Monday, July 11, 2016

Aidilfitri 2016 Walau Berbeza Tetap Diraikan Bersama

Assalamualaikum..

Hai korang...masih belum terlewat untuk Achik mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat korang semua...Macam mana sambutan Hari Raya korang tahun ni? meriah tak.? Mesti meriahkan..kalau tengok gambar raya yang dikongsi oleh rakan-rakan Achik di FB semuanya meriah dan berwarna warni dengan tema baju raya sedondon..


Untuk Aidilfitri tahun ni, Achik tampil simple dengan jubah warna hitam kelabu dari koleksi jubah raya MCC (Muslimah Clothing). Cari baju raya pada saat-saat akhir, inilah jadinya..warna yg berkenan semua dah takde size..hehe..

Apa yg istimewanya Aidilfitri tahun ini?

Tahun ni banyak bezanya dengan tahun-tahun lalu..kalau sebelum ni malam raya penduduk kat taman perumahan akan datang rumah untuk takbir raya..tapi tahun ni keluarga Achik memilih untuk kami sekeluarga sama-sama takbir raya di rumah dengan diketuai oleh abah Achik..sayu je rasa..semua ada pada malam dan pagi 1 Syawal tu kecuali seorang saja yang takkan lagi ada meraikan Syawal bersama kami sekeluarga..

takbir di malam raya bersama keluarga tercinta


Apa bezanya Aidilfitri tahun ni.?

Mungkin ada yang tak tahu, Oktober tahun lepas kami sekeluarga telah kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang. Abang Achik telah pergi mengadap Illahi pada 10 Muharram akibat denggi berdarah..

Sudah bertahun gambar raya tak lengkap semua ahli keluarga..tahun ni semua ada pada 1 Syawal, tapi gambar raya tetap tak lengkap kerana abg long dah pergi buat selama-lamanya..

Gambar Aidilfitri 2016

Selesai solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga bergambar bersama dan kemudiannya terus menziarahi pusara abg long..lepas selesai urusan di pusara, kami semua terus bertolak ke Melaka kampung sebelah mak Achik utk mengunjungi sanak saudara..konvoi 3 kereta..kak tina dan anak-anak abg long tak ikut sebab dorang akan bertolak ke Pagoh..

Kitorang pergi Melaka balik hari je..Syawal yg ke-2, dalam jam 11.30am kitorang bertolak ke Kedah pula..kampung belah abah...kitorang di Kedah selama 3 hari 2 malam..seronok tahun ni dapat beraya di Kedah..memang jalan sakan..

Lebih syok lagi bila rumah pusaka arwah Tok dan arwah Yai dah boleh kitorang datang & tido..huhuhu..banyak memori kt rumah tu..dekat sini la perut Achik terbakar gara-gara terkena bunga api...Dekat sini juga la Achik lari tak pijak tanah sebab dikejar ayam belanda...Hahahaa..bila ingat lagi memang kelakar dan rindu semua kenangan tersebut.


Kami sekeluarga dgn pak jang & mak jang bergambar di hadapan rumah pusaka arwah tok & arwah yai..

Semasa beraya di Kedah, banyak rumah sedara-mara yang sempat family Achik ziarah. Antaranya rumah Tok Cik di Kampung Lana Bulu. Tok Cik merupakan adik kepada arwah Yai Achik...tak pernah sebelum ni kitorang masuk bergambar dalam bendang. Tapi hari tu sepakat bawak kamera pi bergambar dalam bendang...suka sebab cantik pemandangannya...

Cuma nasihat Achik, jangan gatai pakai kasut bertumit bila nak bergambar di bendang.. Nyaris Achik nak tergolek ke dalam sawah padi sebab tumit kasut tersekat dalam selut..hahaha..kalau jatuh memang naya la jawabnya...

Jom cuci mata tengok gambar kitorang di bendang...

Selfie dengan anak Mak Cik & Anak Mak Tam..



Feeling-feeling Mak Cun sambil nyanyi lagu Mak Cun..hahahaha

Nak tahu apa terjadi masa ni...kalau tengok dalam gambar ni masing-masing saling mengadap & sedang tengok di tengah-tengah...Nak jadi cerita ada sorang budak kecik ni terjenguk2 dalam sawah padi..Bila ditanya cari apa dia kata "shhhh...ada crocodile..!"...hahahaha..memang cuak kitorang dibuatnya...

Family Achik, Family Pak Jang, Family Mak Cik dan Family Mak Tam bergambar dengan Tok Cik sekeluarga.


Alhamdulillah, Achik sekeluarga telah selamat tiba di Ibu Kota pada jam 4.16am, 10 Julai 2016. Bertolak dari Alor Setar (S) pada jam 4.16pm hari Sabtu, 9 Julai 2016. Highway memang sangat jem di Ipoh menghala ke Tapah..Achik terpaksa buat keputusan ikut jalan dalam bermula di Simpang Pulai....memang smooth jalan dalam..

So, macam mana pula pengalaman hari raya korang? berat naik tak? hahahhaa...Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri...Rayakan sebulan...

Jemput datang beraya ke rumah Achik..

p/s: Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Abg Long Achik...
Amin...

~ Achik ~




2 comments:

  1. Selamat Hari Raya kak...doakan mereka yg telah pergi...Sally pun lama dah pagi raya salam ibu je...arwah papa dah nak dekat 10 tahun pergi..hmmm

    sakan dia main kat bendang...tu kalau jatuh sia-sia je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..selamat hari raya sally..yg dah pergi tetap dirindui..

      Hehehe..nyaris jatuh haritu..nasib baik sempat imbangkan bdn..kalo x, brtkar warnala jwbnya..

      Delete