Saturday, June 18, 2016

RAYA NI MESTI CUN Bersama Watsons

Assamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 13 Jun 2016 yang lalu, Watsons Malaysia telah melancarkan kempen Hari Raya dengan tayangan muzik video ‘Raya Ni Mesti Cun’ yang telah dibintangi lebih daripada 20 orang personaliti terkemuka tanah air. Majlis Pelancaran kempen #RayaNiMestiCun telah pun diadakan di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ramai selebriti, media serta komuniti blogger.


“Hari raya merupakan salah satu musim perayaan yang paling penting untuk kami mendekatkan diri dengan pelanggan kami. Tahun ini kami ingin menyampaikan mesej mempersiapkan diri untuk kelihatan ‘cun’ sempena Hari Raya yang bakal tiba nanti,” kata Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia.

sesi Q&A berkaitan kempen Raya Ni Mesti Cun bersama Mr. Danny, Ms. Caryn dan Dr. Eric Leong

Untuk makluman korang, muzik video #RayaNiMestiCun telah diterajui oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Mawar Rashid, Sari Yanti dan Raja Ilya yang memegang watak utama sebagai  Limah Skemah, Kiah Selfie dan Siti Tudung. Mesej yang ingin disampaikan melalui muzik video ini adalah transformasi ketiga-tiga watak ini untuk tampil cantik dan cun di Watsons. Muzik Video yang menarik dan comel ini telah diarahkan dan dihasilkan oleh Urban Ads bersama-sama dengan Bahagian Pemasaran Watsons Malaysia.

Kiri: Mawar Rashid sebagai Kimah Skemah
Tengah: Sari Yanti sebagai Kiah Selfie
Kanan: Raya Ilya sebagai Siti Tudung

Pengambaran muzik video ini telah diadakan pada bulan April 2016 di sekitar Lembah Klang. Selain mesej kecantikan, muzik video ini turut menekankan semangat perpaduan dengan melibatkan ramai artis daripada pelbagai bangsa. Antara artis dan personaliti Malaysia yang turut terlibat ialah Amber Chia, Arja Lee, Dayah Bakar, Kit Mah, Monika Sta Maria, Nadia Heng, Nadine Ann Thomas, Nomad, Shuk SYJ dan Wafa de Korte.


Menurut kata Mr. Danny, idea menghasilkan muzik video sempena Hari Raya ini adalah disebabkan kejayaan muzik video Tahun Baru Cina yang telah menjadi salah satu muzik video paling banyak ditonton di Malaysia...Wahh...tahniah Watsons Malaysia atas kejayaan tersebut. Semoga semangat untuk menyampaikan mesej kepentingan untuk kelihatan cantik dari segi dalaman dan luaran tercapai dalam muzik video Hari Raya ini.

Para selebriti yang terlibat dalam Muzik Video #RayaNiMestiCun

Selain itu, Watsons Malaysia turut melancarkan #KoleksiCun yang melibatkan cadar dan kusyen edisi terhad yang direka oleh Dr. Eric Leong dengan kerjasama Akemi. Lawa tau....Warna pink nya memang sangat Cun! Korang pun boleh dapatkan rekaan edisi terhad ini di semua kedai Watsons sepanjang tempoh penebusan mulai 16 Jun 2016 hingga 31 Ogos 2016 selagi stok masih ada..!

#KoleksiCun dari Dr. Eric Leong

Jadi, macam mana nak tebus?

Untuk setiap pembelian sebanyak RM20 di kedai Watsons atau secara Online, pelanggan menerima sati e-setem. Tambahan e-setem akan diberikan apabila pembelian dibuat melibatkan barangan jenama Watsons dan barangan jenama yang menyertai kempen ini. Cadar dan kusyen eksklusif ini dapat ditebus dengan lima e-setem bermula pada harga RM14.90.

Oh ye...kerjasama antara Dr. Eric Leong dan Watsons Malaysia ini merupakan kali pertama dan sudah tentu Dr. Eric berasa gembira untuk turut berkongsi kepakaran beliau untuk perayaan ini. Pemilihan reka bentuk, warna serta corak telah dilakukan dengan teliti untuk memenuhi citarasa setiap isi rumah di Malaysia.

Dr. Eric Leong, Danny Hoh (Pegawai Pemasaran Watsons Malaysia), Caryn Loh (Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia), Low Siew Hui (CSR Ambassador, Watsons Malaysia), Justin Cheah (Pengarah Projek, Kenchara Soup Kitchen Society)

Antara Jenama yang mengambil bahagian dalam promosi Hari Raya #RayaNiMestiCun di Watsons

Lebih mulia lagi, sambil pelanggan membuat penebusan #KoleksiCun ini, dalam masa yang sama Watsons Malaysia akan menderma selimut kepada mereka yang memerlukan melalui organisasi kebajikan Kechara Soup Kitchen. Tahniah Watsons. !

"Sambutan Hari Raya adala  penting untuk semua lapisan masyarakat, tanpa  mengira latar belakang. Dengan kesempatan ini juga, kami bekerjasama dengan organisasi kebajikan Kechara Soup Kitchen dalam projek tanggungjawab sosial ini," jelas Caryn Loh, Ketua Pegawai Operasi, Watsons Malaysia.





Kempen Hari Watsons tahun ini pasti menarik kerana Watsons turut mengumumkan Jualan Hebat dengan potongan sehingga 50% di semua kedai Watsons di seluruh negara bermula 16 Jun 2016 (Semenanjung Malaysia) dan 23 Jun 2016 (Sabah dan Sarawak).

Buat korang yang gemarkan guna telefon pintar, bolehlah muat turut aplikasi mobil Watsons Malaysia yang baru sama ada di Google Play Store atau pun Apple app Store. Sama juga, dengan adanya aplikasi mobil ini korang boleh tahu promosi terkini di kedai Watsons dengan lebih pantas!

Sepanjang musim perayaan ini, ahli-ahli VIP Watsons yang membelanjakan minima RM100 menggunakan kad Watsons Touch ‘n Go dalam satu resit akan dapat menikmati rebat RM5. Promosi ini hanya terhad untuk 10,000 ahli pertama sahaja.!


Ahli-ahli VIP Watsons boleh menyemak mata ganjaran di www.watsons.com.my/myrewards dan menikmati tawaran talian eksklusif di www.watsons.com.my  .

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Watsons Malaysia Hari Raya, sila layari www.watsons.com.my/rayanimesticun

Nah...Achik attach Muzik Video kempen #RayaNiMestiCun untuk tontonan korang semua..


~ Achik ~

No comments:

Post a Comment