Wednesday, October 21, 2015

CITYSKIN MEDISPA & HAIR RICH, pilihan tepat untuk tampil sihat dan jelita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada masa kini, sudah banyak spa kecantikan diwujudkan di Malaysia yang tumbuh seperti cendawan. Namun, masih ramai di antara kita masih tidak tahu untuk memilih spa kecantikan yang ada di pasaran untuk terapi diri bagi tampil anggun dan menawan.


CitySkin MediSpa adalah pilihan paling tepat untuk anda di luar sana yang ingin tampil sihat dan jelita kerana ianya menggabungkan Klinik dan Spa yang menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang mementingkan kecantikan dan kesihatan serta membimbing mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Cityskin Medispa merupakan gabungan inspirasi ibu dan anak, Dr. Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun serta anak beliau, Siti Farah Azwin Abd Khalid, 26 tahun.  Kedua-duanya sering mengimpikan untuk membuka sebuah Spa yang menggabungkan Klinik dan Spa yang patuh syariah khas untuk wanita dan lelaki demi memenuhi permintaan yang tinggi akhir-akhir ini.  Ramai di luar sana yang masih tidak faham tentang kepentingan gabungan MediSpa ini. Kecantikan dan kesihatan amat berkait rapat dan seharusnya berjalan seiring. Jika kesihatan tidak diutamakan pasti ia akan menggugat kecantikan luaran yang lain.
Dari kiri : Puan Siti Farah, Achik dan Dr. Wan Julia
Pada Sabtu lepas ( 17 Oktober 2015 ) telah diadakan satu sesi pengenalan bersama pihak Blogger berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan di CitySkin MediSpa dan Hair Rich yang telah diadakan di Hair Rich World Integrated Technology Centre. Untuk makluman semua pembaca, Hair Rich ini merupakan salah satu cawangan kepada CitySkin MediSpa yang telah dibuka pada tahun 2015. Manakala CitySkin MediSpa telah pun ditubuhkan sejak tahun 2012 lagi.


Pada hari tersebut, Dr. Wan Julai Sham Dato’ Ariffin yang merupakan Doktor Perubatan serta seorang Pakar Anti-Penuan dan Estetik telah meluahkan pendapat beliau bahawa masyarakat harus diberi pendedahan yang lebih terperinci mengenai kaitan hormon dalam mempengaruhi kesihatan dan cara hidup seharian. Dr. Wan Julia juga merupakan doktor Melayu pertama di Malaysia yang menerima Board Certified In Anti Aging & Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA) Dr. Wan Julia dan Puan Siti Farah merupakan 2 orang antara 3 orang Trichologist di Malaysia yang merupakan International Certified Trichologist.

Antara sijil yang dipamerkan sebagai bukti kepakaran yang dimiliki oleh dua beranak ini.

Semasa sesi tersebut, Dr. Wan Julia dan Pn Siti Farah banyak berkongsi ilmu tentang kecantikan yang semuanya bermula dari dalam. Hormon yang seimbang memainkan peranan yang penting dalam mezahirkan kecantikan dan kesihatan seseorang. Sebagai contoh adalah masalah keguguran rambut yang dihadapi oleh kebanyakan manusia di dunia tanpa mengira jantina. Ramai yang tidak tahu bahawa masalah keguguran rambut kebiasaannya berpunca daripada ketidakseimbangan hormon yang berlaku disebabkan oleh peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar dan banyak faktor lain. Sekiranya masalah ketidakseimbangan hormon ini tidak dirawat dengan segera, ianya akan menyebabkan keguguran rambut sekaligus seseorang bakal berdepan dengan masalah kemurungan yang mana akhirnya menjejaskan prestasi kerja dan kehidupan seharian. Antara simptom yang dihadapi akibat ketidakseimbangan hormon adalah keletihan, kemurungan, darah tinggi, kegemukan, insomnia, obesiti, ketidaksuburan, kelesuan, keguguran rambut, pusingan haid tidak teratur, migrain, senggugut dan sebagainya. 

Family business. Dari kiri Dr. Khalid ( husband Dr. Wan Julia ), Puan Siti Farah ( anak kepada Dr. Khalid & Dr. Wan Julia ), Dr. Wan Julia
See..hormon dalam badan sangat memainkan peranan penting untuk mezahirkan kesihatan dan kecantikan pada diri seseorang. Jangan kata korang, Achik rasa Achik pun mengalami masalah ketidakseimbangan hormon dalam badan. Buktinya, Achik mengalami masalah keguguran rambut dan Achik lebih selesa untuk berambut pendek bagi menampak rambut Achik banyak walhal rambut tu jarang-jarang…heheheh…

Selain itu, CitySkin MediSpa dan Hair Rich adalah Spa kecantikan yang jauh berbeza dengan spa dan pusat kecantikan yang terdapat di luar sana. Produk yang digunakan oleh CitySkin MediSpa dan Hair Rich adalah semuanya berasaskan semula jadi dan ianya diimport dari luar Negara. Dr. Wan Julia dan Pn Siti Farah sangat menitik beratkan bahan-bahan yang digunakan dalam produk mereka agar ianya tidak mempunyai bahan kimia yang memberi kesan sampingan kepada manusia.

Antara produk yang digunakan dalam rawatan rambut di Hair Rich World Integrated Trichology Centre
Pada sesi tersebut juga kami diberi sedikit penerangan dan demontrasi berkaitan dengan perkhidmatan konsultan serta rawatan yang diberikan di CitySkin MediSpa, khususnya di Hair Rich World Integrated Trichology Centre.  Setiap pelanggan yang berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di sini, anda dinasihatkan untuk membuat panggilan telefon terlebih dahulu untuk membuat temujanji sama ada di CitySkin MediSpa mahupun di Hair Rich.

Kesihatan rambut Blogger Wendy sedang diperiksa oleh Puan Siti Farah


Puan Siti Farah akan mengenal pasti masalah rambut dan kulit kepada yang dihadapi oleh pelanggan di CitySkin MediSpa dan Hair Rich. Gambar ini menunjukkan pelanggan tersebut mempunyai masalah kegatalan pada kulit kepala yang telah kelihatan merah,
Terdapat tiga helai rambut yang tumbuh pada satu ruang tanda kulit kepala anda sihat.
Antara perkhidmatan dan rawatan yang ditawarkan di CitySkin MediSpa
Body & Bridal Spa juga ditawarkan di CitySkin Medi Spa
Dapatkan Hair Spa by Hair Rich sekiranya anda mempunyai masalah rambut.
Promosi yang ditawarkan di Hair Rich
Bagi yang berhajat untuk mendapatkan rawatan di sini, anda boleh lah kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan di bawah.
  
Cawangan Cityskin Medispa & Hair Rich:-
Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang layari FB CITYSKIN MEDISPA & Instagram cityskinmedispa :  atau hubungi : 03 – 4253 5257

Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur

Tel : 03 2242 0880

Tunggu apa lagi. Tak salah mencuba untuk kecantikan dan kesihatan diri sendiri. Servis yang dijanjikan oleh CitySkin MediSpa dan Hair Rich ini memang memuaskan. Untuk dapatkan review berkaitan servis yang diberikan oleh Hair Rich, boleh berkunjung ke Blog Syafiqah HashimPerkhidmatan gabungan dua industri ( Klinik dan Spa ) ini di bawah satu bumbung dapat menawarkan khidmat rawatan Kesihatan dan Kecantikan yang lebih efektif, menyeluruh dan berkonsepkan “WELLNESS”.

~ Achik ~


No comments:

Post a Comment