Monday, October 12, 2015

Food Review : D’LALA SEAFOOD ~ AUTHENTIC THAI CUISINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hujung minggu baru ni Achik telah ke Kg. Baru untuk makan malam yang agak lewat. Biasa kalau ke Kg. Baru, Achik kerap memilih untuk makan di Johan Seafood sebab nak makan bubur berlauk. Tapi untuk kali ini Achik berhajat nak tukar selera di restoran yang lain.

Achik sampai di Kg. Baru dalam jam 12.30 tengah malam. Masuk sahaja Jalan Raja Abdullah, mula-mula Achik berhenti di Restoran Ayam Penyet Nyet Nyet di sebelah kiri Achik. Malangnya kedai yang masih bercahaya lampu telah pun tutup. Huhuhu..

Tak jauh dari Restoran Ayam Penyet Nyet Nyet, Achik nampak satu restoran di sebelah kanan jalan iaitu D’Lala Seafood. Berbekalkan cash money yang ada dalam wallet hanya RM150.00, Achik dan Anis decide nak makan lewat malam di D’Lala Seafood.
pemandangan dari luar

Masuk je pintu D’Lala Seafood ni mata Achik terpandang pada rumah melayu traditional yang telah diubah suai menjadi ruang makan. 

Ruang makan di D’Lala Seafood agak luas termasuk dalam rumah ( berhawa dingin ) dan juga di luar rumah. Terasa macam sedang menjamu selera di desa.


Apa yang menarik di D’Lala Seafood adalah menunya sangat banyak. Kalau kata udang tu, ada dalam 10 jenis masakan udang. Sampaikan Achik pun tak tahu nak pilih masakan apa. Selepas 10 minit Achik study menu, kitorang berdua buat keputusan nak mencuba makanan-makanan di bawah:

Hawaian Prawn – tak pedas. Kuahnya ala-ala kuah telur bungkus ditepi tu ada margerin

Lala masak pedas – size M


Memang pedas dan sedap. Kuantiti lala dalam 1 pinggan tu pun memuaskan.

Kerabu Sotong – Size M


Yang ni pun sedap sangat. Cumanya agak pedas dan mungkin tak sesuai untuk kanak-kanak. Tapi buat mereka yang suka makan pedas, Kerabu Sotong ni memang Achik recommend sangat.

Ketam Masak Cili


Kami hanya order seekor ketam sahaja. Achik & Anis lebih suka order macam-macam lauk tapi dalam kuantiti yang kecil supaya kami berpeluang rasa lauk yang menjadi pilihan kami.

Ketam Masak Cili ni pun sedap dan pedas. Pendek kata kalau korang order makanan yang berunsurkan cili mahupun pedas, memang confirm lauk yang korang order tu Pedas !

Antara menu yang terdapat di D’Lala Seafood:





So, kalau korang ke Kg. Baru, jangan lupa singgah makan di D’Lala Seafood. Masakan di sini sememangnya sedap bersesuaian dengan temanya iaitu Authentic Thai Cuisine. D’Lala Seafood beroperasi setiap hari sehingga jam 1.30am.

Alamat:

D’LALA SEAFOOD
No. 154
Jalan Raja Abdullah
50300 Kampung Baru
Kuala Lumpur

selfie dulu sementara menunggu makanan yang dipesan sampai.


Secara keseluruhannya Achik bagi 10 bintang buat D’lala Seafood merangkumi kesedapan makanan dan juga harga yang mampu makan. Hehehe...Next time Achik pasti akan datang lagi.

~ Achik ~








No comments:

Post a comment