Sunday, September 02, 2012

" Al-Jarumi " ~ asal usulnya....


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Ramai yg bertanye kat cheq, nape nama FB cheq ader Al-Jarumi dekat belakang nama…sebenarnyer Al-Jarumi tu asalnyer daripada Moyang Abah...Yang menggunakan nama Tok Sheikh Idris Al-Jarumi…Nama sebenarnya ialah Sheikh Wan Muhammad Idris bin Haji Wan Jamal bin Abdu Sheikh Muhammad Shamsudin bin Sheikh Muhammad Faqih bin Sheikh Muhammad Ibrahim al-Hadrami bin Ibar al-Hadrami al-Jarumi…Nak tahu lebih lanjut pasal Moyang Abah ni, nanti kat last entry ni cheq akan letak gambar berkaitan dengan sejarah Tok Sheikh Idris Al-Jarumi…

So, sebenarnyer entry kali ni cheq nk cite skit salasilah keluarga Abah cheq…

Moyang abah ni ada 3 orang isteri

Anak2 hasil perkahwinan pertama dengan Hajah Sharifah....Hj. Wan Mohd Noor ialah abah punye datuk..

Anak2 Haji Wan Mohd Noor.....so lahirla bapa kepada abah cheq (Ghazali).....iaitu atuk cheq yang kitorang panggil "Yai"....Abah cheq merupakan anak ke-2 Yai...(dalam senarai nama adik-beradik abah, tertinggal nama Pak Ndak cheq..)...so in total, adik-beradik kandung abah ada 7 orang sebenarnyer..

Daripada salasilah ni, abah merupakan keturunan Al-Jarumi hasil daripada perkahwinan pertama Tok Sheikh Idris Al-Jarumi dengan Hajah Sharifah..Kalo korang tengok kan, sepatutnya cheq ni berketurunan "Wan"...tapi moyang cheq, iaitu atuk abah (Hj. Wan Mohd Noor) tak letak title "Wan" kat nama anak2nya....so sebab tu la nama abah pun takde "Wan"...bila duduk bersembang dgn abah pasal salasilah keluarga ni, riuh adik-beradik cheq tanye kat abah.."ala...patut nama kitorang ader Wan...nape moyang tak letak Wan kat nama Yai.." hahahaha...giler title betulll...sebenarnyer, ape yg istimewa sangat kalo ader title "Wan" tu...? =)
________

Ok....habis pasal salasilah perkahwinan pertama Tok Sheikh Idris Al-Jarumi...yang lelain cheq tak mo cite panjang la....cume nk bagitahu kat korang pasal gambar kat bawah ni...

Ni merupakan cucu (Sheikh Abdul Rahman) Tok Sheikh Idris Al-Jarumi dengan isteri yang ke-3, Hajah Jamilah....kalo korang nampak kotak tengah2 yg dihitamkan tu, namanyer "Fadhil"...itu adalah arwah ustaz Fadhil Noor..korang mesti kenal kan...Tokoh PAS yang terkenal kat Kedah sebelum ni...haaa...arwah dengan abah cheq sedara, 2 pupu kot....betul ker..? blasah ajerk...

Sekian saja cite pasal Salasilah Keluarga Al-Jarumi...tak sempat nk cite pasal keturunan Al-Jarumi dari isteri ke-2 & ke-3..kang panjang plak entry ni....So kat bawah ni cheq attach skali gambar berkaitan dengan sejarah Tok Sheikh Idris Al-Jarumi ni...minta maaf la gambar tak clear...kalo korang nk view kasi besar, sila klik kat gambar tu...nanti kuar la gambar besarnyer....Sekian, harap maklum......






1 comment: