Tuesday, June 21, 2016

Peluang Menang Citroen C4 Picasso di 'A Mystical Ramadan' IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sempena bulan Ramadhan, dengan penuh semangat Ramadan, IOI City Mall telah melancarkan kempen ‘A Mystical Ramadan’ berkonsepkan Moroccan (Maghribi). Mistik, inspirasi, seni merupakan beberapa perkataan yang digunakan untuk menggambarkan keajaiban Moroccan, sebuah negara yang tenggelam dengan keunikan unsur-unsur budaya dan kebanggaan landskapnya. 


Menurut Chris Chong, Pengurus Besar Kompleks IOI City Mall, pemilihan konsep Moroccan dibuat kerana ianya penuh dengan pelbagai elemen yang mempunyai keharmonian dan cerita yang menarik. Pemilihannya dibuat bagi menggambarkan keunikan yang ada di IOI City Mall yang mempunyai pelbagai jenis kedai yang bakal memenuhi citarasa, ‘trend’ dan ‘adventures’ di kalangan pengunjung yang hadir.

Mr. Chris Chong menyampaikan sumbangan kepada anak-anak dari Rumah Penyayang Ulin Nuha

Kalau korang ke IOI City Mall, di tengah-tengah tingkat Lower Ground (LG), Centre Court telah dihiasi dengan hiasan berkonsepkan Morrocan. Pentas utama dihiasi dengan gerbang kayu buatan tangan yang ikonik, dikelilingi dengan corak bermotifkan Moroccan, pokok kelapa, air pancut serta ada replika unta ! ‘A Mystical Ramadan’ ni telah pun bermula di IOI City Mall sejak 1 Ramadhan yang lalu dan akan tamat pada 10 Julai 2016.

Cantik hiasan replika unta ini. Seperti berada di negara Arab

Seperti yang Achik maklumkan tadi, IOI City Mall sememangnya menawarkan banyak kedai dan butik yang pelbagai bagi memenuhi citarasa pengunjung yang hadir. Tambahan pula, sempena kempen ‘A Mystical Ramadan’ ini, banyak ‘stall’ berkonsepkan Moroccan ditempatkan di sekitar aras LG Centre Court, LG East Wing, LG West Wing, G East Wing dan G West Wing. Antara yang menarik dijual di ‘stall’ ini termasuklah Bahulu Ann, Rendang Tok, Siti Cookies dan Yin Onn, pakaian tradisional, pakaian dan aksesori jenama Airaz, Alain Delon, Alharaman, EMZN, Fareeda, Galazy Dream, John Master, Lovely Lace, Lavely Lace Baby, Orlando, T&E, TimeKeeper, Kelengkapan kerongsang, capal, butang  baju Melayu dari Karyaneka, karpet dari Koleksi Pak Persian serta banyak lagi.

Pak Persian Collection dan Rendang Atuk

'Stall' Kuih Raya



Aksesori yang dijual di 'stall' Karyaneka

'Stall' hamper Hari Raya

Bahulu pun ada

Achik tahu ramai antara kita akan buat persiapan raya pada saat-saat akhir memandangkan gaji bulan jun baru je terima. Jadi, bagi membolehkan pengunjung mendapatkan keperluan hari raya mereka, IOI City Mall akan melanjutkan waktu perniagaan sehingga jam 11.00 malam dari 24 Jun 2016 hingga 03 Julai 2016.

Selain itu, sambil-sambil korang buat persiapan raya di IOI City Mall, korang juga berpeluang untuk menebus sampul duit raya serta berpeluang untuk memenangi sebuah kereta...Wow..best..!! Nak tahu macam mana? Jom ikut cara di bawah:

·         Perbelanjaan minimum RM150 (RM80 bagi ahli kad HSBC) dalam satu resit, pembeli akan terima satu set Sampul Duit Raya

·         Perbelanjaan minimum RM350 (RM250 untuk ahli kad HSBC) dalam satu resit, pembeli layak menebus 3 set Sampul Duit Raya atau pinggan mangkuk porselin eksklusif.

