelakon juga tidak berat...Sebenarnya dengan hanya membaca Sinopsis filem ini, korang dah boleh tahu perjalanan filem ini macam mana. Jalan cerita yang ringkas, membuatkan para penonton dah boleh jangka apa akan jadi seterusnya...sampaikan masa babak konsert Awie tu, Achik boleh terlelap...hahaha..mungkin sebab waktu Achik tengok tu dah pukul 11 malam plus hari bekerja..Maka mata org tua seperti Achik ni cepatla rasa mengantuknya.

Macam yang Achik beritahu sebelum ini, Aqish memang minat sangat dengan Upin Ipin. Jadi kalau korang tengok di sekeliling katil Aqish penuh dgn barang-barang Upin Ipin...Malah baju yang Aqish pakai semua baju Upin Ipin...Spontan keluar dari mulut Achik “Siapa yang belikan semua barang-barang Upin Ipin ni untuk Aqish kalau dia merupakan penghuni Rumah Anak Yatim yang mengalami masalah kekurangan dana?”...Mungkin dekat situ agak keterlaluan cara untuk mempromosikan animasi Upin Ipin ni...

Basically, jalan cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini adalah usaha yang diambil oleh Awie, Bo, Noreen dan Zaman untuk selamatkan Rumah Anak Yatim...manakala kemunculan Upin Ipin dalam filem ini sekadar watak sampingan untuk menghiburkan Aqish yang meminati Upin Ipin dan sering bercakap sendirian dengan gambar Upin dan Ipin.

Walau bagaimanapun, kesemua pelakon yang terlibat berjaya membawa watak mereka dengan baik. Malah perwatakan Aqish juga nampak lain dalam filem ini..Ini seharusnya diberi pujian.

So, cuti sekolah dah bermula...Tak salah rasanya kalau korang nak bawa anak-anak untuk menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini. Cumanya bagi memastikan anak-anak korang tidak mengharapkan kemunculan semua watak kartun Upin Ipin muncul dalam filem ini, korang kena pandai-pandai mainkan peranan la ye...hehehe..

Secara keseluruhannya, Achik beri 3.5/5 bintang untuk filem ini.

sehingga 29 November 2016, Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng telah mencecah kutipan sebanyak RM3 juta...wow...tahniah!!

Jom tonton Official Trailer Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng ! di sini...


Untuk korang dapatkan lebih info berkaitan filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng ini, bolehlah jemput baca entri di http://denaihati.com/7-sebab-menarik-perlu-tonton-filem-upin-ipin-jeng-jeng-jeng

Like FB : Upin & Ipin

#UpinIpinJengJengJeng #DHNBlogger #DenaihatiNetwork 

~ Achik ~

No comments:

Post a Comment