Friday, October 02, 2015

Pejabat Pos tidak lagi menerima bayaran bil SYABAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Achik pasti zaman teknologi canggih sekarang ni pun masih ada lagi yang sanggup beratur panjang di Pejabat Pos untuk menjelaskan bil SYABAS. Selalunya mereka yang seusia ayah dan mak kita lagi suka menunggu di kaunter untuk menjelaskan bil utiliti kerana mereka nampak sendiri bukti pembayaran di cetak pada bil utiliti yang dibayar.

Namun begitu, berkuatkuasa 01 November 2015, Pejabat Pos tidak lagi menerima pembayaran bil SYABAS.


Jadi nak bayar di mana? bagaimana nak jelaskan bil SYABAS jika tidak lagi diterima di kaunter Pejabat Pos.?

Senang je...Bayar secara online menggunakan internet banking yang disediakan di bank-bank dalam gambar di atas. Itu bagi yang tak suka beratur panjang.

Kalau anda masih lagi suka dan berpuas hati dengan nampak sendiri duit tu masuk ke akaun SYABAS, bayaran secara cash deposit di kebanyakan bank di Malaysia pun boleh dibuat. Tapi beratur panjang tu mungkin tak dapat dielakkan la ye.


Selain itu, anda juga boleh menjelaskan bil SYABAS dengan mudah menggunakan JomPAY. Pada bil SYABAS, anda akan nampak logo JomPAY serta biller code.

Kemudian, log masuk ke perbankan internet & telefon mudah alih dan cari JomPAY.

Masukkan maklumat dan sahkan pembayaran. Mudahkan.

*****

Achik belum pernah cuba guna JomPAY. Dah menjadi kebiasaan Achik akan register siap-siap nombor akaun bil Achik dalam Maybank2u. Gaji je, klik klik klik, bayar...siap...

So, anda yang terbaca entry ni, mohon ramai-ramai kongsikan maklumat ini sesama kawan-kawan, keluarga dan jiran-jiran khususnya mak ayah kita yang suka bayar bil di Pejabat Pos. Takut nanti beratur panjang-panjang, sampai giliran, orang Pos Malaysia tak terima. dah letih kan.


Bayar Bil Air Anda Online
BIJAK & SELAMAT


~ Achik ~ 

1 comment:

  1. REF 1 dgn REF 2 tu nak type ape ye dlm jompay tu?

    ReplyDelete