Tuesday, July 26, 2016

Muzik Video RANIAKU Sangat Menyentuh Jiwa dan Perasaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

‘Kisah Dugaan dan Cinta Abadi’

Sebuah mesej yang ingin disampaikan dalam Muzik Video terbaru kerjasama antara SAFI dan Aizat Amdan. Baru-baru ini bertempat di Cathay Cineplex eCurve telah berlangsungnya Majlis Pratonton serta Pelancaran Muzik Video SAFI & Aizat Amdan bersama kelahiran produk baru teknologi DUO EMAS 24K keluaran SAFI Rania Gold.


Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat dalam kasih, terselit dalam rindu, tersimpan dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya...

Wah..jiwang tau. Kalau korang tonton sendiri Muzik Video Raniaku , korang pun akan rasa tangkap leleh punyalah...Muzik Video Raniaku ini telah menggunakan khidmat penyanyi terkenal, Aizat Amdan dan pengarah muzik video, Encik Nan Salleh.

Dalam ucapannya, Encik Sriram Krishnamurthy yang merupakan Ketua Eksekutif WIPRO UNZA telah memaklumkan bahawa penghasilan muzik video ini merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah ini diperkenalkan di pasaran.

Kami ingin menyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup, kata Encik Sriram Krishnamurthy.


Sinopsis Muzik Video Raniaku

Semua sedia maklum bahawa Nora Danish merupakan Duta SAFI Rania Gold. Dalam Muzik Video Raniaku ini, Nora Danish bertanggungjawab untuk memainkan watak utama sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH. Untuk yang tak tahu, FUCH ni merupakan satu jenis penyakit penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupan seharian. Jadi, sebagai seorang isteri, penyakit FUCH ini sangat mengganggu Rania dalam menjalankan tugas hariannya.

Nora Danish muncul di dalam panggung sambil membaca puisi sambil dipimpin oleh Remy Ishak

Dalam Muzik Video Raniaku turut menyaksikan kehidupan romantik antara Rania dan suaminya. Apabila disahkan mengidap FUCH, emosi Rania terganggu kerana terlalu bimbang akan ditinggalkan oleh suami tercinta. Walaupun Rania cuba menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan suami tercinta, Azman (lakonan Remy Ishak) tetap berjaya menghidu perubahan ganjil yang ada pada Rania.

Selepas didesak, akhirnya Rania akur untuk menceritakan kepada Azman tentang penyakit FUCH yang dihidapinya. Walau pahit untuk ditelan, Azman sentiasa berusaha untuk menyakinkan Rania bahawa cintanya kepada Rania tidak pernah berubah kerana penyakit FUCH. Malah dalam muzik video tersebut menyaksikan Azman menunjukkan rasa cintanya kepada Rania dengan membantu isterinya menguruskan kerja-kerja rumah. Secara tak langsung ianya dapat menyeimbangkan emosi Rania yang turut tersentuh dengan usaha yang dilakukan oleh Azman.

Yakin dengan cinta suaminya, Rania mengumpul semula kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata.



Gambar yang menarik menghiasi ruang press conference di Cathay Cineplex eCurve.


Begitulah mesej romantik yang ingin disampaikan dalam Muzik Video Raniaku. Setiap cabaran akan dapat ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat...

Puitis tau...Nah, Achik attach sekali Muzik Video Raniaku untuk korang tonton dan layan perasaan jiwang tu..hehhehehe


Mendapat ilham daripada muzik video filem Dilwale, pengambaraan Muzik Video Raniaku ini telah berlangsung di Bali, Indonesia di bawah arahan Direktor, Encik Nan Salleh. Patutlah setiap scene dalam muzik video raniaku ni cukup menarik kerana pemilihan lokasi pengambaran sangat tepat. Hasil video editing sangat teratur dan konsisten dengan jalan cerita Raniaku yang ingin disampaikan. Tambahan lagi setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Lirik lagu Raniaku ini telah ditulis oleh Aizat Amdan yang turut menyelitkan elemen perit getir yang dihadapi mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.


