Tuesday, July 12, 2016

Tampil PINK di Majlis Eksklusif Pink by Pure Beauty Bersama Ahli VIP & Komuniti Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Pada penghujung bulan Ramadhan yang lepas, Pure Beauty dengan kerjasama Watsons Malaysia telah mengadakan ‘Pink Party’ bersama Ahli VIP Watsons serta Komuniti Blogger bertempat di Talent Lounge, PJ. Party bertemakan warna pink ini turut mendapat kerjasama daripada ZALORA dan ELITE Hair.


Wajib bergambar dengan dekorasi yang cantik


Sementara menunggu waktu berbuka puasa, para tetamu berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi memasak yang disampaikan oleh Chef Selebriti Lioniel. Chef Lionel telah diundang untuk berkongsi resepi dan cara menyediakan ‘pink pudding’. Idea untuk mengadakan demonstrasi memasak ini memang kena sangat dengan persiapan untuk menyambut hari raya. Siapa tahu antara tetamu yang hadir pada hari tersebut ada yang mencubanya di rumah dan menghidangkan ‘pink pudding’ buat para tetamu yang hadir beraya. Selain ‘pink pudding’ Chef Lionel turut membawa bersama cookies dan beberapa makanan yang telah beliau sediakan terlebih dahulu untuk dinikmati oleh tetamu yang hadir.

kanan: Chef Selebriti Lionel bersama pembantunya

Pink pudding

Cookies yang telah disediakan oleh Chef Lionel

Semua hidangan ini adalah resepi oleh Chef Lionel

Tiba waktu berbuka puasa, para tetamu yang hadir ke ‘Pink Party’ tersebut disajikan dengan makanan dan lauk-pauk yang sedap dan lazat.! Ini merupakan kali kedua Achik mencuba makanan yang disediakan oleh Talent Lounge…Kesedapan makanannya memang tak dapat disangkal lagi.

Suka dengan dekorasi bertemakan pink ini.

Aksesori rambut tajaan ELITE Hair

Selesai berbuka puasa, para tetamu masih lagi setia menunggu aktiviti seterusnya. Sempena nak menyambut Hari Raya, ZALORA yang merupakan platform fesyen dalam talian turut hadir untuk berkongsi tips lilitan shawl buat kaum hawa di luar sana. Sebanyak 5 gaya lilitan dikongsi oleh penasihat fesyen dari ZALORA. Oh ye…kalau korang berminat dengan shawl yang digunakan, ianya boleh dibeli secara atas talian di laman web ZALORA.


Gaya Pertama



Gaya Kedua



Gaya Ketiga

Gaya Keempat

Hanya 4 gaya je yang Achik sempat rakam. Lagi satu gaya Achik dah ke toilet...hehehehe...Apa-apa pun, gaya lilitan shawl dan tudung ini boleh digayakan sepanjang bulan Syawal ini.

Untuk makluman korang, ‘Watsons Pink Party’ yang diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk kecantikan terbaru dari Pure Beauty iaitu Pink by Pure Beauty yang merupakan jenama eksklusif Watsons. Penghasilan produk kecantikan Pink by Pure Beauty ini menggunakan kombinasi unik PhytoCellTec Alps Rose, Pink Flower Capsule dan bahan-bahan pemuteh semulajadi yang aktif yang boleh membantu mencerahkan kulit pemakainya. Selain itu, dah pasti produk Pink by Pure Beauty ini mampu seimbangkan kelembapan kulit dengan sempurna agar kulit si pemakai kelihatan lebih cerah dengan warna merah jambu yang sudah semestinya menjadi idaman setiap wanita muda di luar sana…hehehe..

Rangkaian produk PINK by Pure Beauty

Jadi, macam mana caranya nak dapatkan kulit yang kelihatan ‘pinkish’ dan tampak muda?

Penggunakaan rangkaian produk Pink by Pure Beauty dengan hanya 3 langkah mampu memberikan kulit lebih bercahaya dan berseri.

Langkah Pertama:
ESSENCE WATER yang sesuai dipakai oleh semua jenis kulit boleh memberikan kelembapan pada kulit agar kulit kelihatan muda dan ‘pinkish’.

Langkah Kedua:
Untuk merawat dan memperbaiki permukaan kulit, gunakan ‘so glow ESSENCE’ untuk kulit biasa, manakala ‘so light DEWY LOTION’ to dehydration.

Langkah Akhir:
Bagi tujuan melindungi kulit, jangan lupa sapukan ‘so smooth PUDDING CREAM’ dan ‘so BLUR CREAM’.


Berminat untuk dapatkan rangkaian produk PINK by Pure Beauty? Jangan lupa berkunjung ke mana-mana cawangan kedai Watsons di seluruh Malaysia.

~ Achik ~

No comments:

Post a comment