Penebusan boleh dibuat di Kaunter Penerangan, Aras G (sementara stok masih ada) dan mesti tebus pada hari sama pembelian dibuat. Penebusan bagaimanapun tidak sah untuk transaksi yang dibuat di GSC, HomePro, Index Living Mall, Parkson, Tesco, Icescape, Tukar Mata Wang dan apa-apa bentuk pembayaran bil.


Bukan itu saja, pengunjung bertuah juga bakal memenangi sebuah kenderaan Citroen C4 Picasso tajaan Citroen dalam peraduan ‘Joyous Drive’. Senang saja nak sertai, belanja minimum RM350 dalam satu resit, lengkapkan borang di Kaunter Maklumat, Aras G dan masukkan ke dalam kotak cabutan bertuah. Tiada soalan untuk dijawab. Korang kalau dah shopping tu Achik pasti berlebih-lebih belanjanya...Bawa family ke IOI City Mall, membeli-belah sama-sama dan pastikan bayaran dibuat dalam satu resit untuk menjadikan amaun minumum RM350..yeaahhh...

Penyerahan replika kunci Citroen C4 Picasso sumbangan Citroen

Kereta Citroen C4 Picasso menanti pemenang bertuah

Sama juga, peraduan ‘Joyous Drive ini’ tidak sah dengan transaksi yang dibuat di GSC, HomePro, Index Living Mall, Parkson, Tesco, Icescape, Tukar Mata Wang dan apa-apa bentuk pembayaran bil. Cabutan bertuah dan pengumuman pemenang akan dibuat secara langsung pada 31 Julai 2016 (Ahad) di mana peserta yang layak akan diberi ganjaran dengan baucar F & B untuk makan bersaksikan ‘waterfront’ dan ‘al-fresco unique dining concept of The Symphony Walk’ yang terletak di Aras G. Restoran yang menghadap padang golf dan kehijauan yang subur, The Symphony Walk menjanjikan pengalaman makan yang menyegarkan kerana ia juga menampilkan air pancut yang menari mengikut rentak muzik dan lampu yang mempesonakan dari hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.20pm, 8.00pm, 8.30pm, 9.00pm, 9.30pm. Manakala dari hari Jumaat hingga hari Ahad ianya akan mula dimainkan pada pukul 7.20pm, 8.00pm, 8.30pm, 9.30pm dan 10.00pm.

Kempen selama sebulan ini juga bakal menarik lebih ramai lagi pengunjung ke IOI City Mall. Pelbagai aktiviti dan persembahan disediakan untuk para pengunjung antaranya Maghribi Dance, Riang Raya Dance Show, Arabic Dance, Tarian Tradisional Melayu & Joget Lambak, Belly Dance dan banyak lagi. Semua aktiviti ini akan dijalankan pada setiap hujung minggu dan cuti umum di Aras LG, Centre Court.


Sempena bulan Ramadhan ini juga, pihak IOI City Mall tidak melupakan tanggungjawab mereka dalam aktiviti ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR). Pada hari pelancaran tersebut, anak-anak dari Rumah Penyayang Ulin Nuha telah diraikan dengan aktiviti menonton wayang Angry Bird, membeli-belah di Parkson, LOL dan Zurfauzie Classic dah diakhiri dengan majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Texas Chicken, IOI City Mall. Kanak-kanak bertuah ini juga turut menerima pelbagai barangan yang ditaja oleh BMS Organics, Castania, Caring Pharmacy, Edibee, Yubiso, bersama-sama dengan aktiviti bengkel oleh Artopanda.


Terima kasih Texas Chicken

Terima kasih IOI City Mall kerana sudi menjemput Achik. Jom korang, membeli-belah persiapan raya di IOI City Mall sambil berpeluang memenangi Kereta Citroen C4 Picasso.

~ Achik ~

No comments:

Post a comment