Aizat Amdan yang turut menyanyi secara live dalam majlis tersebut

Pemilihan Aizat Amdan dalam kolaborasi muzik video ini sangat tepat memandangkan Aizat mempunyai lontaran suara yang baik serta kreativiti dalam penulisan lirik lagu. Setiap baris lirik yang terungkap oleh Aizat mempunyai makna yang tersirat.

Dalam majlis yang sama juga, SAFI turut memperkenalkan 3 produk baru Safi Rania Gold yang diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K:

i)             Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml = harga RM32.50

ii)           Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml = harga RM36.90
iii)          Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml = harga RM32.50

Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi baru ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah agar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif. Jelas Pn. Mahsuri, Konsultan SAFI.

Puan Mahsuri, Konsultan SAFI

Selain itu, Nora Danish juga turut berkongsikan pengalaman beliau sepanjang menggunakan produk terbaru dari SAFI ini. Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO Emas 24K sememangnya menjadikan kulit Nora lebih lembut dan bersedia untuk menyerap produk seterusnya iaitu Serum Konsentrasi Plus. Serum ini membantu meningkatkan keanjalan kulit wajah Nora dan memperlahankan kemunculan garis-garis halus. Manakala Semburan Booster dan Penyegar banyak membantu Nora di set pengambaraan terutamanya pada cuaca panas. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah ianya bertindak untuk mengekalkan solekan Nora walaupun sudah berpeluh di set pengambaraan.


Dari Kiri: Puan Mahsuri (Konsultan SAFI), Encik Sriram Krishnamurthy (Ketua Eksekutif WIPRO UNZA), Nora Danish (Duta SAFI Rania Gold) bersama produk terbaru SAFI Rania Gold


Kolaborasi terulung Raniaku, SAFI Malaysia & Kasi Gegar Entertainment
Dari Kiri: Cik Pan Choi Yen (Ketua Pemasaran WIPRO UNZA), Puan Mahsuri (Konsultan SAFI), En. Sriram Krishnamurthy (Ketua Eksekutif WIPRO UNZA), Nora Danish (Duta SAFI Rania Gold), Aizat Amdan (Penyanyi & Penulis Lirik Lagu Raniaku), Remy Ishak (Bintang Jemputan), Nan Salleh (Pengarah Muzik Video)

Rangkaian produk SAFI Rania Gold

Nak dapatkan produk terbaru dari SAFI Rania Gold ini sememangnya tidak sukar kerana ianya boleh didapati daripada hampir semua pasaraya, farmasi, hypermarket, kedai runcit, kedai serbaneka yang terdapat di seluruh Malaysia.

Untuk info lanjut berkaitan jenama SAFI,
Like FB SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Tonton youtube SAFI : www.youtube.com/safimalaysia

~ Achik ~

***

LIRIK LAGU RANIAKU
Ku lihat bayangan tubuhmu
Gerak gerimu, meragut kalbu
Namun ku tahu, jiwamu penuh gelora
                                                      
Biar setahun, mahupun seribu
Dilambung ombak tiap waktu
Kan aku sambut,
Wahai Rania hatiku
Jangan kau ragu

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Biar berkurun, belum pun berlalu
Dibuai ngeri celaru
Kau tetap dakap dan belai raja  hidupmu
Membelai raja hidupmu
Ku takkan ragu

Mungkin
Setiap gerak dan kata
Diolah hati yang merana
Namun saban masa kita kan rasa
Perit dan luka
Kan menghilang

Perjalanan kita
Dilimpahi segala
Onak dan duri tak berhenti
Kan kita redahi

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Mungkin
Setiap waktu
Jatuh bangunku
Bersamamu
Ooooooo
Kaulah Raniaku 

2 comments:

  1. alahai puitis sungguh lirik... dah la orang suka sangay dengan si Remy, bijak Safi guna marketing :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..pemilihan Remy Ishak yg pandai menjiwai watak..suara hafiz pun sedap

      Delete