Friday, June 17, 2016

Jom Buka Puasa di Pretz n' Beanz Serendah RM38

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih lagi dalam bulan Ramadhan...mungkin ada antara korang yang dah kehabisan idea di mana hendak berbuka puasa.  Oh ye...bagi yang ingin bertukar selera sewaktu berbuka puasa, mungkin ala kebaratan sedikit, apa kata korang berbuka di Pretz n' Beanz. Sempena bulan Ramadhan ini, Pretz n' Beanz memperkenalkan pakej Jom Buka Puasa serendah RM38.00*.

Kalau korang ingat, sebelum ni Achik pernah berkongsi tentang makanan yang ada di Pretz n' Beanz. Nah...Achik letak sekali link kat sini, senang korang nak refer nanti http://achikhuda.blogspot.my/2016/05/pretz-n-beanz-kini-di-bangsar.html

Dengan pakej Jom Buka Puasa di Pretz n' Beanz, korang boleh makan kesemua hidangan ala-carte yang ada dalam senarai menu dengan hanya RM38.00* seorang. Maknanya kalau korang datang berdua, setiap sorang kena bayar RM38.00* la ye. Memang berbaloi tau...Kalau korang datang pada waktu biasa bukan di bulan Ramadhan, harga hidangan ala-carte pun sebagai contoh Aglio Olio dah berharga RM26.40. Bayangkan kalau korang nak makan macam-macam jenis hidangan ala-carte yang ada, bukan ke harga tu dah melebihi RM38.00....

Ok, jom tengok apa yang Achik sempat order semasa berbuka puasa di Pretz n' Beanz Bangsar tempoh hari:


Pretzel Pizza - Flavor Flammkuchen. Saiz 10 inch. Harga biasa RM26.50

Aglio Olio Prawn Spaghetti. Harga biasa RM28.50. Kali kedua Achik ke Pretz n' Beanz, tetap order Aglio Olio ni. Sebab sedap sangat !


Ini lah dia menu berbuka puasa Achik pada tempoh hari. Aglio Olio Prawn Spaghetti dan Apple Juice. Betul-betul menyelerakan...Selain Aglio Olio, di Pretz n' Beanz juga ada menyajikan Carbonara Spaghetti. Sedap tau...!

Carbonara with Chicken Slice. Harga biasa RM26.50

Aglio Olio Salmon Spaghetti. Harga biasa RM26.40

Creamy Mushroom Soup didatangkan dengan sekeping garlic bread. Harga biasa RM12..hidangan ini pun korang boleh order dalam pakej Jom Buka Puasa di Pretz n' Beanz

Tower Chicken Burger. Harga biasa RM26.50

Fish & Chips. Harga biasa RM24.50

Nampak menyelerakan..Rasa pun sedap...Memang berbaloi dengan harga serendah RM38.00* ni. Banyak sangat menu ala-carte yang boleh dinikmati bersama. Cumanya, bila dah kata korang boleh makan kesemua menu ala-carte, jangan la pula membazir. Order menu seterusnya selepas korang selesai makan hidangan yang pertama. Takut nanti tak habis makan, dah membazir. Untuk setiap makanan yang tidak habis dimakan, akan dikenakan penalti sebanyak RM5 untuk setiap 100gram. Achik setuju sangat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Pretz n' Beanz ni. Ingat tu, membazir adalah amalan syaitan..hehe

Pretzel Chocolate Cookie Crunch. Harga Biasa RM8.50

Seaweed Pretzel. Harga biasa RM6.50

Sempena bulan Ramadhan juga, Pretz n' Beanz telah memperkenalkan menu baru untuk dinikmati dalam pakej Jom Buka Puasa. Hidangan tersebut termasuklah Green Curry, Assam Pedas Fish dan Mutton Briyani. 3 hidangan ini dah pun termasuk dalam pakej RM38.00*. Best kan !

Mutton Briyani

Assam Pedas Fish

Dengan pakej Jom Buka Puasa juga, korang akan dihidangkan dengan pilihan minuman percuma iaitu air Bandung, Honey Lime atau pun Ice Lemon Tea dengan 'unlimited refills' ! Boleh minum sampai kembung perut...hehehehe...Sebagai pencuci mulut, korang juga akan dihidangkan dengan kek istimewa oleh Pretz n' Beanz.

Jika ada antara korang yang ingin merasai hidangan air selain daripada 3 air minuman tersebut, boleh juga order tapi dengan extra cost la ye. 

Mocha Ice Blended With Whipped Cream ni sedap sangat !

Black Sesame Mille Crepe RM13.

Pakej Jom Buka Puasa ini boleh dinikmati di kedua-kedua cawangan Pretz n' Beanz seperti berikut:

Cawangan Bangsar:
No. 9, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2201 9026

Cawangan Solaris:
22 Jalan Solaris 4, Mont Kiara
Kuala Lumpur
Tel : 03 - 6204 9733

Terma & syarat:
> 'No takeaways'
> Percuma kurma untuk buka puasa
> Hanya sah untuk 'dine-in' sahaja
> *Harga tidak termasuk 6% GST
> Sah pada hari Isnin hingga Ahad (sepanjang bulan Ramadhan)
> bermula jam 6 pm hingga 9 pm

Jangan makan Pretzel Achik...!!!


~ Achik ~

No comments:

Post a comment